"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 22, 2008

Bank Islam Malaysia Berhad Ugut Pelanggan - malaysiakini

Email dari Ahmadj Jamia

Saya ingin menarik perhatian pihak pembaca sekalian tentang BanK Islam Malaysia Berhad yang pada hakikat sebenarnya samalah seperti Bank ALONG Malaysia Berhad. Saya berharap kejadian yang menimpa keluarga saya akan menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia dan dunia agar tidak melanggan Credit Card BankIslam yang sedang hangat di pasaran sekarang.

Kejadian ini berlaku pada 4 Disember 2008 apabila keluarga saya dikampung menerima panggilan dari pegawai BankIslam yang berunsurkan ugutan yang mengakibatkan bapa saya masuk wad kerana terkejut dan diserang darah tinggi.

Saya merupakan salah seorang pemegang kad Bank Islam yang mengalami masalah kewangan (default payment) dan saya telah membatalkan kad tersebut sejak dua bulan yang lalu. Walaupun saya mempunyai masalah kewangan, saya cuba sedaya upaya untuk membayar hutang kad saya dengan jumlah yang kecil, tetapi setiap hari saya menerima panggilan telefon dari pihak Bank Islam tidak kurang dari 30 kali dan sms melebihi 40 kali bermula dari seawal jam 8 pagi sehingga jam 12 malam.

Semua kakitangan Bank Islam yang menelefon saya tidak pernah bersikap mesra malah memaksa saya untuk membayar walaupun berkali-kali saya jelaskan saya mempunyai masalah kewangan.

Saya telah memohon bantuan dari pihak AKPK seperti yang disarankan di dalam setiap surat yang dikirimkan oleh pihak Bank Islam tetapi sayangnya pihak Bank Islam berkata mereka tidak akan melayan permohonan bayaran melalui AKPK. Saya telah menghantar sepucuk surat kepada Bank Islam berhubung dengan isu AKPK ini.

Kemuncak kepada masalah ini apabila pihak bank menyelongkar semua maklumat diri saya melalui Pejabat Pendaftaran Negara dan bertindak menghubungi ibu saya yang menetap dia kampung.

Pihak Bank Islam telah memberitahu ibu saya masalah hutang tersebut dan telah mengugut ibu saya bahawa rumah kami di kampung akan disita dan semua barang-barang dalam rumah akan dilelong. Mereka juga akan menghantar surat kepada ibu saya berhubung masalah hutang ini. Berita ini amat mengejutkan ibu bapa saya dan mengakibatkan bapa saya sakit.

Ibu saya menghubungi saya dalam keadaan risau dan menangis kerana kata-kata yang telah dilemparkan kepadanya. Saya merasa terkejut kerana sepanjang pengetahuan saya, saya tidak pernah menyertakan no telefon ibu bapa saya mahupun alamat mereka. Saya bertindak begitu kerana merasakan bahawa masalah saya patut ditanggung oleh diri saya sendiri.

Saya benar-benar terkilan dengan tindakan pegawai Bank Islam yang berusaha keras untuk mendapat bayaran yang berjumlah RM5000 dan menyamakan jumlah pinjaman RM5000 tersebut dengan nilai sebuah rumah yang berharga ratusan ribu ringgit. Malah saya juga pelik kenapa ibu bapa dan adik beradik saya diheret dalam kemelut ini memandangkan saya sudah berkahwin dan tidak menetap dengan ibu bapa saya lagi.

Pihak Bank Islam HQ telah menghubungi Bank Islam di kampung saya dan meminta mereka menyerahkan penyata kad kredit saya kepada ibu bapa saya. Tindakan Bank Islam tidak ubah seperti ALONG yang kejam dan mencekik darah. Ibu saya turut menyatakan bahawa pihak Bank Islam menerima pembayaran yang saya lakukan setiap bulan tetapi jumlah itu terlalu kecil oleh sebab itu mereka ingin bertindak untuk menyita dan melelong barang-barang di rumah ibu bapa saya.

Jika ALONG di Malaysia akan mencari peminjam hingga ke lubang cacing dan membunuh mereka, tindakan Bank Islam juga tidak ada kurangnya. Saya menjadi amat tertekan dan ketakutan setiap kali saya menerima panggilan dari Bank Islam yang tidak kurang dari 30 kali sekali seawal jam 8 pagi hingga 12 malam dan sms yang dikirimkan bertubi-tubi sehingga inbox penuh.

Itulah MENTAL TREATMENT yang saya lalui setiap hari sepanjang 2 bulan ini. Kini
Bank Islam bertindak dengan lebih agresif apabila mencari dan menghubungi sanak saudara yang tidak terlibat dalam permasalahan dan perjanjian dengan Bank Islam. Adakah selepas ini Bank Islam akan datang mengetuk pintu-pintu rumah, menyimbah cat dan mengertak secara berdepan? Adakah ini cara Islam sebenarnya? Inikah kemanusiaan Bank Islam Malaysia Berhad?

Beginikah cara layanan yang wajar diterima oleh seorang Islam oleh sebuah bank yang menggunakan agama Islam sebagai pemangkin? Adakah ugutan dan desakan begini yang disarankan dalam Islam walaupun saya mengalami masalah kewangan?

Jika benarlah pihak Bank Islam menjalankan perniagaan berasaskan Al-Quran dan Sunnah, maka mereka tidak akan terlepas pandang dengan ayat 280 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud, "Dan jika ada yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang, tetapi jika kamu menyedekahkan, itulah yang lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui'.

Adakah begitu sukar bagi pihak Bank Islam untuk bersabar kerana keseluruhan rakyat Malaysia berdepan dengan masalah ekonomi dan saya juga tidak terlepas dari bahana itu, jika saya benar-benar ingin melarikan diri saya tidak akan berikhtiar untuk menjelaskan hutang tersebut setiap bulan walaupun dalam jumlah yang kecil. Malah saya bekerja sambilan untuk
memastikan wang belanja saya cukup dan saya dapat juga membayar hutang saya walaupun dengan jumlah yang kecil.

Satu lagi isu yang menjadi kemusykilan saya, adakah AKPK itu satu pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh Bank Islam sehingga rakyat Malaysia tidak layak menggunakan mereka sebagai satu jalan untuk menyelesaikan masalah kredit seperti yang diwarwarkan di dada akhbar dan kaca TV. Saya juga berhubung dengan bank-bank konvensional yang terdapat di Malaysia tetapi layanan yang diberikan tidaklah seburuk dan sebiadap Bank Islam.

Bersama ini saya sertakan nombor-nombor telefon yang telah menghubungi saya dan mengsms saya seawal jam 8 pagi sehingga 12 malam,
  • 03-7873 9409,
  • 03-7874 2761,
  • 03-7874 7508,
  • 03-7874 7517,
  • 03-7874 2769,
  • 03-7874 2761.
  • 03-7873 0119,
  • 03-7873 0120,
  • 019-215 7573,
  • 016-995 9589,
  • 012-904 6824.

24 comments:

Anonymous said...

dh buat laporan polis ker.....sbb kalau betul buat je...utk perlindungan kita gak....

Syahirz said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

bro, wat report pada polis, biro aduan parti BN dan PAS.
honestly.
may ALLAH bless&help you.

Anonymous said...

agaknye...pekerja bank islam ni mmg ader bisnes pinjaman along kot..
sbb tuh jd camnih..

Anonymous said...

maaf mencelah, sy bukan nak menyebelahi pihak bank islam tp pd pendapat peribadi sy: perkara tersebut berlaku kerana default payment berkenaan telah berlaku terlalu lama dan nama anda telah diserahkan kepada bhgn credit collection yg mana bg kes2 yg tertangguh terlalu lama & seolah tiada jalan penyelesaian credit collection dept akan memberikan kes tersebut kpd credit collection agency (bill collector). Jd dlm kes ini mungkin bill collector tersebut telah bertindak diluar batas2 norma ataupun tindakan tersebut adalah diluar pengetahuan pihak bank islam sendiri. Jd sy nasihatkan saudara dtg sendiri ke bank islam HQ bhgn credit collection utk penjelasan lanjut.

Anonymous said...

Kalau macam ni Bank islam merupakan salah satu bank yg saya blacklist untuk diri saya dan saudara mara saya yg lain!

Unknown said...

saya pun pernah kena macam ni sekitar tahun 2005, bank islam call abah saya di kg batu pahat, ugut jugak untuk 'seal' rumah sampai abah saya tanya 'sil' tu ape.. last sekali saya pergi ke AKPK dan ketika saya jawab di mahkamah ddn dataran merdeka, masa hakim tanya saya just bagitahu saya dah repot AKPK, hakim kata ok je..memang pelik.. pastu sekarang saya bayar RM80 sebulan pada AKPK.. saya nasihatkan saudara terus ke AKPK dan bila AKPK dah buat keputusan, mahkamah pun tak boleh buat apa-apa

Unknown said...

Biasalah tu...seperti kata pujangga...akibat setitik 'Banjingan' habis kari sebelanga...Bank Islam is Okay..Tapi perlaksanaan tu yang dimunskilkan... Moga depa memperbaiki pendekatan mesra..pelanggan..

Anonymous said...

Jika perkara ini benar-benar berlaku, memang ia amat menyedihkan bila pihak bank bertindak sedemikian. Tapi bagi saya, pendapat anon 10.05pm ada logiknya. Kebiasaannya kes macam ni, pihak bank akan serahkan kepada credit collector. Mereka yang selalu call pelanggan yang bermasalah macam ini supaya membayar hutang...

Anonymous said...

memang betul...slalunya credit col collector yg punye angkara... tp personally i feel bank islam perlu vet through bebetul comp yg die nak subscribe tuh... sbb nanti nama bank islam yg buruk

Anonymous said...

Betul2..Credit collector yang biasanya ditugaskan untuk mengutip hutang2 ni. Tapi apa pun, biasalah tu, kalau berhutang macam tu, memang mereka boleh ambil tindakan. Tak boleh nak salahkan jugak, kita dah berhutang kena lah bayar..Kan..

firza said...

Gagap DiRimba,

mmg la kita berhutang kena bayar tapi kalau dah tak mampu bayar nak buek camano? bank/credit collector pun kalau client tak mampu bayar jgn la nak bertindak spt along. Negara kita ada adab dan kesopanan dan ada undang2.

Bank / Credit Collector kena ingat, diorang deal dgn orang dan bukannya binatang!

Anonymous said...

Pernah terkena pasal loan kereta.
Ada tertunggak 2 bulan. Tu pon setahun baru Bank islam ni call.
Dah bayar tapi diorg cakap saman dah keluar. Pergi Bank islam nak setle tp jawapan yang dapat dari pekerja memang jawapan budak bodoh. Manager pulak nampak keadaan kecoh terus keluar ofis. Tindakan bacul. Buat malu jer guna nama islam buat branding sedangkan services macam yahudi. Sekarang ni apa shj berkaitan dgn bank islam ni aku boikot. Sampai yg pekerja yang buat promosi kad kredit bank islam pun aku maki. Memang layak la dgn muka diorg..

Zulkefli Shamsudin said...

Bank Islam ni dah tinggal nama ke sekarang ni.. Entah-entah pemegang saham dia semua kafir. Bab minta utang Bank islam ni aku selalu kena. Pinjaman kad kredit ada le seribu, sangkut bayar dua bulan tu pun nak hantar surat loyar dan call semua keturunan kita. Loyar pulak makan duit la RM20 untuk satu surat.

Abu said...

La ni akau dah bayar habis dah loan kad kredit aku ngan Bank Islam. Sebelum ni dah 3 kali apply loan semua tak lulus. Sebabnya ada sangkut bayar kereta ngan bank lain. Apa punya bodoh... kita mohon loan bayar ikut Biro Angkasa. Confirm ada bayar bulan- bulan. Apa pasai nak ambil pot ngan kereta sangkut tu.
Marilah sama sama kita boikot Bank Islam. Bulan puasa ni pakat pakat doa bila depa lingkup!!

Anonymous said...

dah kena dah... same gak ngn citer atas tapi saya diaorg atack tenmpat keje... ada patut diaorg tepon bos saya dan bising kat dia... mane la bos x angin... saya plak dapat malu.... dah la gune name reference tanpa kebenaran org...org tu plak jadi mangsa.... kepada mereka kat luar sana jangan cuba wat pape ngn bank islam...
kalau x percaya cuba baru tau...
bill colector atak kuang ajar...yang kuang ajar staff bank islam... sebab no tepon headquaters yang kuar kat hanset saya... bukana agen atau bil colecter

Anonymous said...

Bank islam mmg camtu...worst than bank2 lain....dah macam along....sampai ade pegawai boleh tanye...."en boleh x bayar dalam ari ni sebelum pukul 4 ptg...what the hell....lepas nih Bank Islam dah blacklisted nak jadi banmk pilihan....at last....dapat kuar duit KWSP..bayar sumer hutang...x banyak pon...credit card dalam 2k...potong kredit card user...then patahkan kad kredit tuh...bakar....

lynechal said...

saya pernah kena perkara yg sama.. diorg datang ugut parents nk amik brg dlm rumah yg berharga rm5k utk contra duit hutang saya. org tua kita mana la nk paham dgr je mcm tu ketakutan la diorg nangis2 call saya.. bila saya call balik number yg diorg tinggalkan, ppuan collector tu suh saya jual diri kat kelab dangdut or bunuh diri utk claim insurance so that so blh byr hutang tu dgn kadar segara..yg peliknya cuma Bank Islam collectors je yg sangat kurang ajar mcm terrorist.. bank lain hsbc, ocbc, ambank elok je call dgn cara baik & sopan..

lynechal said...

tapi mmg betul... semua kisah kita Bank Islam collectors ni akan londeh citer kat sapa saja yg angkat telipon.

shira said...

baru baru ini saya nak buat pinjaman peribadi dan saya di fahamkan bahawa pinjaman tersebut tidak dululuskan kerana terdapat satu pembiayaan yang telah di reschedule. pembiayaan tersebut adalah pembiayaan kereta dari bank islam. yang menghairankan saya, bagaimana pembiayaan tersebut boleh di reschedule tanpa pengetahuan saya?

Unknown said...

Bg aku plak semua bank sama jer...aku bli rumah bayar dah 5tahun..haram xkurang pn lg...tgk statement tahunan mcm tu jer...gila apa duk bayar bunga xabs2...lmbat byr 3bln dah sampai surat lelong..bla dh clear try tgk lmbat payment sbln...pun diaorg nk lelong..call xyah ckp ler...msg bertalu2...sembang mcm paria jap ckp bankin sblm pkul 12mlm meh satu msg lagi sblm pkul 9 plk...apa kejadahnyer semua ni..?BSN

Anonymous said...

ini semua kerja agen yg dilantik bank mengutip hutang. agen ini berpengalaman dan terlatih dalam menggertak, mengugut, mengganggu dan bertindak sama seperti along. yang pertama sebagai penghutang kalau boleh setel, terus setel hutang tu, kalau tak mampu pastikan tak ada tunggakan hutang dan bayar mengikut ketetapan minimum bulanan. agen yg seperti syaitan ini akan hanya mengeluarkan saman apabila baki tertunggak hutang melebihi 2 bulan dan lebih. biasanya agen syaitan ini akan menggertak walaupon penghutang sudah menyelesaikan baki tertunggak kerana ini menjaga reputasi sebagai syaitan pengutip hutang. sesiapa yang didesak oleh syaitan ini perlu berjumpa dengan AKPK utk mendapat khdmat nasihat berkaitan hutang. semoga sesiapa yg berhutang cepat selesaikan supaya keluarga tidak diganggu oleh agen syaitan. :)

nenek said...

ooo teman pun mmg tau bank islam ni produknya byk yang bagus tapi servisnya terburuk di pasaran .. agen kutip hutang dia mmg cap ayam bingai2 semua ..xpelah dah agen murah agaknya yg dilantik.. ni staff pun serupa bingai dan meroyan x tentu pasal.. tp diorang mmg naaslaa dgn teman.. call bertubi2 aku makikan aje! pas2 bila dia nk balas balik tu aku letak.. kalau aku dah bayar ..dia call lg tanya aku tutup je talipon.. bodoh..dah ms org belum bayar ko pandai tgk dlm sistem.. aku dah bayar ko nak tanya lagi.. kalau aku kata aku bayar esok..aku bayarla.. gitule kalu nak ajar depa yg kurang ajar.. bank terbaik service dgn agennya ialah hsbc.. dia boleh paham kalau kita susah dan mcm2 cara dia buat nk tolong kita.. kalau nak buat full settlemen mmg byk diskaun diorang bagi..dan mudah je.. kalau bank islam.. dahlah punya susah..nak buat full settlement siap tambah lagi.. dr 3 ribu jd 4 ribu.. lebih pd riba .. huh! mmg x guna bank islam ni..

Hanna said...

Saya terpanggil untuk komen di ruang ini kerana saya telah dihujani panggilan telefon dari debt collector bank islam yang sangat kurang ajar.

kereta saya tertunggak selama sebulan setengah (kereta murah je pun) tapi cara call mendesak tu macam kita ni tak pernah bayar hutang.

pemanggil bernama SHAKIRA sangat2 rude. Saya beberapa kali bagitahu yang saya tak boleh bercakap sbb boss ada kat depan, dia keep bercakap.