"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 07, 2008

PBS kecam 'pelan jahat' Pakatan tubuh kerajaan

KUDAT: Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini mengecam rancangan jahat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan secara tidak demokratik dengan cuba menarik minat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pakatan pembangkang.

Timbalan Presiden PBS, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, usaha seperti itu adalah memalukan, tidak etika dan bahaya kerana tindakan itu boleh menimbulkan kekecohan politik dan menjejaskan ekonomi dalam negara.

Bercakap pada mesyuarat agung tahunan PBS Bahagian Banggi dan Tangjung Kapor di sini, beliau berkata, rakyat harus menolak politik kotor yang disebarkan oleh pembangkang serta menolak tanggapan bahawa ahli politik yang dilantik di Malaysia "boleh dijual beli untuk semangkuk bubur politik."

Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, mengulangi bahawa mandat kukuh rakyat kepada BN pada pilihan raya umum 8 Mac lepas harus dihormati oleh semua pihak.

"Kenapa Pakatan degil dalam mencanangkan pembentukan sebuah kerajaan terdiri daripada ahli politik yang tidak berprinsip? Adakah kita mahu negara ini ditadbir oleh "ahli Dewan Rakyat katak" yang tentu menggadai hak rakyat,?" tanya beliau.

Ongkili meminta kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap pemimpin atau mana-mana pihak yang mencetuskan kebimbangan awam dan ketakutan dengan menyebarkan pembohongan.


TP - Ha... tu la pasal... jahat betul depa nih, adeke buat Pakatan lompat parti? tak de etika sungguh..! chais... kalau ye pun nak sangat perintah, buat la masa pilihanraya... letak banyak-banyak pengundi hantu kat tempat-tempat hat yang nak menang tuh... tu baghu ada etika... tu banghu la taki mencabul hak rakyat...

Dan yang penting, rakyat tak nampak semua tu... nak lagi baguih, komplot skali dengan SPR macam UMNO/BN buat dulu... batalkan guna dakwat ka, apa ra...

Tak profesional langsung la depa nih...!

Yang paling tak baguih skali dalam hal ni ialah... NAPE TAK AJAK AKUUU..!!!

2 comments:

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

hahahah...dia malu nak ngaku sama nak lompat...tgk2 nanti dia dulu lompat dari org lain...hahaha

ILHAM said...

PBS lupa ka Depa dulu pun LOMPAT satu parti masuk BEE END....ingatkan Melayu mudah lupa Kadazan pun Sama Mudah lupa-lupa ingat