"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 29, 2008

UPKO Ugut Keluar Dari Barisan Nasional

KOTA KINABALU, 29 Sept (Bernama) -- Bekas ketua menteri Sabah Datuk Salleh Said Keruak berkata UPKO tidak seharusnya menjadikan satu "kesilapan kecil" oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung taraf kerakyatan seorang penduduk Sabah sebagai alasan untuk keluar daripada Barisan Nasional.

"Kita tidak mahu ia menjadi isu besar sehingga menjejaskan kestabilan politik," katanya merujuk kepada rasa tidak puas hati UPKO dengan tindakan JPN menukarkan status kerakyatan seorang wanita berusia 78 tahun, Yong Lee Hua, daripada warga negara kepada pemastautin tetap selepas kad pengenalan wanita itu hilang di Penampang tahun lepas.

Timbalan Presiden UPKO Datuk Wilfred Bumburing dilaporkan berkata parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN jika kesilapan dalam kes Yong itu tidak diatasi.

Sambil menyifatkan kesilapan itu bukannya dilakukan oleh BN, Salleh berkata isu itu perlu ditangani dengan melihat kepada puncanya.

"Jika ia disebabkan kesilapan pegawai berkenaan, maka pegawai itu perlu ditukar. Begitulah juga jika ia disebabkan oleh dasar, maka dasar itu perlu ditukar," katanya.

Salleh mencadangkan agar kerajaan melantik seorang penduduk Sabah untuk mengetuai jabatan itu di Sabah.

No comments: