"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 14, 2008

Tarikh Kelahiran Malaysia: UMNO Putar Beli Sejarah

KOTA KINABALU: Walaupun rakyat negara ini masih tidak sekata tentang tarikh kelahiran Malaysia, tetapi hakikat yang perlu diingat ialah sejarah tidak boleh diselewengkan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.

Berucap merasmikan seminar bertajuk "Pembentukan Malaysia dan Hak Sabah dan Sarawak Di Sisi Perlembagaan" di sini hari ini, Dompok berkata disebabkan isu itu, ada pihak menuduh mereka yang berpendirian bahawa Malaysia dilahirkan pada 16 Sept 1963, iaitu tarikh Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia secara rasmi, sebagai tidak patriotik.

"Rakyat Malaysia di Semenanjung tidak begitu kisah tentang tarikh 16 Sept, tapi di Sabah dan Sarawak, kebanyakan orang berpendapat bahawa inilah tarikh lahirnya Malaysia.

"Bagi saya, usahlah kita selewengkan sejarah. Oleh kerana kita cintakan negara inilah, maka kita mahukan tarikh sebenar ...Saya dapati orang Sabah dan Sarawak amat bersemangat dalam mempertahankan tarikh kemerdekaan mereka," katanya.

Jika berpandukan sejarah, Dompok berkata, 16 September 1963 patut dianggap sebagai Hari Malaysia kerana ia adalah tarikh sebenar kelahiran Malaysia."Kita tentu tahu bahawa Malaysia tidak wujud sebelum 16 Sept, 1963. Apa yang wujud pada masa itu ialah Persekutuan Tanah Melayu. Kalaulah kita menyertai Malaysia ketika itu, maka tarikh sebetulnya ialah 31 Ogos 1957, tapi kita tidak berbuat begitu.

"Ini fakta sejarah dan saya tak fikir kita patut mengubahnya. Itu pendapat saya... 31 Ogos adalah hari kemerdekaan bagi Semenanjung Malaysia dan barangkali, dalam konteks Sabah dan Sarawak, 31 Ogos masih boleh diterima sebagai hari kemerdekaan, tapi Hari Malaysia dan tarikh Malaysia dilahirkan ialah 16 Sept," kata beliau.

-mSTAR Online

TP - Bab putar belit sejarah ni, kita kene tanya puaka-puaka Un Mind National Organisation... depa memang pakar dalam bab ni... jangankan sejarah Malaysia, sejarah parti depa sendiri pun depa putar belit jugak...

Khak Ptuih..!

1 comment:

chemicalxycho said...

Un Mind National Organization? Rasanya Unusable/Useless Mind National Organization.