"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 22, 2008

Tengku Ahmad Rithauddeen Kecil Hati Dakwaan Mubarak - malaysiakini

"Kecil hati saya," kata Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berhubung dakwaan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) kononnya lembaga itu lambat bertindak mengendalikan laporan amalan politik wang dan rasuah dalam parti.

"Mereka (anggota Lembaga Disiplin) kadang-kadang sehari atau dua hari tak balik rumah tetapi mereka (Mubarak) kata kita ini tak bertugas.

"Kecil hati saya. Mereka ini senanglah kata kepada kita. Ahli Lembaga Disiplin ni bukan (orang) muda. Nak cari (pilih) mereka ini bukan senang kerana mereka perlu terdiri daripada veteran, perlu jujur, bekerja untuk parti dan negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mubarak, dalam satu kenyataan Jumaat lepas, berkata kelewatan Lembaga Disiplin Umno itu seakan-akan mahu perkara yang diadu itu dilupakan secara perlahan-lahan.

Timbalan Presiden Mubarak Datuk Abdul Aziz Rahman mencadangkan supaya Lembaga Disiplin mengambil langkah segera bagi memastikan perkara itu dapat ditangani.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata bahawa sejak 29 Jan, panel penyiasatan lembaga berkenaan sudah bersidang sebanyak 39 kali bagi mengendalikan laporan salah laku membabitkan 39 bahagian manakala Tribunal Lembaga Disiplin sudah bersidang sebanyak 10 kali membabitkan 25 bahagian dan panel rayuan sebanyak dua kali membabitkan dua bahagian.

Beliau juga mengedar kepada media senarai enam halaman mengandungi tarikh-tarikh persidangan panel penyiasatan, tribunal dan panel rayuan.

Katanya dengan senarai itu boleh dilihat berapa hari mereka bertugas bukan sahaja di Kuala Lumpur malahan di negeri-negeri kerana kesukaran pengadu dan saksi datang ke ibu pejabat parti di sini untuk memberi keterangan kerana ia membabitkan kos.

"Kita bersedia untuk pergi ke tempat berkenaan untuk siasat apa yang berlaku atas aduan yang kita terima dari mana-mana mesyuarat cawangan, bahagian dan kini pemilihan Majlis Tertinggi pula," katanya.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata Lembaga Disiplin tidak mahu mendengar aduan berbentuk cakap dengar sahaja sebaliknya ia perlu memastikan setiap aduan itu tulen dan tidak ada unsur berniat jahat terhadap sesiapa.

Beliau juga berkata 11 anggota baru telah dilantik ke Lembaga Disiplin itu sejak minggu lepas untuk mempercepatkan siasatan dan bagi mendengar kes.

Mereka terdiri daripada bekas hakim mahkamah tinggi, bekas hakim mahkahmah rayuan, bekas anggota Badan Pencegah Rasuah, bekas anggota polis dan bekas anggota tentera.

Jumlah anggota jawatankuasa badan itu kini 25 orang.

Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dari Parti Keadilan Rakyat, yang mendakwa tahu mengenai wujudnya politik wang dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata hanya anggota parti yang boleh membuat aduan kepada lembaga itu.

"Itu atas dia (sama ada buat laporan kepada BPR). Saya tak boleh nasihat dia, dia sangat bijak, beliau patut tahu apa yang perlu dia buat," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Benda ni bukan senang nak dibuat. Mesti ambil masa untuk nak siasat. Takkan nak main cekup je. Tak pasal2 je nanti orang tak bersalah yang kena pulak. Bawak bersabor.