Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahukan melaksanakan hukum hudud di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
"Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Sabtu lepas bahawa parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.
Cadangan itu bagaimanapun hari ini mendapat bantahan daripada DAP, rakan parti itu dalam Pakatan Rakyat, yang berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.
Di Alor Star, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" semata mata kerana jika PAS benar benar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
DAP pulak kalau boleh amalkan konsep Amal Makruf Nahi Mungkar kat Pulau Pinang aku raser tak jadik masalah kalau boleh implement Hukum Hudud kat negeri tu. Ketua Menterinya pulak kalau boleh mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai model bagi mentadbir Pulau Pinang tak ada masalah kalau diselitkan sekali Hukum Hudud dalam sistem pentadbirannya.
'Khalifah Umar Abdul Aziz' DAP dan 'Amal makruf nahi mungkar' DAP hanyalah retorik DAP yang kononnya 'mesra' dengan PAS dan Islam. Ia hanya sebagai ambil hati PAS sahaja. Hakikat sebenarnya semua dah tahu malah Karpal Singh sendiri dah kata 'langkah mayat beliau dulu' kalau nak laksanakan hudud....Ini bermakna DAP tak pernah redha dengan agenda PAS dan perlaksanaan hudud... PAS hanya dipergunakan oleh PKR dan DAP untuk membanyakkan undi pada pilihanraya semata-mata. Syangnya ahli PAS masih tidak menyedari hal itu...
Tentang perlaksanaan hukum hudud, tiada siapa di kalangan kita yang mempertikaikan hukum yang Allah SWT ciptakan. Tiada masalah jika nak dilaksanakan jika ditakdirkan Paktan Rakyat berjaya memonopoli pemerintahan negara. Tapi seperti yang saya katakan tadi, bagaimana perlaksanaan hukum hudud nak dilaksanakan jika PAS masih duduk semeja dengan DAP yang terang nyata tak redha dengan hukum hudud?...Kenapa Anwar senyap dalam hal ini?...
Prndapat saya
Kurangnya informasi berkenaan hukum tersebut hatta orang islam sendiri pun kebanyakanya kurang faham tentang hukum hudud ini.Apa yang diketahui umum hanyalah hukumanya yang keras seperti potong tangan,pancung,sebat dan sebagainya tanpa memahami kesan dan kebaikanya.Ditambah lagi dengan media barat dan pejuang yang kunun mempertahankan hak asasi nanusia sering memomok momokan hudud ini.Sokongan kuat dari pelaku pelaku maksiat menambah bencinya terutama orang bukan islam.
Disekolah agama pun kurang ditekankan tentang pembelajaran hudud.Hasilnya lahirlah penetang huhud dikalangan islam sendiri.Nasib baik ada cerita P Ramli Semerah Padi, adalah sedikit cara perlaksaan hudud.
Jika lebih banyak risalah dan penerangan lengkap rasanya ramai yang akan menyokong setelah tahu kebaikanya.
Allahualam.
Bukan senang PAS nak laksanakan hukum hudud. Dengan keadaan mereka sekarang ni yang bersekongkol dengan DAP. Perkara ini pasti mendapat tentangan hebat daripada DAP. Janji, janji..
Post a Comment