PETALING JAYA: Rancangan Pakatan Rakyat mahu mengambil alih kerajaan Selasa ini terpaksa ditunda, kali ini bagi mengelak isu ini digunakan oleh kerajaan untuk memperluaskan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pada Selasa lalu, Anwar mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjakkan tarikh mencapai sasaran pembentukan kerajaan baru persekutuan ke tanggal lain - kemungkinan 20 atau 21 September ini, bukannya 16 September.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat sementara waktu fokus Pakatan Rakyat adalah untuk memastikan ketenteraman awam tidak terganggu berikutan penahanan tiga individu di bawah ISA semalam.
Sehingga kini seorang daripada yang ditahan, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, telah dibebaskan.
"Dari segi jumlah kita tidak ada masalah. Kita akan meneruskan pelan kita seperti yang dirancang mengikut peruntukan Perlembagaan Negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di sini.
Beliau mendakwa tindakan kerajaan menahan individu terlibat di bawah ISA membuktikan ia kini sudah rasa tertekan dengan kehendak rakyat yang mahukan perubahan.
-mSTAR Online
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
http://www.p99ampang.com/2008/09/14/perhimpunan-perdana-15-september/
Walau apa pun tarikh yang ingin DSAI jadikan sebagai hari perubahan.... demi kebaikan untuk anak cucuku masa akan datang, aku tetap menyokongnya.
Kalau tarikh yang dijanjikan tidak menjadi aku tetap berserta dengan nya, aku akan memberi semangat pada perjuangannya untuk mencuba lagi dan lagi.....
HANYA ORG GILER SAHAJA YG PERCAYA DGN ORG GILER@PELIWAT TEGAR INI.DAH 2 TAHUN DAH APA PUN TAKDE MULA2 PERAK TERLINGKUP MUNGKIN UNTUK TAHUN KE 2 INI GILIRAN SELANGOR PULA MANA TAHU YANG PASTI WE HAVE THE NUMBER! NUMBER APA NUMBER MAGNUM 4D HEHEHE
WWW.ANTIHERO2009.BLOGSPOT.COM
Post a Comment