"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 29, 2008

Azmin Ali Letak Jawatan: Ape Cerita Beb..?

Sebelah kiri ni print screen berita pertama tentang perletakan jawatan Azmin Ali dalam PKR.

Sumber - Go! Malaysian... link asal entri ialah : http://gomalaysian.blogspot.com/2008/09/timbalan-pengerusi-pkr-azmin-ali.html. tak payah buang masa nak bukak link ni sebab kalau korang bukak, yang akan terpapar di screen korang hanya imej dekat bawah ni (gambar 2) ... maknanya?

Maknanya entri asal telah dipadam oleh admin blog Go! Malaysian... sebab apa depa padam aku tak tau... mungkin sebab berita tak sahih...

Aku pulak lepas bukak blog Go! Malaysian... aku terus klik pada link dekat bawah entri tu : http://blog.azminali.com/2008/09/28/PerletakanJawatan.aspx.

Hangpa ingat amende yang keluar dekat screen aku? hangpa tengok gambar 3. empty screen... sebab apa empty screen? tu hangpa kena tanya Azmin Ali. entri tu dah tak dak dekat blog dia... dah di delete oleh sapa ntah... hantu kot...

Gambar 3 - link : http://blog.azminali.com/2008/09/28/PerletakanJawatan.aspx. Pun depa dah padam entrinya... sape padam? hantu kot...
Aku tak puas hati, aku bukak Google Reader... aku memang sentiasa online 24-7 aku punya Google Reader.hangpa tau apebende Google Reader tu? mai nak habaq...

Google Reader ni kira macam engine yang akan recordkan setiap entri yang dipublishkan dimana-mana blog yang aku subsribe ke Google Reader aku.dalam erti kata lain, sebaik mana-mana blogger yang aku subscribekan ke Google Reader aku tekan "Enter" untuk mana-mana entri, automatik akan direcordkan ke Google Reader aku sebagai rujukan.

Kemudahannya ialah aku tak payah bukak 1-1 blog-blog yang aku tau.aku cuma perlu bukak Google Reader aku & semua entri bloggers yang aku subsribe dapat aku baca macam baca email.

Balik pada cerita asal... bila aku bukak Google Reader aku, aku tengok ada 1 entri dari blog Azmin Ali... rujuk pada gambar 4 & gambar 5... yang tu mengesahkan bahawa entri tentang perletakan jawatan Azmin Ali telah dibuat diblog beliau beberapa ketika sebelum entri tersebut dideletekan oleh sape aku pun tak tau...

Gambar 4 - Google Reader... entri dari blog Azmin Ali : Perletakan Jawatan.
Gambar 5 - Google Reader Zoom In : Perletakan Jawatan.
Oleh sebab aku rasa pelik dengan entri-entri yang terbukti dipublishkan tapi akhirnya hilang tak dapat dikesan maka aku pun mengpublishkan berita tersebut dengan tajuk : Azmin Ali Letak Jawatan? Boleh rujuk gambar 6 & gambar 7. entri tu aku copy & paste ke blog aku dari blog Go! Malaysian... beberapa ketika sebelum entri tersebut ghaib ditelan alam ghaib... dekat bawah entri aku quot sekali - TP - Betul ke berita ni? tapi bila aku klik dekat link dekat atas tu... x dak pun pages tu... aku bukak weblog Azmin Ali dekat [sini] tak de pulak berita tu... last entry ialah pada Tuesday, September 16, 2008 bertajuk Pakatan Rakyat bersedia untuk mengambil aih kerajaan pusat.

Awat lagu ni? 2 kemungkinan... ade orang sabotaj weblog Azmin Ali atau pun......

Tungguuu......

Gambar 6 - Entri yang aku copy & paste dari blog Go! Malaysian...
Gambar 7 - sambungan dari yang atas...
Lepas aku publish entri kat atas tu, aku tido... bangun sahur balik jam 4:30am... sempat aku jengok PC aku... ade berita best pulak dah... lepas hampir 2 minggu, baru hari ni Azmin Ali berpeluang mengupdate blog dia tu pun lepas kena sabotaj... padan muka hang...

Lain kali biarkan blog tu bersawang... nasib baik masa aku buka blog Azmin tak de lipas merayap keluar dari blog Azmin Ali... hampehnye YB... buat segan Pakatan Rakyat...

Entri baru blog Azmin Ali menafikan perletakan jawatannya dalam PKR dengan sedikit penjelasan paling ringkas... rujuk gambar 8 & gambar 9. aku ingat YB ni busy sangat ni... eja pengumuman pun dah jadi "pengunguman"... sempoi betoi... macam bangang la pulak YB nih... lorat sungguh...

Mungkinkah Azmin telah mengupah seorang "Bangladesh" untuk mengupdate blog beliau sebentar tadi???

Gambar 8 - baca sendiri la apa dia taip tu...
Gambar 9 - Zoom In... mana la tau korang tak berape nampak...
PERHATIAN : Sila klik pada gambar untuk visual yang lebih jelas...

4 comments:

AkunA said...

TP check balik blog azmin....ada title cuai!!

Anonymous said...

Hi perisik rakyat...

mula mulanya i melayari blog azmin memang ade berita begitu sebab tu i publish blog post tu kat blog saya...

tetapi lepas 1 jam blog tu pun dipadam maka i rasa ade sesuatu yg tak betul! rupa rupanya ade orang hack blog azmin sebab tu i terus padam blog post saya supaya tidak mengerirukan rakyat!

harap maaf!

http://gomalaysian.blogspot.com/

pemudabesut said...

Web YB Azmin kena ceroboh buat kali ke 2..pukul Monday, September 29, 2008 7:52:28 AM

http://pemudabesut.blogspot.com/2008/09/web-azmin-ali-kena-ceroboh-kali-ke-2.html

Anonymous said...

Itu la..lain kali pakai server Sistem Linux / PHP ...

ini dok pakai server Mircosoft .net yang hampeh,,kenapa?

tolong nasihat YB AZMIN, tukar ke server linux yg lebih selamat dari pakai server Mircosoft Kapitalis.