KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Angin kencang dan keadaan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka melanda perairan Phuket, Thailand serta empat negeri di Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak mulai hari ini sehingga Khamis.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari Ahad angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj berserta laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan itu termasuk di Bunguran, Condore, Reef North dan Pulau Layang-Layang.
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.
Sementara itu, ribut petir di perairan pantai di Miri, Bintulu, Limbang dan Mukah di Sarawak serta di barat Sabah boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
"Keadaan ini dijangka berterusan sehingga malam ini," menurut kenyataan itu lagi.
Sementara itu, hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang yang sedang berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak utara dijangka berterusan sehingga petang ini.
TP - aku dengar cerita dalam UMNO/BN pun ombak besar tengah mengganas jugak...
Aku dengar jugak ombak besar tu melanda UMNO, Gerakan, SAPP, SPDP, UPKO, LDP & PBS...
Angin kencang melanda putrajaya dengan kelajuan jet Sukhoi beserta laut bergelora dengan ombak setinggi Bangunan Parlimen.
Keadaan ni amat membahayakan Pak Lah, Najib & totok-totok UMNO/BN.sementara itu angin kencang & ribut petir mengganggu mimpi Pak Lah & Najib beserta Tsunami besar yang berlaku di P-044 2 minggu lepas dijangkan akan berlarutan sehingga 16 september...
Pak Lah & Najib telah mengambil tindakan drastik demi survivalnya dengan membawa MP2 & ADUN2 UMNO/BN ke kepulauan Austie untuk melindungi mereka dari ke"bahaya"an ini...
Oi..! MP2 & ADUN2 UMNO/BN tak dak dah nih... moh kita pi kerabat Putrajaya..!
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment