"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 22, 2008

Maklumat pemilik tanah cerun didedah - malaysiakini

Kerajaan Selangor akan mendedahkan maklumat pemilik tanah di kawasan cerun sekitar Bukit Antarabangsa dekat sini kepada umum dalam tempoh dua bulan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, senarai yang mengandungi identiti pemilik tanah itu akan dibukukan untuk diedarkan kepada orang ramai.

"Jika terdapat sebarang pembangunan di tanah itu, maka maklumat akan mengandungi identiti pemaju, jurutera serta semua pihak lain yang terbabit," katanya ketika memberi taklimat kepada kira-kira 50 penduduk yang hadir di lokasi kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa, dekat sini hari ini.

Abdul Khalid memberitahu, menjadi tanggungjawab semua pemilik tanah untuk menguruskan penyelenggaraan tanah masing- masing.

"Sekiranya gagal menunaikan tanggungjawab itu, kerajaan negeri berhak merampas tanah mereka mengikut Seksyen 13 (a) Kanun Tanah Negara untuk menjaga kepentingan awam," tegasnya.

Dalam pada itu, menurutnya, kerajaan negeri akan mengumumkan kawasan cerun bukit yang dimilikinya serta anak syarikat, dengan kerajaan negeri mengambil tanggungjawab penuh dalam penjagaan cerun bukit berkenaan.

"Berhubung keselamatan harta benda, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar telah memberi jaminan untuk terus memantau kawasan yang penduduknya masih belum dibenarkan pulangi," ujarnya.

1 comment:

Anonymous said...

Apa benda la si Khalid gagap ni sibuk sangat pasal benda ni, siap nak bukukan maklumat pemilik tanah tu. Dah takda kerja lain ke nak cari populariti?