"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 20, 2008

PERHATIAN..! - BUKU "AKHIRAT" ( BERHATI-HATI )

Berhati hati muslimin dan muslimat.

Tuan/Puan ,

Pada 4 Mac 2008 lalu, saya telah menerima senaskah buku kecil berjudul
"Akhirat" yang diletakkan di cermin kereta saya di Wangsa Maju.

Pada mulanya saya menyangka ia adalah sebuah buku agama untuk didermakan kepada orang awam.

Setelah saya membaca isi kandungan buku ini, saya dapati terdapat banyak petikan ayat-ayat Al-Quran dan penerangan yang meragukan serta bertentangan dengan agama Islam dan dikhuatiri boleh menjejaskan akidah masyarakat Islam.

Di sini saya sertakan gambar kulit buku dan muka surat terakhir buku tersebut untuk makluman dan diharap agar tuan/puan akan lebih berhati-hati jika menerima naskah yang seumpama ini di masa akan datang.

Kerajaan telah meluluskan pengunaan perkataan "GOD kepada ALLAH" kepada Kristian untuk penyebaran dakwah mereka di Malaysia. Ini adalah hasilnya...

Mengelirukan orang Islam dan mungkin anak anak kita bakal terpedaya dgn helah mereka.

Buku ini akan diajukan kepada KKDN (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri) untuk tindakan selanjutnya.

Sekian. Terima Kasih.




1 comment:

Anonymous said...

Masya Allah...Apa dah jadi sekarang ni? Selamatkan anak-anak kita dari pengaruh-pengaruh dari buku-buku seperti ini. Sekali baca nampak macam biasa je tapi bila diteliti rupanya ada yang mencurigakan dan ia mirip kepada ajaran kristian. Berhati-hatilah wahai semua umat Islam tak kira anak-anak kecil sehinggalah yang dewasa... Jangan terpedaya dengan anasir-anasir jahat seperti ini... Kepada kerajaan, diharap kerajaan dapat menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam bibble.. Memang ia akan mengelirukan anak-anak kita nanti...