"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 03, 2008

Bersiap menyambut......

Balik dari Kelumpo, aku tak boleh tidor. Takat tidor dalam kereta , bukan mau lena sangat. Lepas hantar anak kesekolah, aku terus kerumah Pak Nawi untuk bersembang.

Sampai rumah Pak Nawi, aku bagi salam tapi tak ada sapa yang jawab. Kemana pulak orang tua laki bini ni? Mungkin kemarket agaknya.

Baru aku nak masuk kereta, dengar bunyi orang menebang buluh. tak..tak..tak..tak..tak.tak…rrrruuuummm! “Tak kan baru dua hari puasa dah mencari buluh lemang? ” dalam hati aku.

Aku pun terus kebelakang rumah Pak Nawi. Nampak la orang tua tu kat perdu buluh betong. “Tak kan bulan puasa pun nak makan rebung, Pak Nawi!”

“Pakai la akai sikit..Rebung orang tak tebang..tapi pakai pencebak.” Kata Pak Nawi.

“Yang ditebang buluh tu nak buat apa? Nak cari anak buluh betung?”

“Nak nyambut merdeka.” kata Pak Nawi.

“kah…kah…kah… merdeka dah habis, Pak Nawi baru nak tebang buluh? Tahun ni bukan ada Peraduan Kampung Tercantik lagi dah… umno tak ada duit! Tak payah nak buat pintu gerbang masuk kampung”

” Mat!… jaga sikit mulut tu. Tahun ni, kita sambut Awal Muharam dua kali. Pilihanraya, dua kali. Merdeka, dua kali. Perlantikan Perdana Menteri pun…..dua kali!”

“Macam ramalan kaji cuaca saje..” aku perli. ” Habis tebang buluh nak buat apa?”

“Nak buat meriam!” kata Pak Nawi.

Kalau budak-budak main meriam tak apa lah. Ni orang tua main meriam…”Nak bagi Mak Piah latah ke?” aku tanya.

“Nak ngalau hantu” kata Pak Nawi.

“Bulan puasa hantu syaitan semua kena tambat.. hantu mana yang Pak Nawi nak peghalau?”

“Jangan cakap banyak. Tolong aku kerat buluh ni.” kata Pak Nawi. Aku pun ambil gergaji, terus nak potong.

“Dah sukat ke belum?” tanya Pak Nawi. Mana aku tahu apa sukatan panjang meriam!

“Mesti ada tujuh ruas, panjang tujuh sok” kata Pak Nawi.

“Satu sok tu panjang mana?”

“Dua sok satu lengan, dua lengan satu depa. Tujuh sok sama juga dengan dua depa kurang suku.” Pak Nawi bagi tau.

Fuh!! Mati aku nak ikut orang tua ni. Masa kecik-kecik dulu, buluh aur pun boleh buat meriam. Tak payah sukat-sukat. Tapi…mungkin orang tua ni ada muslihatnya….jadi aku ikut saja.

“Woii!! Ngapa panjang sangat?” Aku tanya. Tak pernah aku buat meriam buluh macam tu punya panjang.

“Kamu tengok nanti.” kata Pak Nawi.”Aku nak buat meriam tanah dan meriam buluh, 2 dalam1″

“Pasai apa susah-susah sangat nak buat meriam macam tu?” aku tanya.

“Nak tipu polis!” kata Pak Nawi. “Kalau buat meriam buluh biasa, depa datang terus cekup…bukti ada depan mata.Tapi meriam ini, depa bawak pun tak boleh buat bukti, sebab mana ada orang buat meriam macam ni.”

Aku dan Pak Nawi bergilir korek lubang, menyerong sedalam tiga sok. Kemudian buluh betong dibuang ruas bahagian dalam. Biasanya, ruas yang paling bawah dibiarkan, untuk menampung kabaid, tapi Pak Nawi suruh buang semua. “Mana germit?” aku tanya kat Pak Nawi.

“Ish.. bukan payah germit. nak buat apa?” kata Pak Nawi.

Pak Nawi meletakkan buluh betong kedalam lubang. Bahagian yang paling bawah, diletakkan besi paip yang dibengkokkan. “Besi paip ni jadi sumbu.” kata Pak Nawi. Lepas tu, kami kambus balik. Hujung besi paip hanya lebih kurang dua inci dari permukaan tanah.

“Boleh test dak?” aku tanya bila dah siap.

“Boleh…pergi ambil kabaid”

Aku pun ambil kabaid, bubuh seketul sebesar setengah penumbuk, tuang air dan ready. Bila nampak hujung besi paip dah berasap, aku siut dengan api. “Boooom!!” Whoa!!!! kuat ooo!”

“Jom..jangan duduk sini. Nanti naya je.” Pak Nawi ajak aku ke bawah rumah, pekena kopi O. Belum sempat kopi sejuk, datang kereta peronda polis merayau. Kami buat sadin je.

Tak lama kemudian, Mak Piah pun balik dari market, naik teksi sapu. Turun saja dari kereta, dia terus menuju stor belakang rumah. “Dah agak dah!! Ganti balik kabaid aku. Aku nak meram pisang dengan apa?” jerit Mak Piah.

Pak Nawi senyum. “Baik kamu ganti, Mat. Kalau tidak nanti, naya kamu kena hamput.”

-PerakExpress

4 comments:

MacPunks said...

adoih... lawaknya... teringat zaman kampung dulu-dulu.... iskhhh gian pulak nak main..Tapi SPECS nih mcm pelik sikit.. nak try lah nanti....

bebas said...

hehheh memg lawak la..aku pun tersengeh sambil baca cerita nie..jgn lupa layari blog aku ada benda panassssss

Anonymous said...

cerita memang lawak
http://rnazrul.blogspot.com

Nina Nurziana said...

cwite nih mmg klaka..
tapi,...
hang dgn pak nawi nih xpuase ke?
siap pekene kopi o lg???