"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 29, 2008

Petisyen tuntut semula tanah sekolah

Sekurang-kurangnya 150 orang berhimpun di sekolah Tamil Effingham di Bandar Utama semalam kerana membantah penjualan tanah yang didakwa mencurigakan, yang membabitkan sekolah berkenaan dan MIC.

Mereka yang hadir terdiri daripada anggota Pergerakan Belia Prihatin (CYM) dan ibubapa pelajar sekolah berkenaan.

effingham school 050808 protestPresiden penaja CYM, G Manivanan Gowin berkata hari ini, kempen mengutip tandatangan juga dilancarkan selama seminggu untuk mendapatkan sokongan bagi menuntut semula tapak tersebut.

"Kami mendapat 300 tandatangan dan merancang untuk mengadakan protes yang lebih besar lagi untuk mengutip lebih banyak tandatangan," katanya.

"Apabila selesai dilakukan, kami akan berbincang apa nak dibuat dengan petisyen tersebut - mungkin menghantarnya kepada kementerian atau pemimpin berkaitan dalam kerajaan pusat," tambahnya.

Isu mengenai tapak tersebut timbul apabila akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, melaporkan pada 4 September lalu bahawa MIC, antaranya, memiliki tanah seluas 24,000 meter persegi bersebelahan dengan sekolah tersebut. Pemajunya telah memperuntukkan kawasan tersebut untuk kemudahan awam.

effingham school 050808 schoolTanah tersebut telah diserahkan kepada kerajaan negeri, tetapi kemudiannya diperolehi oleh pihak-pihak persendirian termasuk MIC. Tanah tersebut telah dimajukan untuk tujuan komersial.

Setiausaha Agung MIC, S Subramaniam telah menafikan berlaku sebarang penyelewengan dalam perkara tersebut, dan menegaskan ia dilakukan mengikut undang-undang.

Manivanan bagaimanapun berkata, CYM sedang menimbang untuk membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pihak polis supaya menyiasat perkara itu.

Beliau mendakwa, pihak polis dan BPR telah gagal menjalankan siasatan yang sempurna terhadap penjualan tanah tersebut.

Manivanan mendakwa, tanah tersebut adalah milik sekolah berkenaan.

mic malaysia indian congressMIC, tegasnya, mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat India Malaysia.

"MIC mendakwa menjadi penyelamat masyakarat tersebut. Jika begitu, mereka mesti memulangkannya (tanah tersebut) kepada pihak sekolah.

"Ini akan memastikan bahawa masa depan ratusan anak kaum India terpelihara," kata Manivanan.

CYM komited - dengan kerjasama ibubapa - untuk berjuang bagi mendapatkan semua tanah tersebut.

"Kita akan berbincang dengan pasukan peguam kita dan tengok sama ada kita patut ambil tindakan undang-undang," tambah Manivanan.

-malaysiakini

No comments: