"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 18, 2008

Turun Harga Minyak??? Sorry la..!

PUTRAJAYA 17 Sept. - Kerajaan perlu menimbang kesan penurunan harga ringgit sebelum menurunkan harga minyak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata, walaupun harga minyak mentah dunia turun pada paras AS$92 setong iaitu di bawah paras AS$100, nilai mata wang dolar pula semakin meningkat.

"Kita sedar penurunan harga minyak mentah tapi ringgit kita pula mengambil arah yang lain (menurun), harga minyak turun tapi kita punya nilai ringgit pun turun juga berbanding dolar yang semakin kuat (meningkat).

"Itu agak tertekanlah (kepada kerajaan) kalau dari awal bulan dulu saya rasa nilai mata wang kita RM3.20 berbanding satu dolar tetapi hari ini RM3.48 hingga RM3.50,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shahrir berkata demikian ketika ditanya bila kerajaan akan mengumumkan penurunan harga minyak ekoran penurunan harga minyak mentah dunia di bawah paras AS$100.

-Utusan Malaysia Online

TP - Pulak dah..? ala... senang citer... buat je kenyataan ringkas... rakyat-rakyat semua... hangpa jangan dok harap rege minyak akan turun... KERAjaan tak minat tak tutunkan rege minyak... setel...

Khak Ptuih..!

8 comments:

Anonymous said...

Kalau le Anwar tu ancaman kepada ekonomi, makanya Pak Dol ngan kabinetnya memang "komunis" ekonomi le. :?: Cth harga minyak semasa:

1 barrel (tong) = 159 liter
1 USD = RM 3.45 (semasa)

Harga minyak dulu = USD145 x 3.3 (masa naik) / 159 liter = RM3 – (Subsidi) RM0.30 = RM2.70

Harga Minyak Semasa = USD92.7 per tong
Nak senang kira = USD93 x 3.45 (Rate semasa) / 159 liter = RM2 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.70

Kita bayar = RM2.55/liter
Harga tanpa subsidi = RM2.00/liter

Kerajaan penaya :angry: kita = RM0.55 per liter.

Sekarang cakap siapa yang MENGANCAM ekonomi RAKYAT pulak? :!: :!:

http://raktamrittika.wordpress.com/

Anonymous said...

Paklah pulak kata sekarang harga minyak jatuh, Petronas rugi..
Isshh pening kepala aku yang dah teraniaya nih..

Buaya-Merah said...

Anwar pandai janji nak turun kan jer..
janji tu belum tentu dpt di tunaikan..
contoh paling senang la tgk la 16 september lepas..hehehe
bukti paling kukuh..kikikikik

azrul said...

Sahabat-sahabat sekali, di antara waktu-waktu doa yang tidak ditolok adalah ketika waktu berbuka ...

Wahai Allah, bantulah orang-orang yang bersabar dan musnahkan orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Engkau Maha Pegampun dan Maha Mengasihani.

Wallahu'alam.

Anonymous said...

senang cerita
dolah turun, dollar pun turun..

kihkihkih

Anonymous said...

biaq cepat2 Allah 'cash' pembalasan Pemimpin yg zalim ini.

amin...............

Unknown said...

Bermacam2 alasan 'sangat tak bijak' yang diberikan untuk tidak menurunkan harga minyak....sekarang milinium laaa bukan zaman paklah pi sekolah dulu2 tu..

Kaki Gelendong said...

Pak Lah n the gang memang bijak...bijak menjahanam kan ekonomi negara...mcm2 alasan...awat khairy tak kaya lagi kot...sebelum peralihan kuasa baik pak lah n khairy sapu dulu...harm dunia akirat..