"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 14, 2008

Saya Bersetuju Dengan Pak Lah

…bila Pak Lah kata jangan timbulkan sentimen perkauman.

Aku percaya Islam itu bukan hanya berkisar tentang ibadah khusus seperti solat. Islam itu agama Syumul/lengkap dan dalam apa jua perkara kita kena rujuk pada agama.

Tentang foreplay pun ada hadith tau.

Aku telah dicop sebagai Melayu Murtad sejak sekolah lagi. Sekarang orang cakap aku ungrateful. So, aku kena tahu adakah aku berdosa kerana tidak menyokong ketuanan kaum yang besar jumlah Muslimnya di negara ini?

Maka aku study tentang kaum dari sudut perspektif Islam. Dan jatuh lah hukum wajib atas aku untuk kongsi apa yang aku belajar. Tak baik tau kedekut ilmu dan kedekut hidayah.

[I’m only human and still learning so do correct me if I’m wrong but please, include dalil yang sahih]

Apa itu race? Dalam MyKad aku takde tulis Melayu atau Bidayuh atau Latino.
Yang ada ialah Warganegara dan Islam.
Race is overrated.

Kamu lahir dalam keluarga Melayu Islam jangan ingat kamu lagi bagus dari mamak nasi kandar atau Cina mualaf.

Dan bumi ni Allah punya, kita tumpang sampai kiamat je. Siapa cakap British/Melayu/Orang Asli tuan tanah di Malaya?

Kamu terfikir tak kenapa semua Muslim tunaikan haji di Mekah, dan semua berpakaian ihram tak kira kaum? Kenapa takde tempat tunaikan haji untuk setiap kaum?

"And among His Signs is the creation of the heavens and the earth, and the difference of your languages and colours. Verily, in that are indeed signs for men of sound knowledge." Quran 30:22

Men of sound knowledge. Orang yang berilmu.

Islam mengutuk asobiyah/racism dalam bentuk blind support kepada satu-satu kaum tanpa mengira keadilan dan keamanan sejagat.

“An Arab is no better than a non-Arab. In return, a non-Arab is no better than an Arab. A red raced man was not better than a black one except in piety. Mankind are all Adam's children and Adam was created out of clay." [Al-Bukhari and Muslim, on the authority of Abu Musa]

Aku tak pernah cakap orang Cina lebih baik.
Aku tak pernah cakap aku sokong Hindraf buat demo.
Aku tak juga cakap kerajaan kita tindas bukan Melayu. Cuba baca betul-betul, siapa yang kaitkan dengan bab itu? Kau baca tak habis terus nak hentam orang (atau bapak orang) memanglah patut malu.

Kalau kamu umat Islam race is not an issue anymore.
Sebab dalam kubur malaikat tak tanya kau kaum apa.
Dan nanti kau nak mintak Syafaat dari seorang Arab yang bernama Muhammad bin Abdullah, bukan dari Melayu bernama Tunku.
Kalau Rasulullah pentingkan kaum Baginda sahaja, habislah kita semua!

Kawan-kawan aku ramai yang mixed juga. Mostly half Chinese.
Aku juga ada ramai kawan bukan Bumiputera yang Muslim. Dan ramai sepupu Caucasian. Mana kau nak taruk status mereka ni? Is there a term like ‘race’ anymore?
Kalau kamu nafikan hak mereka maknanya kamu sudah tutup peluang saudara sendiri.
Apa alasan kamu mahu jawab di akhirat nanti?

Sedangkan menyakiti orang bukan Islam pun Nabi samakan dengan menyakiti Baginda sendiri, inikan pula menyakiti KAUM lain.

Seorang sahabat, Abu Dharr pernah memanggil Bilal bin Rabah sebagai ‘Anak orang hitam’ dan Baginda sangat murka lantas berkata
“Anak orang kulit putih tiada kelebihan yang membuatnya lebih baik dari anak orang kulit hitam.”

Orang kuat berangan macam Amir Hafizi pun pernah tulis, dia tak percaya Tuhan itu racist.
Tuhan akan kasi hidayah pada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Mungkin Klingon, mungkin NeEM, mungkin Chong Wei, mungkin Samy Vellu. Kalau kau enggan menghampiri orang munafiq, orang kafir dan non-Muslim bagaimana dakwah nak sampai pada mereka? Lepas tu ada hati nak panggil orang tu kafir.

Semasa hayat Baginda, Rasulullah sering melawat dan menyuapkan makanan pada seorang Yahudi yang buta. (Sedangkan Yahudi itu sering mengutuk Rasulullah). Baginda bukan tak tahu orang itu bangsa lain dan Yahudi.

Kalau kamu nak sangat separatekan kaum, separatelah betul-betul.
Jawa, Bugis dan Minang – jangan masuk kategori Bumiputera. Ada berani?

Kalau kamu cakap orang Cina dan India itu pendatang, dan mahu mereka pulang ke China dan India, kita kena suruh Khir Toyo dan semua orang Jawa pulang ke Pulau Jawa. Nori Abdullah pun kena pulang ke Jepun.
Bini Pak Lah kita nak suruh balik mana ya?

Hari Raya ni keluarga aku pun kena buat mesyuarat bagi menentukan siapa yang kena ikut atuk aku pulang ke China, siapa yang kena pulang ke Kemboja, Arab, Sumatera, dan Pattani.
Yeah, I’m mixed so what?

Dulu waktu DAP menang kerusi, kita semua ditakut-takutkan dengan kisah 13 Mei.

Sekarang siapa yang sudah provoke sama mereka?

Kalau mereka pula buat demo untuk dapat persamaan hak, mesti kamu marah. I DON’T say that they are better tapi apa bezanya kamu dengan mereka?
Jangan terkejut, kalau mereka bertindak. Mereka sudah alarmed.

Dan bersedialah untuk justify di akhirat tentang kesungguhan kamu memperjuangkan Melayu. Good luck.

Ingat, kita nak mintak syafaat dari siapa untuk melintasi titian sirat nanti?
Kalau nak dapat Syafaat, kena pandai ambil hati. Nak ambil hati, ikut lah Sunnah Baginda.
Kalau Baginda tak mahu mengajar kaum lain, Salman Al-Farisi pun tak mendapat tempat. Apatah lagi kita ini.

Fikir-fikirkanlah.

-Bunuhlah Dosa Lampau-mu dan Mulakan Hidup Baru Di Suicide Park

No comments: