PULAU PINANG: Polis akan mengambil keterangan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina dalam minggu ini bagi menyelesaikan kes itu secepat mungkin.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Salleh Mat Rasid berkata selain Ahmad, polis juga akan mengambil keterangan saksisaksi yeng terlibat bagi melengkapkan siasatan kes itu sepenuhnya.
"Kita akan merakam percakapan saksisaksi yang terlibat termasuk Ahmad dalam minggu ini. Kita sudah jejaki Ahmad, beliau berada di negeri ini dan kita akan panggil beliau secepat mungkin.
"Kita harap kes itu dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan mainkan isu itu dan kita juga minta semua pihak jangan mainkan isu perkauman. Serahkan pada polis untuk menjalankan siasatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama.
Salleh berkata sehingga hari ini polis telah menerima lima laporan polis dari pelbagai pihak berhubung kenyataan Ahmad itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
"Kita terima masing-masing satu laporan polis dari balaibalai polis Bukit Mertajam, Datuk Keramat dan Jalan Pattani (Pulau Pinang), Tun H.S Lee (Kuala Lumpur) dan Petaling Jaya," katanya.
Akhbar hari ini melaporkan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bagi pihak UMNO secara terbuka memohon maaf terhadap kenyataan itu dan berharap orang bukan Melayu tidak terlalu terganggu dengan kenyataan Ahmad yang disifatkan Najib bersifat peribadi.
Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuarat akan datang akan memutuskan 'tindakan sesuai' terhadap ketua bahagian itu.
Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan Ahmad mengeluarkan kenyataan itu dan mereka mencadangkan agar Ahmad dikenakan tindakan menurut Akta Hasutan 1948.
Sementara itu, usaha wartawan untuk menghubungi Ahmad bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu gagal.
Semalam, Umno memohon maaf secara terbuka kepada semua kaum bukan Melayu yang tersinggung dengan kenyataan berunsur perkauman yang dikeluarkan oleh Ahmad.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kenyataan Ahmad itu tidak mewakili Umno dan kerajaan secara keseluruhan sebaliknya adalah kenyataan peribadi.
Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa kaum Cina hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.
Gerakan dan MCA mendesak tindakan diambil ke atas Ahmad berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.
-mSTAR Online
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
siasatan polis mmg bakal mendapati yang tertuduh ni...mmg tak bersalah punye kerana tak de bukti konkrit yang mengatakan beliau pernah memberi statement yang mengapi2kan orang cina....lebih2 lagi yang tertuduh ni daripada kalangan orang UMNO..
Post a Comment