Atau, ia satu percubaan oleh pemimpin barisan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mewujudkan kekeliruan dan mengapiapikan rasa tidak percaya dalam kalangan komponen parti pemerintah itu?
Pada sidang akhbar di sini hari ini, Anwar yang berazam menawan semula kerusi itu yang dipegangnya sebagai anggota Parlimen Umno sebelum 1998, tetapi kali ini mewakili pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata selain daripada Umno, parti BN yang lain tidak mengambil serius pilihan raya kecil itu.
"Saya pasti terkejut jika MCA, MIC dan Gerakan akan turut sama berusaha keras, dengan mengetahui isu yang dimainkan oleh Umno hanya untuk kepentingan orang Melayu sahaja," kata penasihat PKR itu.
Pilihan raya kecil itu penamaan calon ditetapkan pada 16 Ogos diadakan selepas isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh, bagi membolehkan Anwar bertanding di situ dan kembali menganggotai Parlimen.
Menyangkal andaian Anwar itu, Menteri Kesihatan dan Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Datuk Liow Tiong Lai berkata, "Anwar memang terkenal dengan muslihat seperti itu."
Liow berkata Anwar mahu mewujudkan kekeliruan dan mengapiapikan rasa tidak percaya dalam kalangan parti komponen BN.
"Beliau fikir dengan berbuat demikian, gerakan padu jentera pilihan raya BN dapat dielakkan, tetapi beliau silap. Kami akan bergerak sebagai satu pasukan, kumpulan BN.
"Kami akan berusaha keras; dari awal lagi kami mahu memastikan BN memberikan tentangan padu walaupun kami adalah 'underdogs' dalam pilihan raya kecil ini.
"Kami mahukan kestabilan dan kemajuan. Rakyat perlu diberitahu yang Anwar gemar bermain politik yang keterlaluan dan beliau terkenal dengan keupayaan mencetuskan keadaan seperti ini," katanya.
Liow menegaskan kerjasama dalam kalangan anggota BN adalah kukuh dan apa juga yang diperkatakan atau dilakukan oleh Anwar tidak mampu memecahkan jalinan itu.
"Hakikatnya, DAP dan PAS yang tidak boleh bekerjasama kerana sehingga kini mereka masih bergaduh. Mereka tidak boleh mengalihkan perhatian kami dan tidak mungkin kami terperangkap dengan muslihatnya itu," katanya.
Menyangkal dakwaan Anwar, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata parti itu sedang dalam proses mengenal pasti kirakira 3,000 pengundi India di kawasan itu.
"Cakap-cakap kononnya Umno bersendirian di Permatang Pauh adalah tidak benar. Kami telahpun membuka pusat operasi kami dan semua pemimpin kebangsaan MIC telah diminta pergi ke Permatang Pauh untuk membantu BN."
Samy Vellu berkata penasihat PKR itu cuba mewujudkan masalah dan kesangsian dalam kalangan anggota komponen BN dan "tipu helah beliau kali ini tidak akan berjaya."
Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas, yang sedang berada di luar negara, ketika dihubungi berkata semua parti komponen BN telah membuat ketetapan dan pendirian mengenai pilihan raya kecil itu pada mesyuarat majlis tertinggi BN awal minggu ini.
"Kami semua bersetuju yang akan berjuang habishabisan dalam pilihan raya kecil ini. Umno mungkin dilihat menerajui kempen oleh kerana ia kerusi majoriti Melayu...Sudah pasti Umno perlu menerajuinya tetapi ia tidak bermakna parti komponen lain tidak memainkan peranan mereka.
"Akan sentiasa ada hasutan dan provokasi daripada pembangkang setiap kali pilihan raya kecil diadakan.
"Apa yang perlu ialah kami menjalankan tugas dengan baik. Bagi PPP, kami sudah bersedia dan sudahpun mula menjalankan tugas di Permatang Pauh," katanya.
Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Huan Cheng Guan berkata Gerakan turut menyelaraskan kempen parti komponen BN di Permatang Pauh.
Beliau menyangkal dakwaan Anwar yang parti kaum Cina komponen BN itu kurang berminat untuk menemui pengundi akar umbi di Permatang Pauh.
"Dakwaan itu tidak benar. Gerakan akan bekerjasama dengan anggota BN yang lain untuk berkempen selepas penamaan calon pada 16 Ogos," kata Huan dari Seberang Jaya, yang merupakan antara pemilih berdaftar pada pengundian 26 Ogos.-mSTAR Online
No comments:
Post a Comment