"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 14, 2008

'Laporan berita ditulis secara profesional'

BUKIT MERTAJAM 13 Sept. - Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam, tetap mempertahankan laporannya mengenai kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.Hoon Cheng, 33, berkata, laporan berita yang ditulisnya berhubung kenyataan Ahmad yang mendakwa orang Cina di Malaysia menumpang di negara ini dilakukannya secara profesional.

"Saya hanya tulis apa yang saya dengar," katanya ketika ditemui di rumahnya sejurus dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, dekat sini kira-kira pukul 2.40 petang ini.

Polis menahan Hoon Cheng mengikut ISA di rumahnya di Taman Alma, di sini kira-kira pukul 8.40 malam semalam sebelum dibawa ke Ibu IPK Pulau Pinang.

-Utusan Malaysia Online

TP - Ni la permainan silap mata paling musibat dalam Malaysia... yang buat kenyataan, bebas... yang lapor... ISA (ambik kau)...

Yang seronoknya dalam berita TV3suku jam 8 malam tadi... wartawan tanya Syed Botak, kenapa Ahmad Cincin Besar tak kene ISA padahal Ahmad Cincin Besar yang keluarkan kenyataan "menghina" kaum lain "kunun"nya "menumpang"... Syed Botak jawab apa hangpa tau???

Ahmad Cincin Besar ialah seorang ahli sebuah parti & pihak parti telah menjatuhkan hukuman yang sewajarnya iaitu menggantung keahlian Ahmad Cincin Besar selama 3 tahun... jadi tak perlulah kita ambil tindakan lagi..!

Daripada kenyataan Syed Botak tu, kita kene faham bahawasanya setipa ahli UMNO adalah "kebal" dari sebarang undang-undang & perlembagaan negara Malaysia.

Kalau hangpa ahli UMNO, hangpa bebas menghina mana-mana individu atau kaum ikut sedap tekak hangpa... pas tu kalau jadik apa-apa masalah. hangpa tak yah mintak maaf.

Parti akan jatuhkan hukuman yang "setimpal" (Khak Ptuih..!) dekat hangpa manakala pihak perundangan akan tutup mata sebab hangpa ahli UMNO... paling tidak pun depa akan tangkap orang yang buat "laporan"

Ini undang-undang dinamakan undang-undang "kepala bapak" Syed Botak.

Khak Ptuih..!

1 comment:

Anonymous said...

Memang ulasan menteri sangat bangang. Khak Ptuih..!