"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 18, 2008

Durjana..!

JOHOR BAHRU: Muda dan berbahaya. Itu gambaran tepat terhadap kumpulan remaja yang tergamak menculik, membunuh dan membakar seorang gadis berusia 16 tahun yang mayatnya ditemui dalam kawasan semak di Taman Putri, Kulaijaya di sini, semalam.

Penemuan mayat Lai Ying Xin hasil susulan polis yang menerima laporan kehilangannya sejak malam Khamis lalu apabila pelajar tingkatan empat itu tidak pulang selepas melakukan kerja sambilan di sebuah pasar raya di Kulaijaya.

Selepas menculik mangsa dari tempat kerjanya kira-kira jam 9 malam, penculik menghubungi keluarga gadis malang itu kira-kira jam 6.20 pagi esoknya meminta wang tebusan RM33,000.

Namun, sangkaan keluarga gadis terbabit bahawa dia dibebaskan selepas menyerahkan wang tebusan diminta penculik pada jam 3 pagi Isnin lalu, ternyata meleset apabila mangsa sebenarnya sudah dibunuh dan mayatnya dibakar.

Siasatan polis bagi menjejaki semua penculik terbabit menjadi mudah apabila keluarga terbabit mengenali mereka.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata keluarga gadis itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya selepas anak mereka tidak kembali ke rumah walaupun wang tebusan sudah dibayar kepada penculik berkenaan.

“Bertindak atas maklumat itu, polis menubuhkan satu jawatankuasa khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPPK Johor dan menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun yang dibuang sekolah ketika menaiki Perodua Kembara kira-kira jam 6.15 petang kelmarin di Kulai.

“Hasil tangkapan itu, polis merampas sejumlah dua pertiga baki wang tebusan yang dibayar keluarga mangsa kepada penculik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPPK Johor) di sini, semalam.

Beliau berkata, kira-kira sejam kemudian, seorang lagi suspek berusia 16 tahun ditahan di Taman Putri Kulaijaya bagi membantu siasatan mengenai kehilangan Lai.

Tun Hisan berkata, hasil maklumat yang diperoleh, pasukan khas berkenaan menemui mayat Lai kira-kira jam 1.40 pagi semalam, dipercayai dibunuh dan dibakar sebelum dicampak ke kawasan semak berhampiran Taman Putri, Kulaijaya.

Katanya, empat penjenayah terbabit ditahan reman bermula semalam selama enam hari sehingga Ahad ini, mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961, yang boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.

“Ini kes tragis kerana mangsa pelajar pintar. Dia mendapat markah tinggi bagi tujuh subjek Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang didudukinya tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, keluarga mangsa mengenali suspek dan polis kini menunggu laporan bedah siasat mayat Lai bagi mengenal pasti punca kematian.

-myMetro

4 comments:

web admin said...

polis dok kalut wat keja lain

kerabubersuara

Anonymous said...

Salam...

Jangan lupe solidariti utk sheih tu bro...

Anonymous said...

hei lembu, mu ni ke... lagu tulah, lepah belawok ko org lain, mitok pitis... blawok sikit mitok pitis.. mitok dgn nuar nu lah.. tok habis2 duk nyusoh ko hamba rakyat. jawab la mung dgn tuhan esok2...

Nina Nurziana said...

this is so not funny anymore~
our world has comes to its end~