*Talkin...
Bismillahirrahmannirrahim...
Wahai hamba Allah... engkau kini telah kembali kehadrat Allah...
Wahai hamba Allah... setelah kami meninggalkan mu nanti... akan datang kepadamu dua makhluk... janganlah engkau takut dan bimbang... kerana mereka juga hamba Allah sepertimu... mereka akan mendudukkanmu... (latar belakang bacaan surah Yaasiin) dan bertanyakanmu - siapa Tuhanmu..?
apa agamamu..?
siapa imam pemimpinmu..?
apa kiblatmu..?
siapa saudaramu..?
Hai hamba Allah... janganlah takut... jawablah dengan tenang... dan dengan lidah yang fasih lagi jelas...
Allah Tuhanku...
Islam agamaku...
Muhammad Rasulullah Imam pemimpinku...
Ka'abah kiblatku...
Orang-orang Islam saudaraku...
*bunyi tapak kaki...
*malaikat...
Marobbuka... Marobbuka... (menjerit)MAROBBUKA...!!!
Wahai hamba Allah... mari kemari... kekampung asalmu... pulanglah dari kemaraan... apa yang kau bawa haaa..? apa yang kau bawa..?
Busuk..! busuk..!
Jijik, jijik...
Kenapa badan kau sebusuk ini...???
Apa yang kau buat sepanjang hidupmu..?
Cakap..! cakap..! CAKAP...!!!
*hamba Allah...
Saya derhaka dengan Tuhan... saya tak peduli Tuhan... (sambil mengerang)saya belakangkan Tuhan... saya...saya...saya...langgar apa saja dari Tuhan...
*malaikat...
Tapi sekarang... (menjerit)ENGKAU TAK DAPAT LARI LAGI DARI TUHAN BUKAN...???
*hamba Allah...
(mengerang menjerit)TUHAN...!!! TUHAN...!!! ampunkan aku...
*malaikat...
Apa lagi kerja engkau didunia..?
*hamba Allah...
(merintih)Saya sombong... tamak... hasad... pemarah... dendam... besar diri...... tinggi diri... saya berlagak bagai tuan... tidak membawa watak hamba Allah......
*malaikat
(menjerit)PUKUL...!!! PUKUL...!!! (latar belakang bunyi seksaan kubur, sebatan dan jeritan mengaduh kesakitan)...
*malaikat...
Boleh engkau sombong sekarang..?
*hamba Allah...
Tuhan...... ampunkan saya...
*malaikat...
BUSUK...!!! BUSUK...!!! APA LAGI YANG KAU BAWA...???
*hamba Allah...
(terketar-ketar)saya... pecah belahkan orang... saya... salahgunakan kuasa dan wang...... saya zalimi isteri dan anak-anak... serta ibubapa... Tuhan tolong ampun.........
Saya halang... orang berdakwah... saya hancurkan ekonomi orang Islam...
*malaikat...
(menjerit)PUKUL...!!! PUKUL...!!! (latar belakang bunyi seksaan kubur, sebatan dan jeritan mengaduh kesakitan)...
RASAKAN...!!! RASAKAN...!!!
*hamba Allah...
(merintih menjerit memohon ampun...)
TP - Jadi... apalah masalahnya dengan video ni? eloklah kalau diajar dari awal tentang seksaan kubur pada anak-anak... orang tua cakap - melentur buluh, biar dari rebungnya...
Tak kan nak ajar anak-anak ni "takut dekat KERAjaan???" itu dah lari aqidah...
mungkin jugak perkataan "saya... pecah belahkan orang... saya... salahgunakan kuasa dan wang...... saya zalimi isteri dan anak-anak... serta ibubapa... Tuhan tolong ampun.........
Saya halang... orang berdakwah... saya hancurkan ekonomi orang Islam..." kot yang buat depa "phobia"...
Aku rasa anak-anak tak phobia dengan perkataan tu... tapi kalau KERAjaan... aih... macam kena batang hidung depa je kan? kan? kan?
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Salam,
betul tu bang,puak2 UMNO phobia takut mati
Yang dok jadi penyangak bosar tu memang tak beriman dengan hidup sesudah mati... So istilah mati ni tak nampak kot...
cerita susuk,kekasihku seru,jangan pandang belakang,sesuai untuk kanak-kanak sebab heroin cerita tu mantap2..
Salam..
Saya setuju dengan penulis.. Saya rasa memang tiada masalah dengan video sajak kematian ini. Melaui cara ini, kita mudah insaf. Bagi saya peringkat umur sekolah rendah sesuai untuk dipertontonkan kerana pada peringkat ini, mereka masih mudah dibentuk. Jika remaja atau dewasa mungkin sukar sikit nak sedarkan. Inilah kenyataannya... Mengapa terlalu manjakan sangat kanak-kanak sekolah rendah. Penghayatan video ini bukanlah ekstrem tapi untuk menyedarkan kita... Mungkin terlalu manjalah menyebabkan remaja kita pada hari ini terlalu bebas, bebas buat apa saja...merogol, merompak, menagih dadah, membunuh, buang bayi dsb...terlalu bebas sehingga tak takut dengan Tuhan... Saya berharap pihak kerajaan tidak akan menarik balik video ini... Jangan hanya kerana video ini, kerajaan seolah-olah memberi peluang kepada pembangkang untuk membuat isu ini sebagai modal untuk menhentam kerajaan...
nak membentuk kanak-kanak bukan hanya setakat melalui video ini.kita semua pasti pernah mengalami zaman kanak-kanak.apa yang kita tahu dengan kanak-kanak?kanak-kanak mahu hidup mereka berada dalam keadaan ceria.
tahap pemikiran kanak-kanak darjah 1 dan 2 tidak sama dengan pemikiran kanak-kanak yang jauh tua usianya.pada darjah 1 dan 2 mereka baru sahaja mengenali dunia persekolahan.
kita memang patut ingat mati.tapi dapatkah kita menjamin yang jika video tersebut terus ditayangkan maka kanak-kanak tersebut akan terus membesar tanpa ada "kesilapan" berlaku?.hendak mendidik kanak-kanak bukan dengan satu hala sahaja.didikan ibubapa itu penting.ibubapa perlu pantau anak-anak mereka.
Cerita-cerita hantu tahyul giler babi menate KERAJAAN BN tak sekat.
video didikan agama pulok nak sekat, eiii, menate babi sungguh puok2 laknatullah nih.
sebab keno atas idung dio tu..wkahkhakaa.kalu takut tuhan..tadak ore set2 umno/bn ni nak rekrut jadi perasuah seksok.
HOK GAPO ADO DALAM VIDEO NIH, BENDO SENGOTI AZAB KUBUR HOK ALLAH ROYAT DALAM QURAN.TADAK MASALAH
ADO KO BUDOK HOK TOKLEH TIDO MALE, TAKUT NAK TIDO MALE SEBAB BENDA NI?
KAWE PIKIR MOK BAPOK KENA GALAK ANAK2 TENGOK VIDEO NIH.
Topeng perak,
pada pandangan aku,
kalau video itu ditunjukkan pada bebudak sekolah, mereka tu bukannya takut mati tapi takut hantu. Lagi pun iman bebudak sekolah tu belum cukup kuat kerana ilmu agama belum cukup.
Bercerita tentang mati maka kita kena bercerita tentang ilmu agama. Kerana semua agama dalam dunia ini menceritakan tentang hala tuju hidup selepas mati. Agama yang kita anuti itu mencerita tentang azam dalam kematian.
Apakah kita faham tentang kematian dalam agama yang kita anuti.?
Sudah sikap orang melayu, dari dulu sampai sekarang suka menyalahkan orang laen. Anak-anak rosak akhlak salahkan kerajaan, salahkan cikgu-cikgu kat sekolah, semua orang laa salah anak diorang rosak akhlak. Tak pernah mengaku kesalahan diri sendiri. Kalo nak dibahas tak perlu video-video nie semua, saya pown tak diajar untuk oleh ayah saya guna video Alhamdulillah jadi gak orang berjaya. So yang pentingnya kat sini ibu bapa, tayang seratus kali pun belum tentu budak2 jadi baik. Ibu bapa sekarang bukan macam dulu, anak jadi mat rempit bukan sebab budak tu, sebab ibu bapa, belikan motor, back up anak,kalo kene tahan polis kata polis ganas,berat sebelah, langgar hak asasi lah macam2. Bila nak berubah.
Anak anak patut diajar takutkan Allah semasa kecil. Takutkan azab seksa dalam kubur semasa mereka kecil supaya menjadi peringatan bila besar nanti. Bila dah besar remaja, dah tua bangka baru nak diajar semua tu memang agak dah lewat. Kalau mereka insaf dan bertaubat Alhamdulillah, kalau masih degil susah lah.
Post a Comment