"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 09, 2008

Mesyuarat Buang Masa

KUALA LUMPUR, 8 Sept (BERNAMA) Wakil-wakil utama 13 parti komponen gabungan Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat di sini esok yang memerlukan mereka memerah otak bagi merungkai pelbagai macam isu.

Bagaimana kerajaan akan mengendali negara keluar dari fasa ketidaktentuan sekarang berikutan kejutan dan dakwaan gah ahli-ahli politik pembangkang pasti akan dibincangkan.

Mengurus ekonomi satu lagi hal yang akan dibincangkan. Bagi mereka yang duduk di atas pagar dan borak mereka mengenai ekonomi dan hal-hal lain yang mereka pertikaikan, pujian mesti diberikan terhadap penyediaan Bajet 2009 oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyediakan bajet mesra perniagaan dan kini terpulang kepada sektor pernigaan menyahut cabaran di tengah-tengah persekitaran ekonomi yang makin sukar.

Namun, utama di kalangan isu-isu penting tetapi juga sensitif yang akan dibincangkan ialah yang berkaitan dengan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail, yang dikatakan telah membuat kenyataan berbaur perkauman dan menghina baru-baru ini.

Beberapa orang pemimpin parti komponen BN telah menyatakan rasa tidak senang mereka berhubung kenyataan itu yang dibuat dalam era penuh cabaran kini berikutan pilihan raya umum 8 Mac dan penjelasan Ahmad kemudiannya disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai menghina.

TP - "Ahmad kemudiannya disifatkan sesetengah pihak sebagai menghina"... hehehe... sesetengah pihak je rupanya dalam BN yang berfikir begitu?

Jadi yang lain-lain setujulah dengan tindakan Ahmad Mamak tu?

Baguih la macam tu... tiupkan lagi api perkauman dalam negara Malaysia ni, kemudian tuduhlah pembangkang yang punya angkara... memang itu yang UMNO/BN nak kan???

Supaya dapat on "operasi lalang 2"...

Insya-Allah dengan izin Allah, tak kan tercapai niat jahat tu... percayalah Allah Maha Besar.

2 comments:

Anonymous said...

lepas depa gaduh2 sama2 depa.. digambarkan huruhara angkara pihak pembangkang.. lepas tu di istiharkan MAGERAN .. maka bertakhta lah raja bergelar Paduka Seri Sultan Najis Al-Mutawassitah

Anonymous said...

mula-mula idaorang gaduh sama sendiri dulu, lepas tu tunggu maner-maner pemimpin PR tersilap komen....maka kesalahan akan bertukar menjadi milik PR.