"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 20, 2008

Mufti Perlis hasil buku koleksi artikel Pena Mufti

Selepas menghasilkan lirik untuk sebuah album genre lagu-lagu puisi, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin kini menghimpunkan rencana-rencana yang ditulisnya dalam ruangan Mingguan Malaysia dalam sebuah buku.

Rencana yang ditulis dalam kolum khas Pena Mufti itu dikumpulkan dalam buku bertajuk Mengemudi Bahtera Perubahan Minda yang diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Dr. Asri berkata, idea bagi menghimpunkan sebahagian artikel yang ditulis dalam ruangan Pena Mufti itu timbul selepas beliau mendapat maklum balas memberangsangkan daripada segenap lapisan masyarakat agar semua artikel tersebut dibukukan bagi memudahkan pembaca.

Katanya, penerbitan buku itu juga sebahagian pendekatan dakwah beliau melalui penulisan bagi memberi kefahaman terhadap masyarakat Islam berteraskan dalil dan alasan serta menjelaskan kepada masyarakat berkaitan sesuatu isu yang menjadi perhatian.

''Terdapat 47 bab dalam buku ini yang merupakan sebahagian rencana yang saya tulis dalam ruangan khas Pena Mufti, Mingguan Malaysia yang menyentuh pelbagai isu termasuk berkaitan prinsip kebudayaan, pemikiran Islam, ekonomi Islam dan juga politik.

''Saya sering mendapat maklum balas dan e-mel daripada orang ramai meminta saya membukukan himpunan artikel itu. Ada individu yang menghimpunkan artikel dalam Mingguan Malaysia dalam bentuk yang cantik dan meminta saya memberikan autograf," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dr. Asri memberitahu, gaya penulisannya yang berterus-terang dan kadangkala menggunakan perkataan sinis dalam mengutarakan sesuatu perkara juga menarik minat pembaca dalam dan luar negara.

''Saya berterima kasih kepada Mingguan Malaysia kerana memberikan ruang kepada saya menyampaikan mesej berkaitan Islam kepada pembaca kerana kadangkala laporan berita dalam akhbar memberikan ruang yang terhad jadi melalui ruangan ini saya dapat menjelaskan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara.

''Difahamkan sejak sebulan lalu pihak penerbit berjaya menjual lebih 2,000 naskhah dan kini mereka dalam proses mencetak cetakan kedua," ujarnya.

Katanya, kelebihan buku yang dihasilkan itu adalah disertakan dalil dan nas asal dalam al-Quran serta terjemahannya berbanding dalam penulisan Pena Mufti yang hanya terdapat dalil terjemahan.

''Buku yang dihasilkan ini juga tidak disusun mengikut kronologi tarikh ia dikeluarkan tetapi sebaliknya tajuk-tajuknya disusun berdasarkan munasabah dan terdapat juga sedikit semakan bagi menjelaskan sesuatu perkara," katanya.

No comments: