"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, May 15, 2009

Kenyataan Media DM PAS Negeri Perak - malaysiakini

KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK BERHUBUNG KRISIS POLITIK DI PERAK.

DMPN Perak sangat memandang serius akan Krisi Perlembagaan yang berlaku di Perak bermula sejak berlakunya Rampasan Kuasa Kerajaan Negeri oleh Regim Barisan Nasional pada 6 Februari 2009 yang lepas. Adalah suatu yang amat malang bilamana pemerintah sesebuah Kerajaan Negeri diizin untuk ditentukan oleh beberapa orang pengkhianat yang tanpa rasa bersalah mencabul serta mengkhianati mendat politik sebenar yang telah diberikan oleh rakyat (pengundi) Perak kepada mereka diatas kepercayaan rakyat terhadap parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

DMPN Perak menegaskan bahawa kemelut yang sudahpun berlangsung selama lebih 3 bulan ini akan dapat dielakkan seandainya pihak khususnya pemimpin-pemimpin politik (Regim Barisan Nasional) dan pihak-pihak berkuasa mendisiplinkan diri dengan akur serta menjunjung tinggi prinsip Keluhuran Perlembagaan yang menjadi salah satu daripada lima intipati penting yang termaktub didalam Rukun Negara. Di samping, seandainya mereka tahu dan belajar untuk menghormati serta mempraktikkan prinsip pemisahan kuasa di antara Legislatif, Eksekutif dan Judiciary.

DMPN Perak menyelar keengganan Regim Barisan Nasional untuk menerima hakikat penolakan rakyat Perak terhadap pemerintahan mereka, kegilaan dan ketagihan kuasa BN serta kedayusan mereka yang tidak berani berdepan secara "anak jantan" di gelanggang pertaruhan pilihanraya.

Suatu yang sangat malang dalam pemerintahan Najib yang membawa slogan "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Dan Pencapaian Diutamakan" tetapi secara jelasnya GAGAL untuk meletakkan "kuasa rakyat" melalui proses demokrasi yakni pilihanraya di kedudukan utama. DMPN Perak menyifatkan bahawa Najib dan Dzambry sabagai pemimpin yang cukup pengecut hatta tidak mempunyai keberanian untuk sejujurnya mandahulu dan mengutamakan rakyat. Ini jelas terbukti menerusi Krisis Perlembagaan yang berlaku di Perak yang dijuarai oleh mereka dan rakan persengkongkolan mereka.

Justeru, DMPN Perak sekali lagi mengulangi sokongan sepenuhnya serta berdiri teguh di samping Menteri Besar Perak yang sah iaitu YAB. Dato' Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin yang membuat pendirian untuk menasihati kebawah Duli Tuanku Sultan Perak agar membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Nasihat MB Perak kebawah Duli Tuanku Sultan ini adalah wajar bagi membolehkan rakyat diberi ruang dan peluang seadilnya bagi membuktikan pihak mana yang mereka mahu pilih untuk memimpin kerajaan negeri dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan yang sah dan kukuh.

DMPN Perak menegaskan bahawa rakyat bagi negeri Perak tidak sewajarnya dipaksa menerima sebuah kerajaan baru yang dibentuk dengan membelakangi prinsip Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Konsep Raja Berperlembagaan.

DMPN Perak sangat berdukacita terhadap segala kecerlaruan yang berlaku dan mendesak agar demokrasi negeri Perak dipulihkan segera dengan memberi laluan kepada Pilihanraya bagi keseluruhan kerusi DUN Perak.

Akhirnya, DMPN Perak menyeru seluruh rakyat jelata agar tidak terjebak dengan emosi perkauman sempit dan melulu dalam menghadapi krisis ini. DMPN Perak juga menyeru semua warga Perak agar menolak politik gila kuasa dan politik memalukan yang dibawa oleh Regim Barisan Nasional. Hidup Perjuangan Rakyat! Hidup Islam!

Hormat Daripada,
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK

Ketua DMPN Perak
HAJJAH BARIAH ALANG SAPRI

Naib Ketua DMPN Perak
AMIZAN BAHARUDDIN

20 comments:

Anonymous said...

Halloo Tuanku..!!!
Are you there..???

Anonymous said...

aduhh.. mana tuanku nih..!!
cuba ko pegi ketuk pintu pintu istana tu.. ada org ker tak??

Anonym said...

tak ader..
tak ader jawab pun..
entah2 dia menyorok tak..????

Anonymous said...

rakyat jelata dah kecoh nih..
mana baginda pegi..??
takkan nak tunggu sampai org dah bebunuh baru nak tunjuk muka...

Anonymous said...

yer lah...
dia 'hek' pun tak.. 'huk' pun tak.

ANUAR said...

salam

Begitu hebat negeri Tuanku sb ada:

2 MB
2 Speaker/timbalan
2 Barisan Exco

Negeri lain mana?

Hidup PERAK!!!

Naruto Sensei said...

KENAPA SEKARANG UMNO TAKUT
DENGAN PILIHANRAYA ..?

Pelik..! Tetapi inilah kenyataan yang dapat kita lihat. UMNO seolah2sekarang ini telah hilang jatidirinya hanya nak mempertahankan kuasa tanpa melalui Pilihanraya.

Setelah melihat perkembangan terkini, masyarakat tertanya-tanya
apakah UMNO sekarang sudah kehilangan keris dan taring sehingga begitu fobia untuk berhadapan dalam Pilihanraya..

Selama 51 tahun UMNO tidak pernah sekali pun mengelak untuk bertanding dalam Pilihanraya. Tetapi perkembangan muktahir ini terutama dalam Krisis Politik di Perak dan Pilihanraya DUN Penanti telah membuktikan kebenarannya.

Masyarakat termasuk Parti Komponen BN sendiri telah membuat kesimpulan bahawa UMNO sekarang sudah terlalu Trauma dan Fobia untuk bertanding dalam Pilihanraya.

Apakah yang menyebabkan UMNO begitu fobia sekali untuk mengadakan Pilihanraya terutama sekali melibatkan DUN Perak yang menyebabkan Krisis ini berpanjangan.?

Berikut dihuraikan satu demi satu sebab2 yang mengakibatkan UMNO cuba mengelak Pilihanraya diadakan:



1)Sokongan Rakyat.!
UMNO mengetahui dalam situasi sekarang, sokongan rakyat lebih memihak kepada PR. Ini tidak dapat dinafikan lagi, apabila berlaku pertembungan kedua-dua penyokong dalam keempat-empat PRK yang lepas.Ini jelas dapat dilihat apabila penyokong PR yang hadir pada hari Penamaan Calon dilihat lebih ramai dari penyokong BN itu sendiri.

Malah dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Nisbah kehadiran penyokong PR dan BN yang hadir memberikan sokongan adalah : 10 PR kepada 1 BN. Inilah yang paling ditakuti oleh BN kerana dihari Penamaan calon sahaja mereka telah dimalukan sebegitu rupa.

Bayangkan kehadiran penyokong PR di Bukit Gantang sahaja mencecah lebih 50,000 orang.Sedangkan penyokong BN hanya dalam lingkungan 5 ke 6 ribu orang sahaja.Sudah tentulah semangat mereka akan jatuh dihari penamaan calon lagi.




2)Kekalahan demi kekalahan.!
Umum mengetahui dalam keempat-empat pilihanraya yang dijalankan BN mengalami kekalahan demi kekalahan. Walaupun mereka menang di DUN Batang Ai yang kita ketahui bagitu mudah sekali mereka memanipulasi peti undi.

Kekalahan yang BN alami juga agak luar biasa, kerana majoriti undi yang dimenangi PR di keempat-empat PRK meningkat. Ini adalah petanda jelas yang rakyat semakin menolak BN. Perkembangan ini merisaukan mereka kerana bertambahnya rakyat yang menolak mereka.

Malah dalam PRK Kuala Terengganu yang dahulunya dimenangi UMNO dalam PRU12 juga jatuh ketangan PR,dengan majoriti yang meningkat.
Ini menunjukkan tiada lagi kawasan selamat bagi mereka kerana di kubu mereka sendiri pun BN tewas kepada PR.

Apatah lagi jika DUN Perak dibubarkan dengan Perkembangan terkini yang lebih memihak kepada PR, sudah tentulah banyak kawasan-kawasan yang dimenangi UMNOBN dalam PRU 12 akan dapat di tawan oleh PR. Dan perlu diingatkan bahawa ada kawasan-kawasan tertentu, UMNO menang dengan hanya Majoriti di bawah 500 undi..!



3)Belum dapat modal PRU 12 lalu..!
Kita sedia maklum BN akan mempergunakan berbagai jentera kerajaan malahan wang ringgit akan ditaburkan dalam PRU atau PRK.

Sedangkan kita tidak tahu selepas PRU atau PRK mereka akan mengambil balik modal yang mereka tanam dalam PRU atau PRK melalui projek-projek yang mereka dapat apabila mereka berkuasa.
Semasa Pilihanraya, mereka akan mengeluarkan balik Modal berupa wang ringgit untuk dilaburkan dan untuk mengaburi mata pengundi supaya menyokong mereka.

Sedangkan rakyat yang celik tahu dari mana datangnya sumber wang tersebut, kalau bukan wang rakyat sendiri.Dengan wang itulah mereka membayar upah poster,upah pekerja,upah kempen dan memeberikan sumbangan kononnya mereka prihatin. walhal itu adalah rasuah politik yang nyata sekali.

Sebab itulah apabila mereka kalah, mereka akan melalak mencari kesalahan kerajan PR disebabkan polisi pemberian kontrak yang tidak memihak kepada mereka.

Walaupun polisi itu menguntungkan rakyat contoh seperti isu sampah di Selangor dan Isu Pengambilan Pengurusan Air oleh kerajaan Selangor, yang mendapat tentangan hebat dari NGO2 yang kita ketahui adalah Pro BN.

Sebab itulah apabila mereka mendapat kuasa di Perak mereka bermati-matian mempertahankannya, walaupun jalan yang mereka pilih adalah salah disisi undang-undang. Tetapi mereka langgar juga demi mendapatkan balik modal yang mereka hilang semasa kejatuhan BN di Perak dalam PRU12 lalu.

Jika mereka nafikan, mari kita cabar mereka isytiharkan harta setiap Pimpinan BN seperti yang di lakukan oleh kerajaan PR Selangor.




4)Takut berhadapan dengan rakyat..!
BN sekarang amat memahami yang mereka sememangnya akan ditolak oleh rakyat dalam PRK lebih-lebih lagi apabila berlaku Krisis Politik Perak. Kata-kata Tun Mahatir juga telah mengambarkan kekalahan yang akan dialami BN jika Pilihanraya diadakan di Negeri Perak.

Krisis yang berlaku ini menyebabkan rakyat Perak berada dalam kekalutan, di mana mereka masih keliru mengenai status kerajaan yang layak memerintah Perak sekarang. Ini kerana kedua-dua pihak sama ada PR atau BN
masing2 mempunyai kerajaan yang tidak kukuh dan masing-masing tidak mahu mengalah.

Dalam hal ini rakyatlah yang sepatutnya menjadi hakim. Sepatutnya DUN dibubarkan dan memberi mereka pilihan memilih kerajaan yang disukai. Nada yang sama di mainkan oleh PR inilah yang menyebabkan rakyat lebih memihak kepada PR.

Sedangkan dalam masa yang sama BN masih meneruskan dasar memepertahankan kuasa mereka tanpa mengambil kira pandangan rakyat jelata.Mereka menggunakan berbagai cara yang umum ketahui amat biadap dengan menggunakan Polis sebagai pelindung mereka.

Faktor inilah yang menyebabkan rakyat semakin marah dan meluat kepada BN. Inilah masalah BN nanti apabila mereka akan berhadapan dengan rakyat sekirannya ditakdirkan Pilihanraya diadakan.

Buktinya sehingga ke hari ini ceramah PR di Perak telah mendapat sambutan yang hangat, dengan kehadiran berpuluh ribu rakyat untuk mendengar Penjelasan dari PR.

Sedangkan dalam masa yang sama BN masih lagi belum berani memberikan sebarang penjelasan kepada rakyat.
Dan Program penerangannya juga mesih tidak kelihatan, kerana mereka sedar situasi rakyat ketika ini yang sangat marah dengan tindakan mereka.

Mereka saat ini hanya selesa mengadakan sidang akhbar sahaja.Itulah tanda ketakutan BN yang sangat jelas sekali dapat dilihat.Malah Tinjauan yang diadakan oleh berbagai pihak termasuk NTV7 mengatakan majoriti rakyat Perak mahukan DUN di bubarkan.




5)Isu-isu yang lebih memihak PR..!
Selepas PRU12,BN dilihat semakin layu dengan berbagai Isu yang melanda mereka.Isu berkenaan telah menyebabkan kapal BN semakin parah dipukul gelombang yang berpunca masalah dalaman mereka sendiri.

Isu perebutan kuasa PM antara Najib dan Pak Lah hampir-hampir menimbulkan keretakan yang besar jika tidak kerana kesudian Pak Lah meletak jawatan. Itu pun setelah Pak Lah disalahkan kerana menjadi punca kekalahan besar BN dalam PRU12 yang lalu.Tetapi yang pelik BN masih lagi kalah dalam PRK yang diadakan selepas itu.

Bebagai isu pula bertali arus melanda BN seperti pergeseran UMNO Bukit Bendera dengan Gerakan P.Pinang.

Isu komisen Kapal selam, Pembunuhan Altantuya, Rasuah dalam Pemilihan UMNO yang mana menyaksikan Ketua Pemudanya yang di sahkan rasuah menang dalam jawatan tersebut.Isu hampir 1000 lapuran rasuah dalam pemilihan UMNO yang tidak disiasat.

Malah Isu ADUN lompat juga telah mengaibkan nama UMNO sendiri apabila dua daripada tiga ADUN tersebut mempunyai kes mahkamah atas tuduhan yang UMNO sendiri dakwa dahulu.Isu ADUN inilah yang menyebabkan keadaan kucar-kacir di Perak sekarang ini.

Isu PPSMI yang mendapat tentangan golongan Sasterawan Negara sehingga rakyat bangkit membantah dengan mengadakan himpunan aman yang dihadiri lebih kurang 100,00 rakyat yang cintakan Bahasa Melayu.

Malah golongan ini berjuang pula diatas pentas bersama-sama PR yang tentunya memberikan kelebihan kepada PR itu sendiri.

Malah isu kemelesetan ekonomi juga menggangu BN, kerana rakyat melihat BN masih lagi terkapai-kapai dalam mengatur kembali ekonomi negara malahan krisis ekonomi tersebut semakin buruk melanda sekarang ini.Sehingga beribu-ribu warga Malaysia hilang pekerjaan.

Sudah tentulah isu-isu ini memihak kepada PR, ditambah dengan beberapa Program- programnya yang mendapat sokongan padu rakyat. Seperti program-program kebajikan yang diusahakan di setiap negeri yang di perintah PR seperti yang kita sedia maklum.


Isu-isu inilah yang akan memeningkan kepala dan memberikan tekanan kepada BN. sebaliknya memberikan kelebihan kepada PR apabila berhadapan dengan rakyat jika berlakunya PRK DUN Perak nanti.


6)Faktor Najib..!
Ramai dikalangan ahli UMNO mengatakan Pak Lah adalah Punca kekalahan BN dalam PRU12. Sedangkan mereka tidak sedar faktor kekalahan BN bukanlah berpunca dari Pak Lah seorang sahaja.

Jika dibandingkan Najib dengan Pak Lah, kita dapat lihat kepimpinan Pak Lah tidaklah seteruk Najib. Kelemahan Pak Lah adalah kerana suka tidur dan memimpin sambil lewa sahaja tetapi harus kita akui Beliau antara Pemimpin UMNO yang sangat kurang terpalit dengan skandal. Malah beliau dilantik dalam keadaan yang tidak terpalit dengan skandal.

Malah kejatuhannya bukanlah disebabkan beliau sendiri tetapi kerana kelakuan menantunya iaitu Khairy Jamaluddin yang lebih sudu dari kuah.Walhal Pak Lah adalah pemimpin UMNO yang dibawah kepimpinannya tidak terlalu kasar tindakan terhadap rakyat mahupun pembangkang.

Ini berbeza dengan Najib yang mula-mula dilantik sudah terpalit dengan berbagai skandal, malah bertindak keras terhadap rakyat dan pembangkang. Malah perlantikan beliau sendiri menimbulkan kecurigaan rakyat apabila tiada satu pun ucapan tahniah diterima daripada seluruh dunia.

Dalam masa yang sama, beliau dikutuk pula dengan laporan akhbar di 19 buah negara yang mengaitkan beliau dengan Pembunuhan Altantuya.

Ini menumbulkan keraguan kerana sehingga ke hari ini, beliau langsung tidak bertindak keatas akhbar tersebut malahan bersikap berdiam diri seperti seorang yang bersalah.

Pada mula memegang jawatan beliau mengumpan dengan membebaskan beberapa tahanan ISA. tetapi beberapa hari kemudian berlakulah pula pesta tangkapan yang bermotifkan politik. Malah pentadbirannya dikatakan dikuasai pengaruh Tun Mahathir yang cukup dikenali sebagai perosak sistem Pentadbiran di negara kita.

Ini menimbulkan kebencian rakyat dan mereka menyatakan kemarahan mereka dengan kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Malah jika dalam PRU12 Undi Melayu memihak kepada BN di Zaman Pak Lah, tetapi di Zaman Najib Undi Melayu kepada BN semakin pupus dan berpihak kepada PR, Malah Undi Melayu meningkat pula kepada PR. Ini dibuktikan di PRK Permatang Pauh,PRK kuala Terengganu Dan PRK Bukit Gantang kubu kuat orang Melayu.

Maka Najiblah sebenarnya Punca kekalahan BN, kerana bukan sahaja sokongan orang Melayu semakin merosot. Malah pengundi bukan melayu pun telah menolak BN sejak PRU12 lagi.

Jadi kesimpulannya disini dapatlah kita tafsirkan bahawa sememangnya jika dilihat kepada hujah-hujah diatas, BN sekarang ini memang layaklah untuk berasa fobia menghadapi Pilihanraya.
Tetapi harus di ingat, kuasa BN akan tamat juga. Apabila sampai masanya kita mengadakan PRU ke 13, yang mana di masa itu BN takkan dapat memberikan seribu alasan lagi, demi menyelamatkan diri dari menghadapi Pilihanraya.

Wassalam

From: Naruto Sensei.

Naruto Sensei said...

mohon siarkan

TQ
Wassalam

Anonymous said...

Pelik betul ye! Kenapa nak kena pilihanraya..pulak..Aku rakyat juga x suka pilihanraya..sapa ada majoriti dalam Dewan..dialah perintah..apa nak susah..Tunggulah PRU13 kalu berani...

kenapa kamu nak huruharakan rakyat..
ikutle cara islam..kompromi..kalu pilihanraya melompat lagi bagaimana nak bubar lagi???Bodoh betul..

Anonymous said...

ko la yg bodoh tu..

jdn dungu sgt...


jdi cm pemimpin ameno...


lgi dungu...


penyokong ameno la yg paling dungu...

Yang rugi tetap Melayu said...

kenapa PAS kecoh erk ? Berapa banyak kerusi dia ada di PERAK ?

DAP tak cakap apa ke ?

..sapa sekarang ada majoriti..??

jawap jawap..jangan tak jawap...

ingat lah said...

Cerita-cerita di sebalik tabir PKR di Perak yang sempat saya korek.

Sebahagian daripada orang-orang kuat PKR Perak tidak berpuashati dengan Jamal dan Kapten Osman apabila mereka dilantik sebagai Exco. Mereka-mereka ini dulu ada yang tidak mahu bertanding kerana takut kalah dan ada yang kalah bertanding dalam PRU 2008.

Apabila mereka berdua ini dilantik sebagai Exco sudah tentulah tidak menyenangkan hati orang-orang yang kalah ini. Maka mereka harus mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkan mereka berdua ini.

Antara perancang utama ialah,Mustafa Kamil Ayub yang kalah bertanding di Pasir Salak dan Sg.Manik,Hj Mail,bekas pengerusi PKR Perak sekarang ketua bahagian PKR Bukit Gantang, Ustaz Zul, ketua bahagian PKR Tambun. Kapten Usaili ,bekas adun Bota 1999.

Inilah wajah-wajah yang menjadi punca menjahanamkan kerajaan pimpinan nizar bintang tiga. Langkah pertama mereka ialah perangkap Jamal dan Kapten Osman dalam kes rasuah pada bulan ogos 2008. Dengan harapan anwar akan buang mereka berdua ini dan diadakan p/raya kecil,maka berpeluanglah mereka-mereka ini menjadi calon dan seterusnya dilantik sebagai MB atau Exco.

Untuk pengetahuan semua,sewaktu lepas pru 2008, DAP lebih berminat untuk mengangkat Adun PKR sebagai MB. Bukannya Adun PAS. Nizar bintang tiga telah mengambil jalan pintas yang cepat,kerana dia tahu PKR dan PAS tiada Adun yang lebih berkaliber selain daripada beliau.

Maka dengan segera nizar mengadakan perbincangan haram dengan DAP agar beliau diangkat sebagai MB dan dia akan berikan DAP sembilan kerusi Exco. Dan satu kerusi Exco untuk PKR. Tiada kerusi Exco untuk PAS.

Pada masa yang sama Mustafa Kamil Ayub yang kalah bertanding di Sg.Manik pun ada memasang impian juga untuk menjadi MB.

Pada satu hari semasa krisis perlantikan MB Perak antara PKR dan PAS, Jamal telah dipanggil oleh anwar ibrahim ke rumah beliau. Setibanya Jamal disana beliau melihat Mustafa Kamil Ayub juga berada disana bersama anwar, wan azizah dan syed hussin.

Mustafa Kamil Ayub turut membawa satu 'proposal' untuk diberikan kepada anwar. Kandungan 'proposal' yang dibawa oleh beliau adalah kononnya ada peruntukan undang-undang yang menyatakan MB boleh di lantik di kalangan bukan Adun.

Maknanya Mustafa Kamil ayub berkata yang beliau boleh menjadi MB Perak walaupun dia bukan Adun. Anwar ketawa terbahak-bahak bersama wan azizah melihat 'proposal' tersebut.

Untuk pengetahuan anda juga pada malam kemenangan pru 2008, sebaik mengetahui mereka menguasai Perak anwar telah menghubungi Dr.Zambry,menawarkan Dr.Zambry jawatan MB Perak sekiranya beliau melompat ke PKR.

Atas dasar menghormati bekas bos,dan memegang prisnsip kesetiaan kepada Umno,maka Dr.Zambry telah menolak dengan penuh hormat tawaran tersebut.

Kepada anak-anak muda yang mungkin tidak mengetahui perkara ini ,saya ingin memberitahu kepada adik-adik sekalian. Dr.Zambry adalah anak didik anwar ibrahim semasa dalam Umno dulu. Dr.Zambry pernah dikenakan tahanan ISA semasa krisis anwar 1998.

Sebab itu saya merasa sedih sekarang,bila anwar langsung tidak menegur atau melarang penyokong-penyokong dia menghina dan mencaci Zamry sehina-hinanya. Zambry tidak pernah menghentam anwar,Zambry tidak pernah mencerca Anwar, Zambry tetap menghormati Anwar sebagai bekas bos dan orang yang lebih tua walaupun berbeza aliran politik.

Dr.Zambry telah berpegang kepada prinsip politik yang baik. Politik tetap politik. Kawan tetap kawan. Biar ada sempadan. Jangan kerana politik kawan pun kita sembelih. Tetapi tidak kepada anwar ibrahim. Dia mengamalkan politik binatang. Hanya dua pada anwar. Kawan atau musuh.

Berbalik kepada tajuk kita. Sesiapa yang mengenali Jamal maka mereka pasti akan tahu hati budi dan perangai Jamal. Beliau adalah antara penggerak awal Parti Keadilan Nasional di Perak. Semua pelopor-pelopor gerakan reformasi tahu perkara ini. Sebab itu walaupun beliau berada di luar PKR sekarang pun, masih ada orang-orang PKR yang sudi berkawan dan menghormati beliau serta kadangkala membocorkan maklumat kepada beliau.

Sewaktu susah di zaman reformasi Jamal itulah yang menjadi tempat rujukan puak-puak reformasi yang kesempitan wang. Jika anda tidak percaya boleh rujuk kepada Saiful atau Badrul .

Berapa banyak wang dan tenaga yang telah dicurahkan untuk memajukan PKR di Perak. Ditakdirkan Allah beliau ada rezeki yang lebih pada masa itu kerana ada menjalankan sedikit perniagaan (sebelum pru 2008).

Dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan kebiasaannya orang yang berduit akan dilantik sebagai Bendahari. Begitu juga dengan Jamal,kerana pada masa itu beliau berduit maka beliau dilantik sebagai Bendahari PKR Perak. Pada waktu itu jika tidak silapnya anwar ibrahim masih lagi di dalam penjara.

Itulah yang menyebabkan beliau merasa sangat sedih,setelah berapa banyak wang dan tenaga dicurahkan untuk PKR Perak,akhirnya bila dapat kuasa begini pula jadinya. Katanya lebih baik di zaman tiada kuasa dulu,kawan-kawan pun ada keliling.

Bila ada kuasa kawan-kawan pula yang menikam daripada belakang. Sambungnya lagi sewaktu tiada kuasa boleh minum bersama-sama dengan kawan,bila sudah berkuasa tidak boleh lagi minum bersama,kerana kawan telah menjadi musuh.

Sewaktu Jamal menjadi Exco Perak pun beliau masih lagi menolong orang-orang PKR dengan memberi perniagaan kepada mereka. Jamal sering mempertahankan kepentingan PKR setiap kali ada mesyuarat pakatan rakyat atau Exco.

Pernah terjadi satu ketika dalam mesyuarat Exco. Pada waktu itu berhubung dengan perlantikan Ahli-Ahli Majlis di Perak. DAP cuba menguasai jawatan tersebut dengan melakukan pembahagian yang tidak adil. Nga Kor Ming (surah aura) pada masa itu selaku Exco yang bertanggungjawab terhadap PBT telah membuat pecahan seperti berikut.

Di Seluruh Perak ada 222 orang Ahli Majlis yang perlu dilantik dikalangan orang politik. Tidak termasuk NGO dan non partisan.

Nga Kor ming membuat pembahagian seperti ini 118 orang untuk DAP, 52 orang untuk PKR dan 52 orang untuk PAS. Ini telah menyebabkan Jamal tidak berpuashati. Beliau meminta untuk dibahagikan sama rata diantara tiga parti tersebut.

Tetapi Nga dan Ngeh menentang. nizar langsung tidak bersuara. Nga berkata,PAS setuju mengapa PKR tidak setuju ? Jamal menjawab lagi ,kalau PAS setuju biarkan mereka,tetapi untuk PKR saya tetap mahu 74 orang.

Setelah lebih kurang 10 minit bertelagah akhirnya Nga bersetuju memberi 70 orang kepada PKR. Jamal tetap tidak berpuashati dan terus melawan untuk mendapat 74 orang. Nga tetap berkeras tidak akan beri 74 orang.

Akhir sekali kata-kata ini terpacul dari mulut Jamal "sekiranya saya gagal mendapat 74 orang untuk PKR saya rela Pakatan Rakyat ini hancur".

Berdesing telinga nga,ngeh dan nizar mendengarnya. Kelu mereka seketika. Akhirnya mereka bercakap dalam bahasa cina,sudah tentu ianya tidak difahami oleh Jamal,Kapten Osman dan Exco Pas Hj.Zainuddin. Kepada nizar bintang tiga ianya tidak menjadi masalah kerana dia faham dan fasih berbahasa cina.

Sekali lagi Jamal naik angin dan menghentak meja Mesyuarat Exco tersebut kerana mereka berbicara dalam bahasa cina . Selepas itu barulah nga kor ming itu setuju memberi 74 orang kepada PKR. Itulah antara pengorbanan Jamal terhadap PKR di Perak semasa beliau menjawat jawatan Exco.

Pas kekal mendapat 52 orang kerana mereka tidak membantah. Disini kita boleh lihat bagaimana nizar sanggup melacurkan jawatan Ahli Majlis yang sepatutnya menjadi milik orang-orang Pas kepada DAP demi mempertahankan jawatan MB yang dipegang olehnya.

Kesudahannya bilangan Ahli Majlis di Perak seperti berikut. DAP 96, PKR 74 dan PAS 52. Kerana jawatan MB ,nizar bintang tiga sanggup buat apa saja.

Pada peringkat awal Jamal hilang ,beliau tidak berniat untuk keluar parti,tetapi lebih kepada sekadar merajuk dengan nizar kerana kes tanah 999 tahun dan dengan segelintir pimpinan PKR Perak yang tamak dan rakus.

Beliau sama sekali sekali tidak berada di Pahang seperti mana yang dihebohkan oleh puak-puak pembangkang kononnya dia sedang berunding dengan Najib di Pekan. Beliau mendiamkan diri hanya kerana sedang menunggu panggilan telefon daripada nizar bintang tiga. Tetapi oleh kerana sikap sombong dan besar kepala nizar langsung tidak menghubunginya.

Beliau bercadang untuk memasuki pejabat pada 2.feb.09. Tetapi oleh kerana surat perletakan jawatan tanpa tarikh beliau dihantar kepada sivakumar pada 1.feb.09 tanpa pengetahuan beliau maka beliau terpaksa berundur dengan penuh kesedihan dari PKR.

Beliau berkata beliau telah dimainkan oleh rakan-rakan beliau sendiri yang sentiasa rakus,tamak dan mengidam untuk bertanding di Behrang dan Changkat Jering.

Surat itu telah diambil di rumah ustaz zul tanpa pengetahuan Pengerusi PKR Perak dan dihantar terus kepada sivakumar. Siapa mengambil surat itu tidak dapat dipastikan. Tetapi semasa surat itu diambil ustaz zul berada di Palestin.

Mereka menghubungi ustaz zul dan bertanya dimana surat itu berada. Ustaz zul berkata surat itu berada di bawah katil di rumahnya. Maka si pemanggil ini bergegas ke rumah ustaz zul,ambil surat itu dan hantar kepada sivakumar.

Lantas Jamal berkata,buat apa lagi saya nak kekal di dalam PKR,jika sampai ketahap ini mereka buat kepada saya. Mereka sudah tidak perlukan saya lagi. Jika mereka masih perlukan saya mereka tidak akan hantar surat itu kepada sivakumar.

Mereka sudah tidak perlukan saya buat apa lagi saya terhegeh-hegeh,ibarat hidung tak mancung,pipi terserong-serong nak kekal dalam PKR lagi.

Inilah akibatnya bila terlalu rakuskan kuasa,sehingga tidak boleh bersabar sedikit.

Orang-orang PKR Perak rakus kuasa,nizar bintang tiga rakus kuasa,DAP pun rakus kuasa,akhir sekali hancur semua. Yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

Tuan-puan sekalian percayalah cakap saya,Pakatan bintang tiga ini akan hancur bukan kerana diajar oleh rakyat,tetapi oleh kerana orang-orangnya sendiri yang tidak jujur,yang tamak dan yang belot akibat rakuskan kuasa.

Ahli-ahli PKR pun bukannya orang baik-baik. Kebanyakan mereka-mereka ini adalah sampah atau lanun dalam Umno dulu. Samada mereka dipecat atau mereka tinggalkan Umno kerana gagal mendapatkan kepentingan mereka dalam Umno. Apabila gagal dalam umno,maka mereka mencuba nasib di dalam PKR pula.

Sebab itu sesekali saya rasa bersetuju juga andainya diadakan p/raya baru di Perak. Kerana kita dapat melihat perpecahan antara mereka berebut kerusi dan berebut menjadi calon. Dulu bila diminta menjadi calon ,semua menolak kerana tidak menjangka akan menang. Bila orang lain bertanding dan menang maka dicari jalan bagaimana nak 'sembelih' orang yang menang tersebut

kemaskini @ 2311hrs by faisal :

Alang-alang bercerita biarlah saya berterus terang disini. Sekiranya kerusi Changkat Jering dan Behrang kosong,maka orang yang bercita -cita untuk bertanding ialah,Mustafa Kamil di Behrang dan Hj.Mail di Changkat Jering.

Sudah ada komplot halus dikalangan PKR untuk menyingkirkan nizar bintang tiga sebagai MB Perak.

Sekiranya PKR menang di kedua-dua kerusi berkenaan,Mustafa Kamil akan dilantik sebagai MB bagi menggantikan nizar,manakala Hj.Mail sebagai Exco menggantikan tempat Kapten Osman.

Tetapi Allah maha kaya,manusia hanya mampu merancang,Allah jua yang menentukan segalanya. Dengan izin Allah semua sekali hancur.

Mendengar guruh di langit,air dalam tempayan dicurahkan. Akhir sekali hujan tak turun-turun,air dalam tempayan dah tak ada,nak mandi hadas pun tak boleh.


kemaskini @ 0023hrs by faisal

Tambahan

Perkara yang perlu anda ketahui.

1) Memang benar wujudnya Mesyuarat Exco dalam bahasa cina semasa nizar menjadi MB.

2) Undian angkat tangan dilakukan sewaktu Jamal dan Osman menentang pemberian tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baru di Perak. 7 exco bukan melayu dan 3 exco melayu. Siapa menang ? Exco Pas bersetuju kerana takutkan kepada nizar bintang tiga.

3) Jamal menghentak meja sambil meminta ianya diminitkan dalam minit mesyuarat yang beliau tidak bersetuju sambil beliau berlalu keluar meninggalkan bilik mesyuarat.

4) Kapten Osman bukan saja menentang sambil duduk malah bangun berdiri sambil kedua-dua belah tapak tangan menepuk meja kerena membantahnya. Beliau juga meminta ianya diminitkan yang beliau tidak setuju lalu keluar dari bilik mesyuarat juga.

5) Ngeh dan Nga mengejar sambil memanggil-manggil Jamal di luar bilik mesyuarat. Dengan arahan satu jari sahaja Jamal halau mereka masuk balik ke bilik mesyuarat.

6) Nizar sering membebel benda-benda yang sama dan mengarut setiap kali mesyuarat exco,lantas exco Pas mencuit Jamal sambil bertanya,kau tak boring ke dengar perkara yang sama saja setiap minggu. Jamal hanya tersenyum.

7) Jamal berkata kepada Nizar "kau bercakap ja pandai dan banyak , tapi isi kosong" .

8) Minggu sebelumnya nizar berkata kepada Jamal beliau akan beli kereta Perdana baru untuk kegunaan exco. Minggu depan bila ngeh kata nak beli camry,maka nizar terus bersetuju untuk membelinya tanpa mengambil kira pendapat-pendapat exco lain. Lantas beliau mengarahkan pada jam itu juga supaya Datuk Suk memesan 15 biji camry.

9) Tandas bangunan SUK sentiasa bau hancing semasa pemerintahan mereka. Kerana terlalu ramai golongan yang tidak membasuh kencing serta mengepam tandas berkunjung ke sana.

10) Pegawai-pegawai kerajaan sering mengadu kepada Jamal dan Kapten Osman tentang perilaku ngeh dan nga yang sering memberi arahan terus kepada mereka supaya pembelian barang-barang dan pembekalan diberikan kepada syarikat-syarikat seperti yang mereka berdua arahkan.

11) Seringkali tender-tender balak atau tender lain yang ada nama melayu ditolak,sambil menjerit " itu Umno punya,tolak,tolak".

12) Satu hari mereka menggunakan nama kroni mereka yang melayu untuk tender balak,Jamal dan Kapten Osman menjerit, "itu umno punya tolak,tolak".

13 ) Dengan niat memperli,apabila tender nama-nama cina dibincangkan,Jamal dan Kapten Osman terus menjerit "lulus,lulus" ,sebelum ianya dibincangkan. Dengan muka selamba nizar berkata "ok lulus, Yb Jamal dan Yb Kapten Osman pun bersetuju ianya diluluskan".

14 ) Dengan niat memperli Jamal berjumpa dengan s/usaha politik nizar,miscabul munir dan berkata ,kalau orang-orang Umno atau BN mohon apa-apa jangan luluskan apa-apa langsung Luluskan kepada orang-orang kita sahaja. Maka dengan otak bebal dan selamba sahaja s/usaha politik yang bebal ini terima arahan Jamal tanpa memahami maksud sebenar Jamal.

15) Nizar adalah seorang yang pembohong dan sering bercakap bohong. Hanya orang yang rapat dan pernah bekerja dengan dia sahaja yang tahu dan memahami. Jamal berkata nizar langsung tidak ada sedikit pun perasaan kasih dan sayang pada bangsa sendiri demi memenuhi nafsu serakah dia untuk terus duduk di kerusi empuk MB. Dia sanggup buat apa sahaja janji DAP tidak usik kerusi MB kepunyaannya.

Sebagai penutup. Terima kasih kepada YB Jamal dan YB Osman kerana anda sanggup berkorban demi bangsa mu sendiri. Kami faham azab dan seksa yang anda hadapi sekarang ini. Pelbagai tuduhan,makian serta cacian dilemparkan terhadap anda. Hanya sabar saja yang mampu menjadi pelindung.

Tapi jasa anda tetap kami kenang,kami hargai dan kami sanjungi. Sesungguhnya yang benar itu tetap benar. Hanya masa yang akan menentukan bilakah kebenaran itu akan terpacul. Apa pun,Allah maha mengetahui. Sesungguhnya Allah tetap bersama orang-orang yang sabar.

Anonymous said...

ingat lah & faisal berteori...

kah! kah! kah! kah!
sian jugak aku baca komen nih.. ada yg boleh dipertimbangkan, ada yg musykil.

woi... tanah 999 tawun tu agenda pas la. dah lama dah. tak dak lam pkr ngan dap. dlm mca bn pun jgn arap
dap tak de manisfesto kukuh tang tanah ni.

ingat lah & faisal ni baru jadi pengundi ke? ...ker baru daftar ngundi? ...ker dah jadi gandhi?

bintang tige la. cakap cine la.
abih ko tak nak komen yg siva cakap bahasa gandhi ngan ganeson lam dewan dulu?
...ada dgr gak org komen.
ko penah idup ngan zaman bintang tiga kot. nak jugak aku dgr cite kominih bintang tige dari korang. tak pueh aku dgr cite dari buku teks skolah ngan dari biro btn + jin bkt kepong. mungkin cite bintang tige ko lebih detail dari btn kot.

hebat2, cite bintang tige, pkm, 13 mei dll bawak masuk minda melayu.
tak nak pulak cite konspirasi cam mana para sahabat saidina usman dibunuh. cite ni la patut dibuat panduan, bukannay 13 mei, bintang jula-juli, pkm, api, awas dan per jadah lagi.

joostspring said...

babi pr mmg pukimak..xleh nk terima kenyataan..dah la xde majoriti..lpas 2 nk menyalak konon2nye nk bubar dun..apasal nk bubar dun?sebab dah th xde majoriti..pukimak burit babi punya pr...

joostspring said...

yg nuar berahim BABI 2 DUK SIBUK2 KONONNYE KUASA MEMILIH KENA KEMBALIKAN KEPADA RAKYAT...EH NUAR BABI,YG ANGAN2 MAT JENIN KAU 16/9/08 TU APE? KAU NK AMIK ALIH KERAJAAN MELALUI APE? GILA BABI PUNYA PR..

HR NI CKP LAIN,ESK CKP LAIN...PR JE YG BTUL,ORG LAIN SEMUA XBTUL..BABI PUNYA PR,NUAR BERAHIM 2 BAPAK SETAN

Anonymous said...

bila aku baca komen dr kedua2 belah pihak, aku hanya mampu beristighfar, maki hamun dan keji cerca menjadi mainan dlm ni, baguih jugak, aku dpt beristighfar, dpt le tambah pahala aku, korang nk tambah dosa, silakan le, dosa dapat, pangkat korang satu pn x dapat, yg dpt pangkat org2 kt atas nun je

Anonymous said...

...pukimak burit babi punya pr...

yer lar.. dulu masa tgh kelam kelibut sotan nak pilih mb baru, si siva antar/propose notis ke sotan utk buat persidangan gempar dewan. buatkan usul undi tak pecaya kat niza... tapi notis disahut sepi.
1. decision only one day utk lantik gandhi jadi mb baru.
2. bicara niza vs gandhi masuk sidang court ambik masa sebulan lebih (kot?). ding-dong antara mahkamah tinggi ngan mahkamah persektn. saje dibuat atau procedure begitu... tak tau la.
3. decision utk set aside atau tangguh mahkamah tinggi punya hukum hanya lebih kurang 16 jam
4. decision utk hearing injuksi ketepikan rayuan gandhi ambik masa 6 hari (ari senin baru dgr).
5. ...aaiikkk!!

apakah decision utk tangguhkan hukuman mahkamah tinggi pada hari selasa ada kaitan dgn mesy exco pada hari rabu berikutnya? ....ada apa2 agenda exco (yg dikatanya haram oleh pr) yg nak dibincang sebelum diharamkan kembali... ada kwsn balak baru dah diluluskan? ada tanah dah bertukar tuan?

common sense la....
no wonder pr asked for fresh election.....

kimmak btul!! pr nih!!

Anonymous said...

apa punya thur...macam2 komen oleh si umno ni utk halalkan politik lompat si katak lompat,bela melayu konon,aku sampai mati tak percaya umno totok,boleh belah sebab yg kaya raya tu elit2 umno bukan hamba rakyat jelata,tengok d selangor dah le,sikit punya jahat toyol kechik.

joostspring said...

hoi si anon 3.32

yg angan2 mat jenin nuar berahim 2 melalu ape cik adik/abg woi..ooo time wakil rakyat bn nk melompat ke pr blh,time pr melompat ke bn kau kutuk..

MMG double standard betul 2 PR ni..

Anonymous said...

Nak tanya pada mahkamah Umno,

kenapa tunggu pai setahun baru nak bicara kes saiful?

Elehh..nak tunggu bagi lubang juboq dia hilang bekas konon...

mcam kes dulu juga lar..tak da kes, tapi saja nak reka!!!