"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 18, 2008

Sheih di mahkamah KB pagi ni

Pagi-pagi lagi Bariah dah bersiap-siap nak ke mahkamah Kota Bharu. Suami tercintanya, Sheih, akan di bawa ke mahkamah majistret hari ini untuk membolehkan pihak polis mendapat perintah tahanan reman sebelum di bawa untuk disoalsiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Kuala Lumpur.

Bariah kata, beliau difahamkan Sheih akan dibawa ke mahkamah majistret Kota Bharu jam 9.00 pagi ini. Harap-harap, kawan-kawan di Kota Bharu akan berada di mahkamah majistret yang berkenaan.

Saya tak tau siapa lagi, tetapi menurut Bariah, antara yang menghubunginya untuk berkongsi apa yang kini dihadapinya dan mungkin memberi kata-kata semangat ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Nuraina A Samad.

Mat Sabu bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - dua kali dizalimi ISA. Nuraina pula anak bekas tahanan ISA. Bapaknya, Allahyarham Pak Samad Ismail, begitu lama dizalimi ISA. Bayangkan perasaan anda jika dihina dengan perkataan "anak komunis!"

Saya menjangkakan Salahuddin Ayub, Haji Mahfuz Omar dan Datin Paduka Marina Mahathir akan turut menghubungi Bariah.

Saya memberitahu Bariah, jangan terkejut jika melihat tok lakinya digari beramai-ramai dengan pakaian lokap. Saya dulu digari tujuh orang sekali dari lokap Sentul ke mahkamah Kuala Lumpur dengan t-shirt yang tertulis Lokap Kuala Lumpur yang baunya buaya pun mungkin boleh pitam jika dicampak ke dalam sungai.

Antara yang digari serangkai dengan saya ialah seseorang yang saya pun tak tau sama ada dia ok atau tidak. Bila dia minta rokok kepada polis dalam perjalanan ke mahkamah itu dan polis tak bagi, dia kata, "Mintak rokok sebate pun tok se bagi. Berapa ore mu? Satu, dua, tiga, pat. Beringat! Mu beringat! Aku keluar, aku bedilmu!" Bedil tu tembaklah.

Dia menceceh dan menyampuk tak habis-habis walaupun di dalam mahkamah sehingga terjerit si majistret (perempuan): "Yang di belakang tu diam!!"

Bila saya beritahu tentang digari beramai-ramai dan pakai baju lokap yang biasanya lebih busuk dari babun tengik, Bariah kata, "Nasib baik abang cakap fasal digari and I can prepare myself. Takut termenangis!"

Saya beritahu dia, "Nak teriak jangan tahan-tahan. Peduli apa, laki aku. Bukan laki hampa!"

~penarik beca

No comments: