"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 20, 2008

Polis tak lemah semangat kritikan pembangkang

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, polis tidak pernah lemah semangat apabila berdepan kritikan yang memperlekehkan kredibiliti pasukan itu oleh pelbagai pihak termasuk parti pembangkang.

Menurutnya, tindakan pihak terbabit tidak sedikit pun melenturkan semangat anggota pasukannya, malah mendorong mereka untuk lebih bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab untuk menjamin keselamatan awam dan ketenteraman negara.

Kata beliau, pasukan polis juga tidak pernah berkecil hati dengan kritikan-kritikan dan kenyataan memperlekehkan pasukan polis sebaliknya pegawai dan anggota-anggota meneruskan tugas harian seperti biasa.

Katanya, tidak sepatutnya ada pihak yang cuba mempolitikkan isu kredibiliti pasukan polis sedangkan pihaknya sentiasa bertungkus-lumus setiap masa menjaga keselamatan dan ketenteraman negara.

"Adakah adil untuk mereka mengkritik sehingga seolah-olah polis mengabai tugas mereka? Pegawai dan anggota saya bertugas siang malam, malangnya pengorbanan mereka tidak dihargai sebaliknya dikutuk.

"Ahli-ahli politik sentiasa mempunyai pandangan mereka tersendiri, kalau mereka rasa polis tiada kredibiliti, kita pun tidak boleh buat apa-apa. Yang penting, kita laksanakan tugas kita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Musa diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam Utusan Malaysia hari ini yang meminta semua pihak terutama parti pembangkang supaya jangan memperlekeh kredibiliti pasukan keselamatan.

Syed Hamid turut menyelar tindakan wakil rakyat parti-parti terbabit yang cuba meraih populariti dengan cara mengutuk anggota polis serta menyifatkan tindakan mereka sebagai tidak munasabah.

Menurut beliau, kejayaan pihak polis tidak pernah dipuji pembangkang namun hanya kutukan demi kutukan dilemparkan.

TP - dah namanya "pembangkang"... bangkang je la kerjanya... walaumacam manapun, sikap terbuka PDRM dalam menerima kritikan amatlah dipuji.

Jadikan kritikan sebagai pembakar semangat dan juga sesuatu yang membina.

2 comments:

Anonymous said...

Kamaludin Abdullah Badawi

Anonymous said...

Syabas polis kerana menerima kritikan seadanya. Sebenarnya kritikan itulah yang memberi semangat untuk kita berusaha lebih gigih lagi. Mana-mana kritikan yang membina, kita ambil teladan darinya dan terus berusaha. Mana-mana kritik yang langsung tak membina, yang bertujuan semata-mata nak menjatuhkan imej polis, abaikan je. Pembangkang memang macam tu dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis nak membangkang...