"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 20, 2008

Obama, McCain ikrar era reformasi

Bakal presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dan pesaing yang dikalahkannya, John McCain, berikrar kelmarin akan mewujudkan satu 'era baru pembaharuan' untuk menghuraikan krisis ekonomi, merombak dasar tenaga dan memelihara keselamatan negara itu.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan dua minggu selepas pilihan raya pada 4 November, mereka berkata di sini bahawa rakyat Amerika daripada semua parti mahu pemimpin mereka bersatu padu dan 'mengubah tabiat buruk di Washington'.

Dalam satu pertemuan mereka selama sejam di ibu pejabat peralihan Obama, bakal presiden daripada Parti Demokrat itu menegaskan lagi ikrar beliau hendak bekerjasama dengan McCain apabila melakar agenda bagi empat tahun mendatang.

'Atas semangat inilah kami mengadakan perbincangan berguna hari ini mengenai perlunya melancarkan satu era reformasi baru, supaya kita dapat mengatasi perpecahan yang merugikan di Washington demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pemerintah, dan memulih kemakmuran dan peluang bagi setiap keluarga rakyat Amerika yang bekerja keras,' kata Obama dan McCain dalam kenyataan itu.

'Kami berharap dapat bekerja sama dalam beberapa hari dan bulan mendatang mengenai cabaran kritikal, seperti menghurai krisis kewangan, mewujudkan ekonomi tenaga baru, dan melindungi keselamatan negara kita,' tambah mereka.

Pada awal pertemuan itu, McCain, daripada Parti Republikan, ditanya pemberita apakah beliau akan membantu pentadbiran Obama.

Beliau menjawab: 'Sudah pasti.'

Dalam satu wawancara dengan stesen televisyen CBS Ahad lalu, Obama berkata beliau akan menyertakan setidak-tidaknya seorang anggota Parti Republikan dalam kabinet beliau.

No comments: