"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 09, 2008

BN Serah Pada Parti Bacul Tindakan Keatas Ahmad

Gambar: Abdullah Ahmad Badawi mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pwtc hari ini. Turut hadir adalah ketua parti-parti komponen BN yang lain, antaranya adalah Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri dr. Koh Tsu Koon.

(Mutakhir)
KUALA LUMPUR:
Majlis Tertinggi (MT) Umno akan memutuskan tindakan terhadap Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dalam satu mesyuarat khas esok.

Pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) memutuskan mereka tidak boleh terima kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengenai kaum Cina negara ini.

Sehubungan itu, BN menyerahkan kepada Umno untuk mengambil tindakan terhadap Ahmad.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Presiden Umno berkata, keputusan itu dibuat selepas semua parti komponen Barisan Nasional (BN) bersetuju agar isu itu diselesaikan oleh Umno.

"Mereka inginkan supaya satu tindakan segera dan tegas diambil tetapi memahami bahawa ini melibatkan ahli Umno dan prosedur parti (yang) perlukan perkara ini dibawa ke Majlis Tertinggi (Umno).

"Maka dengan itu pemimpin-pemimpin parti komponen BN telah pun mengakui tentang prosedur ini dan mengesa supaya tindakan ini diambil oleh MT Umno secepat mungkin," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN selama dua jam di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Ahmad telah mencetuskan polemik apabila didakwa mengeluarkan kenyataan pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lepas bahawa masyarakat Cina ialah pendatang di negara ini, dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum Bumiputera.

Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.

Abdullah yang juga Pengerusi BN, berkata Umno akan memastikan tindakan tegas dikenakan terhadap Ahmad.

"Semasa bermesyuarat tadi sikap yang ditunjukkan oleh semua yang bercakap menunjukkan sikap hormat menghormati dalam suasana musyawarah BN tetapi memang jelas perasaan yang dilahirkan adalah tegas dan amat kecewa, serta perasaan marah terhadap apa yang berlaku.

"Boleh dikatakan semua telah melahirkan perasaan mereka, yang mereka tidak dapat terima sama sekali kenyataan Datuk Ahmad Ismail kerana apa yang telah dicakapkan itu telah menimbulkan kemarahan dan kegelisahan rakyat yang tidak terhad kepada rakyat bukan Bumiputera tetapi juga Bumiputera, orang Melayu, bukan sahaja di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak."

Abdullah berkata pemimpin Umno yang hadir pada mesyuarat itu juga menegaskan kepada semua parti komponen BN bahawa kenyataan Ahmad itu bukan pendirian Umno tetapi pendirian Ahmad.

Antara pemimpin Umno yang hadir ialah Timbalan Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Timbalan Perdana Menteri, keduadua Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Wanita Umno dan BN Tan Sri Rafidah Aziz.

ABDULLAH Ahmad Badawi bersalaman dengan Koh Tsu Koon selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional, Kuala Lumpur sebentar tadu. - foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

1 comment:

Anonymous said...

Pemimpin UMNO DAYUS..Tak berani nak tegur,nak angkat muka pun takut..Kalau kes ni disebelah pihak PR, sah2 dah check-in "hotel Kamunting" kurang2 2 tahun..