"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 09, 2008

Putus Hubungan: MCA Penang Ikut Jejak Gerakan.

Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Liow Tiong Lai turut menegaskan bahawa MCA Pulau Pinang memutuskan hubungan dengan Ahmad dan tidak akan menyertai mana-mana aktiviti anjuran UMNO Bahagian Bukit Bendera sehingga isu tersebut diselesaikan.

Malah, katanya, MCA juga akan berbuat perkara sama kepada mana-mana UMNO bahagian lain di negeri ini yang turut bersekongkol dengan Ahmad.

''MCA berasa marah, tersinggung, kesal dan hampa dengan tingkah laku angkuh beliau yang enggan menarik balik kenyataan dan meminta maaf terhadap kata-katanya yang telah menyakitkan hati dan perasaan orang Cina di negara ini," katanya.

No comments: