"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 03, 2008

Pak Lah Promosi HadHari Lagi...

Pak Lah cakap : "Saya ingin lihat individu Islam bukan sahaja sebagai seorang profesional yang ada kerjaya, ada ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, bukan setakat itu sahaja".

Pas tu Pak Lah cakap lagi : "Saya ingin lihat bahawa dia juga seorang yang cukup faham dalam ilmu berkaitan agamanya sendiri sedalam mungkin,".

Tu yang Pak Lah cakap masa sessi dialog Perdana Menteri bersama Ulama dan Umara anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Wilayah Persekutuan malam tadi...

Kenyataan Pak Lah yang kat atas tu aku sokong 100% tapi Pak Lah jangan la pulak pilih-pilih bulu ye Pak Lah..?untuk permulaan, apa kata Pak Lah iktiraf dulu ulama-ulama & umara-umara dalam parti pembangkang... boleh gitu Pak Lah?

Cakap biar serupa bikin... ada berani Lah???

Pak Lah cakap pulak : umat Islam perlu menghayati dan mendalami ajaran agama kerana umat yang baik tidak akan condong melakukan perkara yang tidak dituntut ajaran Islam seperti keganasan dan rusuhan.

Dan lagi : "Tuhan tidak suka kita lakukan semua itu (keganasan dan rusuhan), kita mesti melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab, oleh itu kita akan menjadi insan yang baik, sukakan keamanan, kejayaan dan tidak akan menjadi musuh kepada sesiapa,"

Nak tanya Pak Lah lah... tang "keganasan" tu boleh Pak Lah spesifikasi tak "keganasan" yang macam mana... adakah membunuh warganegara mongolia kemudian mengebom mayatnya dengan menggunakan bahan letupan dari jenis c4 diklasifikasikan sebagai "keganasan" atau bukan keganasan?

Semenjak 2 menjak ni aku sikit keliru la dengan kenyataan Pak Lah... macam nak tembak kem orang lain, tapi terpesong masuk kem sendiri pulak... salah tuntut ilmu ke Pak Lah?

Yang ni lagi best : Perdana Menteri berkata beliau memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang mengandungi 10 prinsip dengan kesemua prinsip itu tidak bertentangan dengan ajaran agama lain.

Huhuhu... aku nak tekan sikit tang "kesemua prinsip itu tidak bertentangan dengan ajaran agama lain".

Apa maknanya tu? apekah Pak Lah telah mencedok prinsip-prinsip dalam agama lain kemudian Pak Lah masukkan kedalam Islam "Konsep" Hadhari?apakah Pak Lah cuba menyamakan agama Islam dengan agama-agama lain selain dari agama Islam?apakah Pak Lah cuba menyamakan kedudukan agama Islam yang istimewa dengan agama-agama yang lain selain agama Islam?

Pak Lah biar betul...Yang ni Pak Lah kene jelas betul-betul ni Pak Lah...

No comments: