"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 14, 2008

Shabery Harap Polis Beri Penjelasan Berhubung Penahanan Wartawan Sin Chew Di Bawah ISA

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berharap polis dapat beri penjelasan mengenai rasional penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya polis dapat memberi penjelasan mengenai penahanan Tan itu, dan bukannya ahli politik yang memberikan pelbagai ulasan mengenainya.

"Adalah lebih baik dan sesuai sekiranya polis dapat memberi penjelasan (mengenai perkara itu)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Tanglung di sini Sabtu malam. Turut hadir ialah timbalannya Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini bahawa penahanan Tan adalah sebahagian daripada langkah pantas polis bagi memastikan keselamatanya selepas wartawan itu menerima panggilan berbentuk ugutan.

Syed Hamid berkata risikan polis mendapati nyawa wartawan itu terancam selepas beliau membuat laporan mengenai kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang dikatakan mengandungi kenyataan berbentuk perkauman.

Bagaimanapun Tan dibebaskan oleh Ibu pejabat Polis kontinjen Pulau Pinang pada kira-kira pukul 2.30 petang hari Sabtu.

Shabery yang menyuarakan rasa lega dengan pembebasan Tan berkata tindakan itu jelas menggambarkan bahawa penahanan di bawah ISA bukan berbentuk hukuman jangka panjang, dan menambah bahawa ia hanya bertujuan menghalang pihak tertentu daripada membuat kenyataan-kenyataan yang boleh mengancam keselamatan nasional.

No comments: