"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 29, 2008

MPAJ roboh kuil, MP Kapar letak jawatan PKR Selangor

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerusi Kapar, S. Manikavasagam mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Timbalan Badan Perhubungan PKR Selangor ekoran tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)merobohkan sebuah kuil di Ampang awal bulan ini.

Wakil rakyat itu dikatakan membuat pengumuman itu di Kulai kelmarin dan menyerahkan surat kepada PKR Selangor hari ini.

Kenyataan beliau dipetik oleh akhbar-akhbar harian berbahasa Tamil hari ini.

Blognya juga ada menyebut secara ringkas mengenai keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR negeri.

Sambil mengesahkan mesej yang disampaikan di Kulai, blog tersebut berkata: "Saya bukan seperti pemimpin-pemimpin lain memegang jawatan meskipun tahu penolakan Rakyat."

Dalam pada itu, pemimpin kanan PKR pusat ketika dihubungi berkata, keputusan Ahli Parlimen berkenaan masih belum muktamad.

"Perbincangan sedang diadakan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (yang juga Pengerusi PKR Selangor)," kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Pegawai Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Kapar ketika dihubungi mStar Onlinemengesahkan yang Manikavasagam telah mengambil keputusan itu ekoran tindakan merobohkan kuil.

Katanya, Manikavasagam tidak berpuas hati dengan tindakan MPAJ, yang turut menyebabkan kemarahan di kalangan masyarakat India negara ini.

Sebelum kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dikatakan telah memberi jaminan tidak akan merobohkan rumah ibadat tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Usaha untuk menghubungi Manikavasagam gagal sehingga tengah hari tadi.

Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi PKR, N. Gobalakrishnan dan Ketua Penerangannya, Tian Chua menafikan yang Manikavasagam telah keluar parti.

Kata mereka, memang ada SMS sedemikian tetapi menafikan Manikavasagam telah keluar daripada PKR.

Gobalakrishnan berkata, beliau yakin Manikavasagam tidak akan meletakkan jawatan.

"Saya ada bercakap dengan beliau dua hari lalu, jangan percaya pada SMS ini," katanya.

"Saya tidak tahu mengenainya dan tidak percaya beliau akan berbuat demikian," kata Tian Chua. Semalam, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. A. Xavier Jayakumar mengesahkan Kuil Sri Mahakaliamman di Kampung Tasik dirobohkan oleh MPAJ awal bulan ini walaupun dinafikan pemimpin PKR sebelum itu.

Beliau berkata, pihaknya juga kesal dengan tindakan MPAJ merobohkan Kuil Sri Mahakaliamman tanpa kebenaran kerajaan negeri.

-mSTAR Online

TP - Ada lagi wakil rakyat yang bodo tongong... ambik keputusan tanpa usul periksa... kan dah jelas Kuil tu dirobohkan oleh MPAJ tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri... apa la baghal sangat wakil rakyat ni...

Kalau ye pun nak jadi "hero rakyat"... jadi la hero rakyat yang bijak... jangan jadi "hero rakyat" yang bangang...

bodo..!

1 comment:

Anonymous said...

Jika MB Selangor tidak bertindak terhadap MPAJ (kes roboh kuil) Ahli Parlimen (PKR) Kapar, S. Manikavasagam akan mengambil keputusan melepaskan jawatan Timbalan Badan Perhubungan PKR Selangor...?

Timbul sedikit masaalah dah nak ugut MB..? Ada pakai otak ke mr. manikavasagam macammana mahu selesai itu masaalah. Macam mana u boleh jadi ahli parlimen PKR..?