"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 18, 2008

Ahli PAS Harus Memilih: Tok Guru atau Mustafa Ali

Nampaknya ia sudah sampai ke persimpangan ini. Keseluruhan ahli PAS yang berjumlah 1 juta orang terpaksa memilih satu antara dua: memilih jalan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat atau memilih jalan Mustafa Ali. Tidak ada jalan tengah, tidak ada ruang bebas, tidak ada berkecuali.

Perbezaan Jalan Mustafa Ali Berbanding Dengan Jalan Tok Guru Nik Aziz


Tok Guru mahu supaya PAS mengikut dan mengukuhkan Pakatan Rakyat. Ini bermakna PAS harus bersama-sama menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pusat. Ia juga bermakna keseluruhan ahli parlimen PAS harus bersama Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan tersebut.

Sebab musabab yang diberikan adalah:

a. Ianya adalah keputusan Muktamar PAS Pusat di Ipoh baru-baru ini
b. PAS telah komited dalam Pakatan Rakyat sejak mula
c. UMNO pernah menikam PAS dari belakang, dan masuk BN semula akan mendedahkan PAS kepada pengkhianatan semula
d. PAS komited dengan agenda "Negara Kebajikan". Tidak mungkin PAS akan mampu untuk melaksanakan agenda tersebut di dalam BN
e. Kedudukan ISlam dan Melayu terjamin di dalam Perlembagaan Malaysia. Ia bererti risiko tersebut hampir tiada
f. PAS akan mendapat kebebasan yang lebih besar di bawah kerajaan PR untuk menyebarkan Islam.

Mustafa Ali mahu PAS keluar Pakatan Rakyat dan masuk BN sekaligus menguatkan kedudukan Pak Lah dalam kerajaan.

Alasan yang diberikan adalah:

a. Anwar agen Yahudi dan Agen Amerika
b. DAP anti Islam dan cuba untuk menhapuskan azan sebagai contoh di Selangor.
c. Kerajaan baru PR ini tidak menjamin kedudukan Islam dan Melayu.
d. Kerajaan PR tidak mahu melaksanakan Islam. Kerajaan BN akan melaksanakan Islam (???)
e. PAS akan dikhianati oleh Anwar. PAS tidak akan dikhianati BN.
f. Ada bukti Anwar Ibrahim melakukan liwat(antara alasan awal2 dahulu yang dipakai dan agak efektif juga)

(Nota: Setakat ini, hujjah Mustafa Ali ini tiada bukti. Hanya sekadar mainan di bibir sahaja).

Mengapa Pilihan Ini Sugguh Sukar Kepada Ahli PAS?

Mudah sahaja jawapannya. Mustafa Ali berjaya mendapat sokongan dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri. Malahan, isu ini menjadi sangat sukar kerana sokongan Tuan Guru Presiden. Sekiranya Tuan Guru Presiden tidak menyokong Mustafa Ali, saya jamin 100% perkara ini tidak akan kontroversi langsung.

Saya secara pribadi, sekiranya diizinkan Allah, akan pergi ke Kaabah dan berdoa untuk Tuan Guru Presiden semoga hatinya dibuka oleh Allah SWT untuk menilai mana yang benar dan mana yang tipu semata-mata.

Senarai Penyokong Setakat Ini


Penyokong-penyokong Mustafa Ali boleh dikategorikan seperti berikut:

a. Presiden dan Timbalan Presiden (Nota: Timbalan Presiden ni memang sejak dahulu lagi menjadi kuda beban kepada Mustafa Ali. Nampaknya beliau masih tidak mampu pecah dari kepompong tersebut walaupun telah menjadi Timbalan Presiden. Dia tidak tahu yang semasa beliau mencabar Ustaz Hasan Shukri dahulu, Mustafa Ali tidak bersetuju beliau menjadi calon Timbalan Presiden)

b. PAS Terengganu yang dipimpin oleh beliau. Termasuk yang menyokong beliau adalah musuh tradisi beliau Ustaz Harun Taib

c. Ustaz Halim Abdul Rahman, kalau dari Kelantan

d. Rata-rata golongan veteran dan golongan yang dipanggil "matahari jatuh" kerana mereka hampir tiada masa depan di dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang baru ini.

e. Pada mulanya, sebahagian besar ahli Dewan Ulama dan Majlis Syura. Tapi, sekarang ini keadaan ini sudah berubah.

Penyokong Tok Guru pula, tak perlulah saya terangkan siapa dia kerana semua sudah maklum. Ada blog "bodoh" panggil penyokong Tok Guru ini "kumpulan Erdogan". Kalau macam tu, kumpulan Mustafa Ali ini kita panggil pula kumpulan Erbakan.

Dengan kata lain, ini adalah pertembungan antara kumpulan "menang"(Erdogan) lawan kumpulan "Erbakan" (kalah). PAtulah kumpulan kalah ni nak sangat PAS masuk BN.

Perpecahan yang Tidak Dapat Dielakkan


Nampak gayanya perpecahan ini tidak dapat dielakkan. Ianya ibarat sewaktu zaman Saidina Ali berhadapan dengan Muawiyah bin Abu Suffian serta Saidatina Aishah. DI kala itu, semua sahabat terpaksa membuat pilihan. Samada menyebelahi Saidina Ali ataupun Muawiyyah atau Aishah. Tidak ada jalan tengah.

Sewaktu PAS masuk BN dahulu pun, ada sekelompok ahli PAS yang bertawaqquf (yang dipimpin oleh Pak Yazid). Tapi, sekarang ini nampaknya perpecahan ini akan lebih teruk lagi.

Maklumat yang saya dapat ialah ahli-ahli Parlimen PAS yang condong kepada Mustafa Ali telah berkata bahawa mereka akan lompat ke Barisan Nasional sekiranya kerajaan Pakatan yang baru ini terbentuk. Ini bermakna perpecahan dalam PAS ini tidak dapat dielakkan lagi.

Harapan Terakhir Mengelakkan Perpecahan

Tiada jalan lain, kecuali keseluruhan ahli PAS mengambil sikap teguh di belakang Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Sekiranya ini berlaku, maka puak2 fraksi UMNO ini akan menjadi minoriti dan mereka kemudiannya terpaksa bertawaqquf sekaligus mengelakkan perpecahan di dalam PAS.

Saya berdoa semoga perpecahan dalam PAS ini dapat dielakkan.

-Tulang Besi

7 comments:

Anonymous said...

AKU AHLI PAS XDA RASA MENDA PUN...
MANA X BETUL AKU X SETUJU,YG BETUL AKU SOKONG X KIRA DR CIKGU PA KE TGNA...SIKITPUN XDA RASA PAS AKN BERPECAH...YG LAIN2 NI NAK WAT KECOH NAPA PULER...

Buaya-Merah said...

masyallah..
ulamak sesama ulamak pn nak bertelagah gak ker?
hidup TGHH!!!!!!
hehehe

Anonymous said...

hehe...
aku rasa depa x sependapat jek...tp nampaknya cm lg banyak batu api nih...lebih sudu dr kuah kot...huhu

:-P

Anonymous said...

ish2 bahaya nih,aku rasa yg nak memecahbelahkan PAS ni batu2 api nih...bukannya che gu pa ke tghh ke tgna nih....depa rileks jek...coollll....

Anonymous said...

ERDOGAN VS ERBAKAN
Kedua-duanya memang bangang!!!Rakyat sekarang hidup dalam kesusahan, sedang mencari tempat berlindung kamu bertelagah nak tunjuk lagak pulak..Lebih dahsyat lagi fitnah dijadikan senjata untuk menjahanamkan musuh. Inilah akibatnya bila insan utamakan nafsu perut dan bawah perutnya, ilmu yang dimiliki letak dikepala lutut. Tahukah kamu Menang jadi arang kalah jadi abu. Bagaimana rakyat nak hormat pemimpin PAS kalau masaalah kecil tak boleh nak selesaikan...? Bagaimana nak mentadbir negeri kalau ada musuh dalam selimut...?

Anonymous said...

fuhh pasal tu aku setia ngan Pas...steady jek nik aziz ngan chegu Pa setelkan problm...biaqkan anjing2 kt sekeliling ni duk jd batu api..kita tetap coolll....

Anonymous said...

ERDOGAN VS ERBAKAN
Kedua-duanya memang bangang!!!Rakyat sekarang hidup dalam kesusahan, sedang mencari tempat berlindung kamu bertelagah nak tunjuk lagak pulak..Lebih dahsyat lagi fitnah dijadikan senjata untuk menjahanamkan musuh. Inilah akibatnya bila insan utamakan nafsu perut dan bawah perutnya, ilmu yang dimiliki letak dikepala lutut. Tahukah kamu Menang jadi arang kalah jadi abu. Bagaimana rakyat nak hormat pemimpin PAS kalau masaalah kecil tak boleh nak selesaikan...? Bagaimana nak mentadbir negeri kalau ada musuh dalam selimut...?
------------------------------
Assalamualaikum saudara.. janganlah suka mengutuk, menghina etc .. yg dikutuk tu jauh mcm langit dgn bumi (dgn saudara).
skali lagi malaysiawaves, cube nak menimbulkan huru hara pada bende yg sememangnya tak wujud - ditokok tambah sesedap rasa..
Pada perisik-rakyat dan malaysiawaves.. janganlah anda cuba nak menghancurkan jamaah Islam yg kami dokongi ,,kelak jenuh di akhirat besok nak kene mintak ampun maaf dgn mereka yg berkenaan..
Lebih baik sibukkan diri mencari malam lailatul qadr sambil munajat pada Allah agar dipermudahkan apa yg baik utk kemenangan Islam di Msia.. habis cerita ..


sahabt mu yg faqir di perantauan