"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 03, 2008

Risalah Dalam Empat Bahasa Untuk Cegah Jenayah

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Lebih sejuta riasalah dalam empat bahasa akan diedarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bagi mencegah pelbagai jenis jenayah.

Naib Pengerusi MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata kempen tahun ini diadakan bersempena dengan bulan sambutan kemerdekaan selari dengan semangat Mereka bagi menumpukan kepada keselamatan perseorangan, keselamatan pejabat dan rumah, pencegahan jenayah untuk wanita , remaja dan kanak-kanak sekolah termasuk mereka yang kurang upaya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lee mahu rakyat Malaysia menyertai kempen itu dan membantu menyampaikan mesej "Cegah Jenayah, Babitkan Diri, Kita Boleh Lakukannya Bersama" dengan kesedaran bahawa pencegahan jenayah adalah tanggungjawab bersama.

Beliau berkata walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan dan bebas daripada penjajahan tetapi negara ini masih belum bebas daripada jenayah dan ketakutan tentang jenayah.

Katanya MCPF mahu melihat rakyat Malaysia mengamalkan sikap sifar toleransi terhadap jenayah dan membina budaya anti-jenayah dengan menjadikan pencegahan jenayah sebagai satu cara hidup.

Katanya program dan strategi pencegahan jenayah yang terbaik tidak akan berjaya jika orang ramai tetapi tidak berwaspada.

TP - Bab jenayah ni sebenarnya kesedaran pada masyarakat cukup-cukup tinggi buat masa ni... aku tengok masyrakat Malaysia cukup prihatin & saling bantu-membantu dalam hal berkaitan dengan pencegahan jenayah ni... cuma......

PDRM... yang ni memang lemah sangat-sangat...masyarakat punya la prihatin, bagi maklumat, edar risalah, buat laporan tapi bila sampai dekat PDRM... sedang dalam siasatan... sedang dalam siasatan... sedang dalam siasatan... tu je yang depa reti jawab...

Tak caya? pi balai polis & tanya macam mana perkembangan kes adik Nurin Jazlin & yang lain-lain... jawapannya aku gerenti - sedang dalam siasatan...

Cuba tanya pulak kes-kes yang libatkan pembangkang... pagi tadi report... dalam masa tak sampai 6 jam...gedegang... kita dah jumpa bukti... haik??? terer pulak...

Jadinya bab risalah tu buat la dalam semua bahase yang ada atas mukabumi ni campur sekali dengan bahasa binatang-binatang, tetap tak kan bawak apa-apa perubahan dalam senario penjenayahan di Malaysia...

Pokoknya - PDRM wajib dibebaskan dari tangan-tangan yang berkepentingan & biarkan pihak PDRM menjalankan tugas mereka sebagaimana yang termaktub didalam etika bidang kuasa mereka...

Cukuplah meng"anjing"kan PDRM... tangan-tangan yang pegang remote control & yang kene control tu yang wajib dicegah... sekarang ni PDRM dah tak de kreadibiliti di mata masyarakat...

Aku tengok pun kesian... tapi nak buat macam mana??? mungkin yang dekat "atas-atas" tu banyak menyeleweng kot... tu pasal yang senang sangat kene remote tu...

Insaflah...

No comments: