"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 09, 2008

Jom Turun..!

Kami telah memberi peluang kepada Majlis Peguam untuk membatalkan Forum Anti Artikel 121 1A yang dijadualkan esok. Bagaimana pun setelah tempoh peluang tersebut tamat jam 4pm tadi Majlis Peguam bukan sahaja tidak membatalkan forum tersebut, malahan membuat kenyataan akan meneruskannya. Ini tidak memberi kita peluang lain melainkan meneruskan Himpunan Umat esok di hadapan Bangunan Majlis Peguam.

Saya sendiri akan mengetuai Himpunan Umat ini. Saya seru sdr/i untuk turun ramai-ramai pagi esok jam 8am di hadapan Bangunan Majlis Peguam di Leboh Pasar Besar. Untuk memudahkan camkan bangunan ini dibelakang Pasar Seni (Central Market) sebelah Bank Pertanian.

Sdr/i boleh ke tempat perhimpunan dengan LRT Putra berhenti di stesyen Masjid Jame' atau Pasar Seni. Atau LRT Star berhenti di stesyen Msj Jame.Perhimpunan ini akan dijalankan secara aman. Kita berharap sdr/i tidak melakukan perkara diluar undang-undang. Kita akan berhimpun secara aman dan berzikir. Akan ada pimpinan yang akan memberi sedikit ucapan.

Antara NGO yang akan turut serta ialah ABIM, Teras, Pembela Islam, Peguam Pembela Islam, Persatuan Pengguna Islam, Muslim Bloggers, Persatuan Imam Wilayah dan lebih kurang 27 NGO lain. Alhamdulillah Sahibus Samahah Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria telah memberikan restu beliau. Malahan beliau menyeru umat Islam turut sama menyertai perhimpunan aman ini.

Kita juga berharap pihak keselamatan memberi ruang & keizinan untuk Himpunan Umat ini diadakan.

Jadi sdr/i..jadilah umat yang boleh dibanggakan oleh ALLAH & Nabi insya ALLAH.

Adios & cheerio..

-Zulkiffli Nordin

No comments: