"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 14, 2008

PAS Lebih Beruntung Dengan Siapa? BN atau Pakatan Rakyat

Kenyataan Mustafa Ali baru-baru ini banyak melahirkan perasaan tidak senang hati. Dunia blog telah dipenuhi dengan banyak maklumat berkenaan dengan aktiviti kumpulan yang dikenali sebagai "fraksi UMNO". Ada yang berkata khabar angin ini tidak berasas sekadar buah mulut orang sahaja. Namun setelah Mustafa Ali memberi temuramah yang disiarkan dalam media perdana, is sudah tidak menjadi buah mulut lagi. Kata orang, jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Berita ada "fraksi UMNO" hendak membawa PAS masuk BN tiba tiba menjadi pengetahuan umum terutamanya ahli-ahli PAS.

PAS berada dalam keadaan genting sekarang ini. Tidak mustahil PAS akan berpecah dua angkara beberapa pemimpin PAS yang tersangat tamak dan haloba dengan janji-janji keduniaan. Marilah kita berdoa supaya pemimpin-pemimpin berkepentingan ini diturunkan ke tahap kain basahan selepas ini.

Yang lebih mengejutkan saya, laman Tranung Kite sendiri menampakkan pengunjung berdaftar nya melahirkan perasaan tidak senang dengan PAS Terengganu. Mereka menyalahkan segala kekalutan ini ke atas PAS Terengganu. Komen tersebut dapat dibaca di [sini].

Yang menghairankan laman Tranung Kite adalah kelolaan PAS Terengganu dan PAS DUngun dan pengendali adalah orang-orang yang kuat dengan Ustaz Harun Taib.

Jelasnya imej PAS Terengganu jatuh berdentum disebabkan oleh "skandal" ini. PAS Terengganu adalah pemain utama di dalam usaha membawa PAS masuk BN. Mereka berjaya menggunakan pengaruh mereka untuk memaksa Tuan Guru Presiden mengambil sikap anti kepada Anwar Ibraihim dan anti kepada PR. Jelas dalam Muktamar baru-baru ini pun, perwakilan Terengganu yang paling mulut lancang sekali menghentam Anwar Ibrahim.

Artikel ini saya nukil di [sini].

-Faqir Putih

1 comment:

Anonymous said...

Harakah terbaru (15-18 Sep 08)memuatkan, TGHNA menegur Mustafa Ali atas kenyataannya mengenai 916. Walaupuna atas kapasiti peribadi/pangamal penganalisis politik, TGHNA masih melihatnya sebagai Pesuruhjaya PAS T'ganu/PAS Terengganu dan AJK Pas Pusat dan seharusnya komen oleh pimpinan mestilah dari apa yang dipersetujui semasa muktamar. TGHNA menyelitkan Dato Asri dan Geng 13 keluar PAS.
Siapa TGHNA maksudkan ada pimpinan PAS yang irihati pada DSAI?