"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 07, 2008

Kisah Khairy Jamaluddin Part - 3

Kebanyakan musuh Khairy di dalam UMNO adalah terdiri daripada pemimpin pelapis yang percaya dia adalah seorang anak muda hingusan yang angkuh.



Mereka enggan mengakui keupayaan beliau memahami perjalanan kerajaan walaupun baru sahaja berkhidmat di jabatan Abdullah Ahmad Badawi sejak empat tahun yang lalu.



Mereka beranggapan bahawa beliau ditempatkan di situ semata-mata kerana beliau anak menantu seorang Perdana Menteri. 



Pada waktu yang sama mereka naik mual dengan cara Khairy merancang agar para kroni beliau mendapat tempat menerajui beberapa jabatan kerajaan, daripada Pejabat Komunikasi Jabatan Perdana Menteri hinggalah kepada Khazanah Nasional.



Semua ini bukan semata-mata kerana cemburu dan iri hati sahaja. 



Mereka menganggap Khairy adalah ancaman sebenar dan memang amat berbahaya apabila mengambil kira cara dia naik begitu mendadak di persada kuasa. 



Mereka sendiri pun menyimpan hasrat yang terpendam untuk menjadi Perdana Menteri juga. 



Malahan, ada segelintir antara mereka itu merupakan kerusi jawatan Perdana Menteri sebagai suatu hak untuk mereka warisi. 



Kerana itu mereka telah mencuba sedaya upaya menangkis setiap gerak-geri Khairy dan menepisnya dengan apa juga cara. 



Cara amalan biasa UMNO seperti surat layang, menikam dari belakang dengan menggunakan SMS (sistem pesanan ringkas), dan persekongkolan rahsia yang direncana di bilik yang gelap dan berasap merupakan langkah biasa untuk mengetepikan pengaruh Khairy.



Akan tetapi, Khairy bukannya calang-calang musuh politik dalam UMNO, setakat ini.



Ramai di kalangan musuh ketat Khairy yang sanggup menunggu masa akan kemunculan hari yang dinanti-nantikan bila mana Abdullah Badawi akan terhenyak keluar dari kerusi Presiden UMNO. 



Mereka yakin apabila tiba waktunya nanti, Khairy akan kehilangan kuasa pelindung yang memayunginya, dan menjadikan beliau lemah dan mudah dimamah oleh musuh-musuh politik daripada peringkat akar umbi.



 Musuh-musuh Khairy amat berharap cara persidangan UMNO naik marah secara terbuka ketika persidangan UMNO tahun lalu akan semakin mendidih dan meledak sebaik sahaja Abdullah jatuh tersingkir. 



Ketika itu barulah Khairy akan dijulang di pelantar sembelihan untuk dikorbankan.



Namun, semua ini amat dimengerti oleh Khairy dan beliau memang bersedia untuk merancang awalan. 



Sejak dua tahun yang berlalu selepas Abdullah Badawi naik menjadi Presiden parti, itulah sahaja kerja Khairy.



Ada dua kaedah yang digunakan oleh Khairy: Menumpulkan serangan para musuh yang mampu dipulasnya, dan meredakan bahaya yang muncul daripada golongan yang dianggapnya mudah disogok dengan habuan dan umpan. 



Memang ramai yang tergolong dalam kategori pertama ini seperti Azimi Daim, Norza Zakaria dan Aziz Sheikh Fadzir. 



Mereka bertiga ini memang dilihat sebagai pencabar berpotensi yang mampu menggugat kedudukan Khairy, khususnya dalam Pergerakan Pemuda UMNO.



Walau bagaimana pun, mereka memang mudah disogok kerana tujuan mereka berada dalam politik sebenarnya untuk meraih kedudukan dan membalun harta karun. 



Mereka takut meneruskan perjuangan semacam itu dan bertindak sesuatu yang mungkin membahayakan kedudukan hidup mewah yang sedang mereka nikmati. 



Kerana itu Azimi diberikan jawatan Ketua Perhubungan UMNO dan pangkat sebagai anggota Exco. 



Aziz telah disogok dengan satu kerusi pada pilihan raya umum yang lalu. 



Norza telah diberikan satu jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO, tetapi lesen untuk mengecap duit selaku kedudukannya sebagai 'pengutip tol' yang perkasa dalam Kementerian Kewangan Kedua. 



Sesungguhnya orang politik dalam UMNO seperti ini bukanlah membahayakan sangat kedudukan Khairy kerana apa juga cara mereka membebek dan melalak, hidung mereka memang mudah ditindik dengan menyogok perut mereka sahaja, sampai kenyang bontang.

Ancaman yang lebih berbahaya sebenarnya muncul daripada kategori yang kedua. 



Mereka ini merupakan zuriat pucuk kepimpinan UMNO yang sudah lama menanti giliran sebelum Khairy muncul dalam arena politik. 



Salah seorang tokoh demikian ialah ketua ataupun bos Khairy sekarang, Hishamuddin Hussein. 



Pada 1999, Hishamuddin telah bertanggungjawab mengemukakan nama Khairy kepada perhatian Perdana Menteri Tun Kepala Taik Mahathir Mohamad. 



Hishamuddin yakin bahawa adalah menjadi haknya untuk mewarisi gelaran Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti.



 Seperti sepupunya Najib Tun Razak (ibunya adalah kakak kepada ibu Najib, Tun Rahah) bapa beliau pernah memegang jawatan unggulan itu sebelum digulingkan secara licik oleh TKT Mahathir.



Di tahap awalan, Hishamuddin beranggapan bahawa Khairy akan mengikuti jejak langkahnya, bersabar menunggu masa. 



Hishamuddin memulakan kerjayanya sebagai seorang penyokong kuat Mahathir dan juga anak emas dan calon penggantinya - Anwar Ibrahim. 



Kerana galak menjilat Anwar, Hishamuddin naik mencanak sehingga dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Menteri Belia dan Sukan, dan melangkah kepala ketuanya dalam pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Zahid Hamidi. 



Akan tetapi, Hishamuddin lakukan semua ini ketika sudah berusia lewat tiga puluhan dan selepas berkhidmat lama dalam bidang perundangan sehingga menampakkan kesabaran dan kesungguhan membina kerjaya politiknya.



Khairy pula tidak percaya dengan kaedah itu semua. 



Apa yang diingininya mesti dicapainya dengan pantas. Kerana itu dia telah memegang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO ketika masih muda usianya sejak Nazri Aziz memegang jawatan itu. 



Walaupun pencapaian itu adalah berasaskan cadangan Hishamuddin yang ternyata mahu menyelamatkan kedudukannya sendiri. 



Kini, barulah Hishamuddin sedar betapa Khairy merupakan malapetaka yang lebih berbahaya berbanding Aziz Sheikh Fadzir ataupun sesiapa sahaja yang pernah dianggapnya demikian.



Lagi pun Hishamuddin sudah naik tidak senang hati melihatkan Khairy mewujudkan satu rangkaian jaringan sendiri dalam jentera Pemuda UMNO. 



Sebagai contoh, Khairy telah mencadangkan Norza menganggotai Majlis Tertinggi UMNO dengan mengetepikan calon pilihan Hishamuddin sendiri. 



Khairy juga telah menubuhkan secara tidak formal, satu jaringan di kalangan Timbalan Ketua Pemuda UMNO di setiap bahagian di negara ini, kerana perkara semacam ini tidak pernah diwujudkan semasa Hishamuddin memegang jawatan timbalan pemuda. 



Kini, Hishamuddin sedar betapa jawatan yang dipegangnya sekarang adalah dengan jasa dan ihsan Khairy juga.



 Apabila Khairy sudah bersedia memegang tampuk kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO, maka tibalah masanya Hishamuddin mengangkat punggung dan berundur pula.



Seandainya keadaan demikian berterusan, Hishamuddin akan mendapati laluan yang sukar menuju puncak yang amat diidaminya, untuk menjadi Naib Presiden UMNO. 



Akan tetapi, pentas persada ini sudah penuh dihuni ramai calon yang mengidamkan pucuk kepimpinan yang sama. 



Tidak menghairankan kalau Hishamuddin melonjak dalam pemilihan ketua pemuda UMNO yang akan datang dan memenangi jawatan itu dengan mudah sedangkan dia sendiri akan kalah dalam percaturan untuk menang jawatan Naib Presiden.Hisham sudah kebingungan kerana jerat yang dipasang oleh Khairy. 



Beliau kerap menonjol dengan pengumuman yang memaksa Hishamuddin menerima pakai pendapatnya dalam percaturan politik negara. 



Hishamuddin tidak lagi boleh menggunakan agenda Kemelayuan kerana Khairy telah menggunakan modal itu dulu, terutama sekali dalam bidang pendidikan yang sebenarnya tertakluk pada bidang kuasa kementerian Hishamuddin sendiri. 



Yang lebih penting lagi, Khairy telah memancing dengan menyauk beberapa orang penyokong lama Hishamuddin seperti Dr. Adham Baba, dan Razali Ibrahim (MP Muar) agar mula menerima wujudnya dua nakhoda dalam pergerakan Pemuda UMNO di mana Hishamuddin hanya merupakan pemegang jawatan sahaja sedangkan Khairy merupakan insan yang sebenarnya memegang kuasa.



Inilah caranya Khairy mengenakan Hishamuddin. 



Sudah ramai orang kepercayaan beliau yang dipacakkannya di dalam kementerian bimbingan Hishamuddin.



 Ada beberapa bekas pengikut setia Hishamuddin yang diberikan jawatan penting dalam kementerian ataupun kerusi Parlimen untuk mereka tandingi bukan sebagai usaha memperkasakan kedudukan Hishamuddin, tetapi untuk memperkasakan dirinya dengan cara menyisihkan mereka daripada berperanan menjadi penasihat kepada Hishamuddin. 



Kesannya terdapat banyak kerja kosong dalam pejabat Hishamuddin yang diisi oleh orang-orang pilihan Khairy, khususnya anggota YPCS (Young Profesional Consultative Society). 



Golongan professional muda ini adalah pilihan Khairy yang secara lahiriah bermuka-muka menunjukkan mereka setia kepada Hishamuddin sedangkan hakikatnya mereka adalah boneka mainan Khairy semata-mata.



Bukan susah sangat menggulingkan Hishamuddin kerana beliau bukan memiliki semangat juang – berbeza dengan orang lain, sebagai contohnya katakanlah Mohamad Khir Toyo, Menteri Besar Selangor yang bercita-cita tinggi mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO. 



Khir datang daripada latar belakang yang berbeza dengan Khairy, walaupun nama mereka itu ada kesamaannya. 



Akar umbi Khairy berasal daripada keluarga diplomat yang memang dihormati oleh perkhidmatan tadbir dan diplomatik. 



Sementara itu ayah Khir ialah seorang petani yang lebih dikenali sebagai "Wak Joyo" dan dikenali sebagai seorang bekas anggota PAS. 



Khir mula mendaki tangga politik melalui jalinan persahabatan dengan anak-anak Mahathir, khususnya Mokhzani dan Mukhriz. 



Pada mulanya, Mokhzani yang semasa itu memegang jawatan Bendahari Pemuda UMNO yang mencadangkan Khir menggantikan Abu Hassan Omar sebagai Menteri Besar Selangor. 



Ketika itu Khir Toyo hanya merupakan seorang anggota dewan undangan negeri dan tidak pun menjadi pemimpin bahagian partinya. 



Hassan terpaksa diganti gara-gara terdedahnya skandal inses seksual peribadi.



Sudah tentu penggantian begitu tidak diseanngi oleh UMNO Selangor Lagipun Khir mempunyai nafsu idaman yang begitu tinggi. 



Pada usia 37, Khir ternyata merupakaan pemimpin pemuda UMNO yang lebih menonjol di negara ini selepas Hishamuddin dan Khairy. 



Sudah tentu Khir Toyo tidak puas dengan jawatan sebagai anggota Majlis tertinggi UMNO semata-mata.



 Sesungguhnya kalaulah Hishamuddin beanr-beanr jujur melepaskan jawatannya sebagai ketua pemuda UMNO sekali dulu, sudah tentu Khir Toyo merupakan calon pengganti yang paling menonjol. 



Apatahlagi dengan banyaknya wang gara-gara pemberian tanah kepada kumpulan Lebar Daun dan beberapa pakatan perniagaan, Khir memang sesuai untuk menyambung kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO. Cuma dia terpaksa melakukan banyak penyelesaian dengan Khairy terlebih dahulu.



Khairy pernah cuba mengenakan Khir dengan mendedahkan beberapa kesilapan yang dilakukannya sebagai Menteri Besar Selangor. 



Khairy bernasib baik kerana kerakusan Khir juga untuk membalun harta karun daripada jawatannya sebagai Menteri Besar. 



Khairy hanya perlu mendedahkan segala amalan korupsi itu secara bertalu-talu. 



Salah satu kaedah yang digunakannya ialah dengan mendedahkan taktik Khir dalam pemberian tanah untuk dimajukan di hutan simpan Bukit Cahaya Seri Alam. 



Khir telah meluluskan tanah kepada beberapa syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarganya dan ahli keluarga isterinya.



Ketua Bahagian Berita di TV3, Datuk Kamarul Zaman Zainal (merupakan seorang bekas pegawai di jabatan Abdullah Badawi). 



Beliau telah berjumpa dengan Khairy untuk menerima arahan agar berita penyelewengan tanah itu didedahkan Datuk Kamrul Zaman tidak ada perasaan kasihan kepada Khir kerana beliau adalah pengikut setia Abdullah Badawi yang totok. 



Dia yakin perbuatannya itu adalah satu langkah memperkasakan kedudukan Abdullah terhadap saki-baki penjilat zaman Mahathir dahulu.Akan tetapi Khir melawan balik dan telah menerima bantuan daripada pihak yang lebih berpengaruh dengan keluarga istana Selangor serta beberapa orang tokoh politik dan perniagaan yang rapat dengan Abdullah. 



Apabila TV3 mendedahkan skandal itu, mereka menjadi panik dan telah cuba mendapatkan bantuan Dato Tajuddeen Abdul Wahab, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri. 



Datuk Thajudeen telah menelefon Datuk Kamarul Zaman dan meminta beliau menghentikan serangan tersebut. Kes itu pun lenyap begitu sahaja.



Ini membuatkan Khairy menggunakan satu helah lain pula. Dia cuba mendedahkan helah bahawa Khir tidak cekap mentadbir. 



Pada Mei 2005, dalam satu mesyuarat perhubungan UMNO negeri hasil bisikan Khairy, Abdullah telah mempersoalkan kewajaran Selangor mengisytiharkan negeri itu sebagai sebuah negeri yang maju. 



Rencana asal Khir itu telah lama direncananya sebelum Abdullah menjadi Perdana Menteri. Tujuan beliau ialah membuat pengumuman bahawa negeri itu bertaraf negeri maju pada 31 Ogos 2005. 



Memanglah, Khir Toyo telah memutar belit perangkaan untuk menonjolkan Selangor sebagai sebuah negeri yang unik dan patut diumumkan sebagai negeri yang maju. 



Akan tetapi perkara semacam ini bukanlah baru. Kelentungan semacam ini sudah menjadi perkara biasa, seperti mana Malaysia diumumkan sebagai sebuah negara Islam oleh TKT Mahathir dahulu.



Dalam perjumpaan secara tertutup itu, Abdullah telah menghenyak Khir kerana membuat pengumuman seperti itu. 



Sebagai menyejukkan keadaan beliau telah membuat penekanan bagaimana dia pernah mengkritik Menteri Besar Kedah - Dato Syed Razak Syed Zain kerana membuat janji kosong mengisytiharkan Kedah sebagai sebuah negeri maju menjelang 2010. 



Serangan Abdullah sebenar ialah terhadap Khir Toyo. 



Abdullah sungguh-sungguh berpendapat bahawa dia sebenarnya membuat kritikan yang memang benar-benar membina berasaskan kekurangan asas dan alasan untuk menyokong pengisytiharan begitu.



Tetapi, Khairy menganggap perkara ini sebagai satu hikmah yang amat berguna kerana ia menunjukkan betapa Khir adalah seorang penipu besar yang tidak cekap dan tidak berguna. 



Sebaliknya, tujuan mengisytiharkan Selangor sebagai sebuah negeri maju telah dimulakan oleh Khir sejak 2001. Pengumuman telah dibuat kepada segenap lapisan masyarakat.



Ini merupakan satu serangan awal terhadap Khir. 



Khir pula sudah pasti akan membuat pengumuman itu pada Ogos nanti. 



Cuma kali ini ia terluka disebabkan serangan bertubi kali di hadapan, terutama sekali oleh media massa terhadap pentadbiran beliau. 



Perdana Menteri pula tidak memberikan sokongan beliau terhadap skim ini. 



Cuma muncul sokongan suam-suam daripada Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak semasa diadakan satu pertemuan dengan UMNO Selangor.



Apabila tiba masa Khir membuat pengumuman yang dia bersedia menjadi ketua pemimpin Pemuda UMNO, banyak lagi kesilapan beliau yang akan didedahkan oleh Khairy untuk pengetahuan rakyat marhaen. 



Ini tidak bermakna yang Khir tidak seberapa cekap berbanding Khairy. 



Yang sebenarnya ialah Khir tidak mempunyai pengaruh besar terhadap pengendali media masa. 



Sedangkan Khairy memang perkasa dalam bidang tersebut. 



Khairy akan menggunakan orang-orang beliau seperti Kalimullah Masheerul Hasan (Ketua Editor Kumpulan The New Straits Times) ataupun orang-orang upahan seperti Brendan Pereira, ataupun si maharaja di The Star.



 Begitu juga dengan Datuk Kamarul Zaman di TV3. 



Semua ini adalah kaedah yang akan Khairy gunakan untuk memusnahkan Khir Toyo. 



Cuma, Khir Toyo tidak akan mampu melawan balik kerana dosa besarnya dan kerana pegawai akhbar beliau ialah seorang yang gagal di universiti dahulu yang tidak pun memiliki markah kredit dalam ujian bahasa semasa peperiksaan SPM dahulu.



Hishamuddin dan Khir Toyo merupakan lebih kanan daripada Khairy dalam susunan hierarki pergerakan pemuda UMNO. 



Akan tetapi Khairy sendiri pun akan menghadapi cabaran daripada rakan-rakan beliau dalam UMNO yang sama rapat dengan Abdullah seperti dia juga. 



Khairy tidak pun mengabaikan ancaman ini semua dan seperti mainan hikayat lama zaman Pertengahan dahulu, Khairy memang sudah ada rencana untuk mencekik abang-abangnya semua.



-bersambung


1 comment:

Anonymous said...

khairy bodoh