"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 20, 2008

KERAjaan Prihatin: Subsidi Diesel Untuk Nelayan Akan Dikaji - malaysiakini

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji semula subsidi diesel kepada nelayan berikutan penurunan harga minyak sebanyak 15 sen baru-baru ini.

Menterinya Datuk Mustapa Mohamed berkata pihaknya sedang menyediakan kertas kerja berdasarkan memorandum yang diterima daripada persatuan nelayan di seluruh negara berhubung perkara itu sebelum dibentangkan kepada Majlis Ekonomi.

Beliau berkata pihaknya sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak-pihak tertentu dan mempunyai beberapa cadangan untuk dikemukakan kepada Exco Majlis Ekonomi.

"Jadi sekarang ini belum ada keputusan lagi. Kita kena rujuk kepada Exco Majlis Ekonomi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Industri Akuatik Ikan Hiasan Antarabangsa Kedua Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada 2 Nov lalu, Mustapa berkata kementeriannya tidak bercadang menurunkan harga diesel subsidi kepada nelayan daripada RM1.43 seliter kepada RM1 seliter memandangkan kadar harga subsidi pada ketika itu masih rendah berbanding harga jualan semasa yang ditetapkan kerajaan iaitu RM2.05 seliter.

Mustapa berkata kementeriannya juga akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berhubung perkara itu.

Isnin lepas, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2 seliter manakala petrol RON 92 dan diesel dikurangkan kepada RM1.90 sen seliter berbanding RM2.05 seliter sebelum ini.

No comments: