"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 20, 2008

Siapa Pertikai Kebebasan Beragama? - malaysiakini

Dalam post bertajuk Penganut Islam Di Malaysia Tidak Boleh Tukar Agama, Kata Bekas Hakim - malaysiakini seorang pembaca bernama Samsudin meninggalkan comment berbunyi -

Perkara ini memang dah termaktub dan diharap tidak ada yang mempertikaikan. Kebebasan beragama hanya untuk yang bukan beragama Islam. Bagi yang beragama Islam, mereka tetap menganut Islam sampai bila-bila. Jangan ada yang berani-berani nak pertikai...

Terima kasih atas komen tersebut.

Memang benar apa yang dikatakan oleh en.Samsudin. ianya telah termaktub bukan sahaja dalam perlembagaan malaysia malah dalam Islam sekalipun ada hukum bagi orang islam yang murtad.

Malangnya kita di malaysia ialah bila Perdana Menteri kita sendiri yang mempertikaikan hukum ini.saya tidak pasti pandangan Perdana Menteri Pak Lah ini ialah melalui sudut ilmu agama Islamnya atau melalui sudut perundangan...

Perhatikan attachment keratan akhbar dibawah -

Quot dari keratan akhbar (kenyataan Pak Lah) - Asked about the growing number of religous desputes dominating news headlines, the Prime Minister proposed that muslims who want to convert to other faiths should be allowed to do so.

"This is not something that cannot be done, for those who don't want to be muslims anymore, what can you do? if they want to leave the religion, what are you going to do? You might as well let them go."

Alih bahasa - Perdana Menteri mencadangkan supaya penganut agama Islam yang mahu bertukar kepada agama lain dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Ini adalah sesuatu yang sukar untuk dihalang, bagi penganut agama Islam yang tidak mahu menganut agama Islam, apa yang boleh anda lakukan? Jika penganut agama Islam mahu meninggalkan agama Islam, Apa yang boleh anda buat? Anda perlu membiarkan sahaja mereka (meninggalkan agama Islam)."

Aku tak faham apa yang Perdana Menteri fikir... bagi aku, kenyataan Pak Lah adalah kenyataan otak singkat seorang pemimpin utama negara.

Tiada jalan penyelesaian bagi orang-orang Islam yang mahu meninggalkan agama Islam?

Apakah pada pemikiran Pak Lah, pihak jabatan agama Islam tidak punya ahli-ahli agama yang mampu mentarbiah kembali orang-orang Islam yang berniat meninggalkan Islam?

Apakah pada pandangan Pak Lah, agama Islam ini tidak cukup kuat untuk dianuti sehinggakan dengan selamba sahaja Pak Lah mengatakan bahawa "apa yang boleh anda buat sekiranya ada orang Islam berniat meninggalkan agama Islam?

Islamkah Pak Lah itu?

*tajuk mungkin tidak sesuai dengan entri ini.

7 comments:

Anonymous said...

Astaghfirullahalazim... apa lah rakyat Islam kat Malaysia ni sekarang... nak kata cetek agama pun, jangan ler sampai tergamak untuk berniat meninggalkan agama Islam yang sempurna ni.

Kekadang aku pun tak paham dengan remaja sekarang... sibuk Emo sana, Punk sini tapi tak tahu apa hala tuju yang diorang mahu kan. Kalau nak dengar lagu diorang pun, jangan ler sampai terikut amalan diorang. Bengap bin bahalol betul diorang ni. Aku pun dengar lagu black, death, speed metal tapi tak ler terikut. Insya Allah kalau niat kita betul, Allah sentiasa berada di sisi kita.

Taubatlah kepada mereka yang bersikap sedemikian.

Anonymous said...

Ini adalah kesan dari pihak kerajaan sendiri yang tidak mengiktiraf gulungan ulamak mentadbir islam sebagaimana yang sepatutnya. Peraturan dan undang-undang islam yang mesti dilaksanakan tidak dikuatkuasakan. Malah pihak kerajaan memperkenalkan ugama baru yang mengelirukan pula.

Retak umat islam dalam malaysia sekarang jika dibiarkan akan hancur berderai. Agama Islam sebagai agama negara akan jadi retorik saja.

Anonymous said...

Kalaulah Islam itu sempurna, tak perlulah ada undang-undang yang menghalang penganut meninggalkannya. Kalau sudah sempurna apakah yang perlu ditakuti, tak ada orang yang akan meninggalkan yang terbaik untuk yang kurang baik. Kalau perlu ada undang-undang untuk menghalang mesti ada kekurangannya, cuma ada yang tidak berani mengakuinya sahaja. Kalau cukup sempurna tak payah paksa. Kalau perlu paksa mesti ada kepincangannya. Hadapilah kenyataan ini. Islam bukannya sempurna, tiada yang sempurna dalam dunia ini. Setiap benda ada kepincangannya

Anonymous said...

Perkataan "bebas beragama" tidak termasuk orang Islam kerana malaysia mempunyai undang-undang bahawa hukuman berat akan dikenakan kepada orang Islam yang murtad.Islam adalah agama rasmi malaysia.

dynamite.

Anonymous said...

Terima kasih kerana 'quote' komen saya. Saya yakin ramai yang bersetuju dengan kenyataan itu. Orang Islam tidak boleh menukar agama. Orang bukan Islam, mereka bebas memilih agama mereka. Bukan bermakna orang Islam dikongkong tetapi untuk menjaga maruah agama Islam sebagai agama yang diiktiraf pada akhir zaman ini. Sebagai orang Islam, kita mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Nabi akhir zaman dan tiada nabi lagi selepas itu. Ini beerti ajaran Islam yang dibawa pimpinan besar kita Nabi Muhammad SAW adalah ajaran yang diiktiraf oleh ALLAH SWT sebagai agama yang benar. Jadi, apa perlunya atau dimanakah tahap keimanan kita sebagai orang Islam jika ingin menukar agama? Sedangkan agama yang kita pilih atau warisi daripada ibu bapa kita yakni Islam adalah merupakan satu-satunya agama wahyu yang benar. Seharusnya kita bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai Islam...

Mr Joker said...

Terima ksih kepada en Samsudin kerana komen anda dan juga terima kasih kerana rajin menjenguk blog ini dan juga rajin meninggalkan komen-komen yang jujur.

Saya amat-amat bersetuju dengan kenyataan anda.

rusaknya Islam itu bukan kerana siapa-siapapun, tetapi kerana orang Islam sendiri yang selalu lalai dalakm menjaga agama yang suci ini - kata-kata guru saya.

Unknown said...

Kiata memerlukan lebih ramai orang Islam yang berani menegakkan Islam bila masa ianya dicabar oleh musuh-musuh Islam (baik yang bukan Islam dan mereka yang berlagak pandai mengennai Islam). Oleh itu, orang Islam mestilah menyiapkan diri mendalami Islam supaya boleh menangkis segala tomahan dan kritikan pedas bila-bila masa Islam diperlekehkan. Sesungguhnya ALLAH SWT akan melindungi mereka yang mempertahankan Islam.....