"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 29, 2008

Yang di-Pertuan Agong Berkenan Terima Persembahan Kek

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima persembahan kek sempena Hari Raya Aidilfitri 2008 daripada 22 hotel terkemuka di sekitar Lembah Klang, dalam satu majlis di Balairong Seri, Istana Negara di sini, hari Isnin.

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Chef Loh Cheong Long, dari Hotel Sunway Resort, merasakan pihaknya sangat bertuah kerana tidak semua orang dapat mempersembahkan hasil kerja mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau serta anak buahnya menghasilkan kek yang terdiri daripada 100 peratus gula dan disiapkan dalam masa dua minggu.

"Acara ini juga merupakan cara untuk meningkatkan kemajuan bidang pastri di Malaysia," katanya.

"Walaupun bukan pertandingan tapi kami dapat bandingkan hasil kami dengan hotel-hotel lain, dan lihat idea mereka," katanya.

Bagi Chef A. Kumaran dari Hotel Istana pula, beliau berharap agar kek persembahannya yang dibuat daripada pulut akan menarik hati Yang Di-Pertuan Agong.

"Tema kami adalah kebudayaan jadi kami memilih pulut kerana pulut adalah makanan tradisional," katanya.

Persembahan kek ini merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan Hari Raya Aidilfitri.

1 comment:

Hasbullah Pit said...

Dalam kek tu ada Surat Pakatan Rakyat?