"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 22, 2008

Valuecap dibela, 600,000 pekebun kecil getah disisih - malaysiakini

Pernahkah anda bayangkan sebelum ini harga getah lebih RM4 sekilogram, namun sekarang sudah menjunam kepada 70 sen sahaja. Apa jadi apabila pendapatan penoreh susut lebih 500 peratus.

Sedangkan harga keperluan harian masih lagi berada di paras tinggi biar pun harga minyak sudah diturunkan.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, �kerajaan tidak boleh berdiam diri tanpa mengambil sebarang langkah bagi mengatasi bebanan yang terpaksa ditanggungjawab sebahagian besar rakyat di luar bandar sekarang.

Katanya antara langkah yang boleh diambil termasuk mewujudkan stok penimbal getah kebangsaan.

"Sekiranya kerajaan boleh memperuntukkan RM5 bilion ringgit wang KWSP kepada Valuecap Sdn Bhd untuk melindungi syarikat-syarikat tertentu, kenapa tidak sejumlah wang digunakan untuk membantu pekebun kecil," katanya di sini.

Menurut beliau sekiranya RM5 bilion itu digunakan untuk membeli getah pada harga lebih 70 sen sekg bermakna tujuh bilion kg getah mampu dibeli di pasaran.

Katanya, stok penimbal juga dapat membantu mengurangkan lambakan komoditi itu akibat�kejatuhan harga��sekaligus mampu mengekang tekanan aliran penurunan harga di pasaran.

"Kini terdapat hampir 600,000 pekebun kecil di seluruh negara yang menghadapi bebanan kejatuhan harga dan kos sara hidup yang memeritkan," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Valuecap dilindungi untuk menstabilkan keadaan secara menyeluruh. Lagi besar kesan dia pada ekonomi negaral. Tapi apa pun kita berharap yang pekebun2 getah ini akan dibantu dalam masa terdekat.