"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 29, 2008

Lebih 200 Berkumpul Di Wisma Negeri Selepas Dapat Risalah Palsu Agihan Duit Raya

ALOR STAR, 29 Sept (Bernama) -- Lebih 200 orang berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman di sini hari ini selepas menerima risalah kononnya Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menyampaikan duit raya RM50 seorang.

Kebanyakan yang datang itu berkata mereka menerima risalah yang diletakkan di beberapa masjid semasa solat terawih tiga hari lepas.

Yahya Chin, 48, dari Kampung Kubang Rotan berkata, dia membaca risalah di Masjid Derga di sini yang menyebut duit raya akan disampaikan oleh Menteri Besar dari 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari Isnin.

Namun, apabila beliau datang ke bangunan pejabat kerajaan itu pagi ini, pengawal keselamatan di sini memberitahunya bahawa pejabat itu tidak pernah mengeluarkan risalah itu.

"Saya mai jugak kut-kut (mungkin) ada rezeki boleh dapat duit raya tapi bila sampai sini baru saya tau benda ni bohong," katanya.

Warga emas Awang Harun, 84, dari Pumpong di sini, pula berkata dia datang ke setelah diberitahu oleh seorang rakannya.

"Kawan saya ajak saya mai (datang) sini hari ni, jadi saya pun mai la," katanya.

Awang berkata dia tidak menyalahkan pihak Menteri Besar kerana perkara itu sudah pasti dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Azizan ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Aman berkata kerajaan negeri tetap memberikan sumbangan RM20 kepada mereka yang telah berkumpul sejak awal pagi tadi.

"Kesian pula, jadi kita bagi la sedikit wang kepada mereka," katanya.

Azizan turut menjemput orang ramai untuk menghadiri majlis hari terbuka sempena sambutan Hari Raya di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini pada 4 Okt ini.

No comments: