"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 09, 2008

MB Negeri Sembilan bubar DUN jika terdesak

SEREMBAN: Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau tidak fikir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan akan melompat ke pembangkang.

"Saya tidak fikir mereka mudah dibeli oleh pembangkang semata untuk menubuhkan kerajaan baru dalam tempoh terdekat. Malah mereka tidak akan termakan hasutan pembangkang bagi merealisasikan agenda pembangkang walaupun dibayar begitu tinggi," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita selepas menyampaikan dividen kepada peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK) Risda Negeri Sembilan bagi tahun 2007 di sini, hari ini.

"Tapi jika keadaan terpaksa, saya akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya baru.

"Saya rasa yakin BN boleh memenangi lebih banyak kerusi berbanding kini BN memenangi 21 kerusi DUN manakala pembangkang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas 15 kerusi.

"Saya berkeyakinan kita boleh dapat balik kerusi yang kita kalah kerana ramai orang telah menyesal memilih pembangkang pada pilihan raya umum ke12 Mac lepas," katanya.

Mohamad turut menolak kemungkinan anggota Parlimen BN di negeri ini menyertai pembangkang dalam masa terdekat. Pada pilihan raya itu, BN memenangi lima kerusi Parlimen manakala pembangkang tiga.

Pada majlis itu, seramai 1,702 orang peserta RTBB menerima dividen berjumlah RM4.6 juta manakala 2,162 orang peserta TSK menerima dividen berjumlah RM4.1 juta. Purata setiap peserta menerima RM2,954.57.

Pada majlis yang sama, Risda turut memberi zakat kepada 50 orang fakir miskin yang telah ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Pembayaran zakat sejumlah RM10,000 ini adalah sumbangan anakanak syarikat Risda iaitu pada kadar RM200 seorang.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Korporat) Risda Wan Mohamad Zuki Mohamad dan Pengarah Risda negeri Abdul Ghafar Datuk Borhanudin.

-mSTAR Online

2 comments:

Unknown said...

berani ker si mat hassan ni mengotakan apa yang dia kata?

Anonymous said...

jgn ckp besar la mam