"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 07, 2008

Umno tetap anggap bukan Melayu rakan kongsi penting - Najib

CHINI, Pahang: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno yang menjadi tunjang kepada kerajaan  Barisan Nasional (BN) akan tetap menganggap warganegara Malaysia yang bukan Melayu sebagai rakan kongsi dalam memajukan negara  dan hak mereka akan tetap dipelihara.

Sekalipun pelbagai pihak menyuarakan pelbagai pendapat berhubung isu "memohon maaf" berikutan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail mengenai dakwaannya terhadap masyarakat Cina, Timbalan Perdana Menteri menegaskan apa yang penting ialah dasar Umno terhadap kaum lain di negara ini.

"Ada pelbagai pendapat (berhubung isu minta maaf) tapi apa yang penting bahawasanya ini bukan dasar Umno (menganggap kaum Cina sebagai pendatang) dan kita sentiasa menganggap rakyat warganegara Malaysia yang  bukan Melayu ini sebagai rakan kongsi dalam memajukan negara kita dan hak mereka dan kepentingan mereka akan terpelihara di bawah kerajaan Barisan Nasional," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai polemik "memohon maaf" berikutan kenyataan 13 Umno Bahagian yang bersetuju dengan pendirian Ahmad  untuk tidak memohon maaf berhubung kenyataannya itu.

"Itu soal peribadi dia (Ahmad yang enggan memohon maaf), tapi saya nak tegaskan ini dasar Umno dan dasar kerajaan  Barisan Nasional, saya nak fokuskan bahawa ini dasar kita,  yang penting dasar kita, bukan pendapat manamana pemimpin yang  disebut di peringkat bahagian, itu tidak mencerminkan dasar kita," katanya.

Diminta mengulas mengenai kenyataan parti Gerakan semalam bahawa mereka akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN sekiranya Umno gagal membawa perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, Najib berkata:

"Saya baru bercakap dengan (Pemangku Presiden Gerakan) Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, dia mengatakan Gerakan tetap  bersama-sama  BN.

"Apa yang diharapkan ialah bahawa proses perundingan, yakni atas semangat merundingkan apaapa keputusan dibuat lebih kerap lagi, dan lebih menyeluruh lagi dengan semua parti komponen."

Najib berkata sehubungan itu BN akan lebih kerap mengadakan mesyuarat bagi membolehkan rundingan secara menyeluruh dapat dilakukan.

Ditanya sama ada Umno kini mendapat tekanan daripada partiparti komponen BN, Najib menegaskan:   

"Kita tidak menerima tekanan sebab kita masih pegang kepada semangat setiakawan dalam Barisan Nasional, tapi kita  terima bahawa mereka berkehendak proses musyawarah atau rundingan ini dibuat lebih kerap lagi, lebih menyeluruh lagi dengan Umno."

Mengenai penyebaran fitnah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMs) dan penerbitan pihak pembangkang yang  semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, Najib berkata kerajaan akan mengkaji bentuk tindakan terhadap mereka yang terbabit.

"Kita kesal perkara ini berlalu sebab ini satu pembohongan, kepalsuan yang mengelirukan rakyat, sebab ini bukan soal  fakta kebenaran, nampaknya ada pihak yang tidak minat dengan soal kebenaran sama sekali, tapi dia akan mengeluarkan cerita  yang mengelirukan rakyat yang boleh menguntungkan mereka.

"Jadi kita amat kesal...kita akan kaji apaapa tindakan yang wajar dibuat, sebab kalau kita ambil  tindakan, mereka akan kata kita ambil tindakan politik, walhal sebenarnya mereka membuat pembohongan, mereka memalukan, menghina individu tertentu,  mereka cenderung buat perkara ini," katanya.

Terdahulu Najib menyampaikan surat hak milik tanah kepada peneroka dan Program Rahmat Ramadan Felda Chini 5 di sini.



-mSTAR Online

No comments: