"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 18, 2008

Mesyuarat Tergempar MT UMNO Jam 3 Petang

PETALING JAYA: Umno mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) petang ini - pertemuan yang dilihat sebagai penting dan signifikan menjelang persidangan bahagian bulan depan.

Mesyuarat dijadual bermula pukul 3 petang.

Pertemuan itu diadakan selang beberapa hari selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak membincangkan isu pelan peralihan kuasa dan menyatakan komitmen mereka untuk merealisasikan rancangan tersebut.

Presiden dan Timbalan Presiden Umno itu membuat pendirian terbaru mereka selepas timbul pelbagai pandangan, yang berbelah bahagi mengenai pelan Jun 2010 berkenaan, yang diumumkan dalam tiga mesyuarat MT yang lalu.

Minggu lalu, Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassan meminta agar Abdullah memikirkan semula tarikh pelaksanaan pelan peralihan itu.

Selepas tidak menghadiri mesyuarat-mesyuarat MT sebelum ini disebabkan urusan rasmi di luar negara, kehadiran Muhyiddin dijangka menarik perhatian.

Semalam, Abdullah dan Najib bertukar portfolio masing-masing sebaagi Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan.

Malah, Abdullah membayangkan bahawa pelan peralihan kuasa itu akan tetap dilaksanakan dan kemungkinan dipercepatkan jika wujud keperluan.

Pemilihan bahagian akan berlangsung selama sebulan bermula 9 Oktober ini.

Sejam sebelum bermulanya mesyuarat MT Umno, Ketua Umum Pakatan Rakyat dijadual mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR - berhubung tindakan susulannya mengenai sasaran pembentukan kerajaan baru persekutuan.

Mesyuarat MT juga dijangka menyentuh laporan bahawa bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan kembali ke pangkuan parti.

Bagaimanapun, difahamkan, beliau belum memaklumkan secara formal kepada Ibu Pejabat Umno mengenai hasratnya.

Hasrat beliau disahkan oleh Muhyiddin minggu lalu.

Mesyuarat MT disusuli dengan majlis berbuka puasa Abdullah dengan anggota MT di Pusat Dagangan Dunia Putra.

-mSTAR Online

No comments: