"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 03, 2008

Ustaz Ramlang Lanjut Cuti

PETALING JAYA: Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang sepatutnya kembali bertugas hari ini setelah bercuti selama seminggu, melanjutkan cutinya hingga ke satu tempoh yang tidak didedahkan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Abdul Malek Salleh kepada mStar Online.

"Belum kembali bertugas. Apa yang boleh saya beritahu ialah beliau menambah cutinya buat sementara waktu.

"Alasan yang diberikan ialah beliau ingin terus berehat dan tenangkan fikiran," katanya.

Ditanya sama ada Ramlang ada menghubunginya bagi memaklumkan mengenai hasrat melanjutkan cuti, beliau berkata Ramlang ada berbuat demikian.

"Ya, dia ada hubungi saya untuk maklumkan mohon cuti tambahan, jadi saya izinkan," katanya.

Diminta mengulas mengenai laporan berhubung Ramlang yang didakwa berkempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Abdul Malek menjelaskan beliau ada menyediakan laporan berhubung perkara tersebut.

"Saya ada sediakan laporan mengenai kegagalan Ramlang untuk hadir bertugas pada hari beliau berada di sana (Permatang Pauh).

"Laporan biasa saja mengikut prosedur pentadbiran. Apabila seseorang pegawai itu tidak hadir bertugas tanpa sebab, sebagai ketua saya perlu membuat laporan kepada pegawai atasan," katanya.

Menurut beliau laporan itu perlu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan adalah di bawah bidang kuasa Jawi.

Ramlang tidak hadir bertugas kerana muncul di Permatang Pauh bagi membuat penjelasan berhubung sumpah bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah tidak sah.

Pada 15 Ogos lalu, Ramlang hadir dalam majlis sumpah laknat yang dibuat oleh Mohd Saiful yang mendakwa diliwat Anwar.

Sementara itu mStar Online cuba mendapatkan maklumat tambahan berhubung Ramlang dari seorang pegawai masjid yang enggan dikenali.

Pegawai berkenaan turut mengesahkan bahawa Ramlang kini melanjutkan cutinya namun tidak diketahui sehingga berapa lama.

"Apa yang saya difahamkan beliau telah menambah cutinya," katanya ketika dihubungi.

Ditanya sama ada Ramlang pernah datang ke masjid untuk bertemu sesiapa atau bagi menguruskan cutinya, beliau memberitahu Ramlang tidak hadir sejak beliau mula bercuti minggu lalu.

"Tidak, dia tidak pernah hadir ke sini sejak minggu lalu. Kami rakan-rakannya juga cuba menjejakinya, namun gagal.

"Namun beberapa hari lalu beliau ada mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada semua rakan-rakannya di sini untuk memohon maaf dan mengucapkan selamat berpuasa," katanya.

mStar Online
cuba mendapatkan kepastian sama ada wujud khabar angin kemungkinan Ramlang bercadang untuk berhenti kerja, pegawai berkenaan menafikanya.

"Berhenti tu tidak rasanya, tapi dibuang kerja tu mungkin terjadi. Sebagai kakitangan kami tak boleh berhenti sesuka hati kerana ada perjanjian yang telah dipersetujui.

"Namun nak diberhentikan juga perlu ada sebab-sebab yang kukuh kenapa seseorang pegawai tu perlu diberhentikan," katanya.

-mSTAR Online

No comments: