"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 20, 2008

Tiada kad pengenalan, ramai pelajar gagal duduki peperiksaan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulubayan, Datuk Harman Mohammad mendakwa ramai pelajar di Pulau Bum-Bum, Semporna tidak dapat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan ketiadaan kad pengenalan.

Katanya, pelajar tersebut merupakan rakyat tempatan yang datang daripada kalangan keluarga miskin dan bukannya anak kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Mereka adalah anak tempatan daripada keluarga miskin yang memerlukan perhatian dan pembelaan sewajarnya, kita tidak boleh menafikan hak mereka untuk mendapatkan pelajaran," katanya ketika membahaskan usul Bajet 2009 di Dewan Undangan Negeri Sabah ke-13 di sini hari ini.

Harman berkata, perkara tersebut perlu ditangani segera kerana jika tidak, pelajar berkenaan akan terus tercicir dalam pelajaran.

"Saya merayu dan berharap pihak kerajaan atau agensi berkaitan di peringkat Pusat melihat serta memberi perhatian terhadap perkara ini supaya ia tidak menyusahkan rakyat kita lebih-lebih lagi mereka yang datang dari luar bandar," katanya.

TP - tak payah la susah-susah nak merayu... buang masa je... KERAjaan lebih berminat untuk memberikan kad pengenalan kepada warga-warga asing yang boleh "mengundi UMNO/BN" dalam setiap pilihanraya...

Budak-budak ni sekolah lagi... tak boleh nak mengundi pun... buat apa nak bagi kad pengenalan kan? tunggu la umur dah 21 tahun... dah layak untuk mengundi, baru la KERAjaan bagi kad pengenalan... tu pun kalau sanggup sign aggrement untuk jadi pengundi UMNO/BN...

Kalau tak sanggup... jadik je la penduduk malaysia "tanpa warganegara".

Tak caya? kalau tak caya, hangpa tanya la PATI... berapa ramai PATI dari indon, filipina yang dapat kad pengenalan semudah ABC...

Inilah realiti di Malaysia... kan kan kan kan???

No comments: