"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 19, 2008

'Drama' serah laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Yang dijangkakan proses penyerahan laporan geoteknikal berhubung tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa hari ini akan berjalan 'lancar'.

Sebaliknya, banyak pihak termasuk wakil media terkejut dengan 'drama' yang disaksikan di pusat media di tapak operasi tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa pagi ini.

Sidang media yang dijadualkan berlangsung pukul 10 pagi tidak diadakan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Dipercayai ini kali pertama suasana sedemikian dialami dan disaksikan wakil media walaupun kawasan Bukit Antarabangsa pernah dilanda tanah runtuh beberapa kali sebelum ini.

Wakil media yang sudah menunggu sejak awal pagi hairan kerana setelah hampir sejam menunggu tiada pihak yang muncul untuk mengadakan sidang media mengumumkan laporan status keselamatan kawasan kediaman yang dikosongkan.

Apa yang lebih menghairankan Unit media Jabatan Penerangan juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang sidng media oleh mana-mana pihak selepas mereka dimaklumkan sidang media yang sepatutnya diadakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dibatalkan.

Kira-kira pukul 11.15 pagi, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abd. Jalil Hassan berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah Gombak telah menerima laporan status keselamatan tanah tersebut daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada pukul 10.45 pagi tadi.

Ir. Kamar Kassim, pegawai dari JKR menyerahkan laporan berkenaan kepada Abd. Jalil.

"Saya difahamkan kini Pegawai Daerah Gombak, Husaini Samsi sedang dalam perjalanan ke pejabat Menteri Besar di Shah Alam untuk serahkan laporan tersebut.

"Bagaimanapun saya tak pasti bila sidang media untuk mengumumkan startus itu akan diadakan," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, mStar Online yang menghubungi Pejabat Menteri Besar Selangor dimaklumkan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menerima laporan daripada Pegawai Daerah, Huzaini Samsi tengah hari tadi.

KOMEN MB SELANGOR SEMALAM


Semalam, Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan JKR yang tidak menyerahkan laporan siasatan berhubung tragedi tersebut.

Menurut Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor itu, tindakan tersebut amat mengelirukan kerana akan menyulitkan lagi usaha kerajaan negeri untuk membuat keputusan dalam menentukan nasib mangsa kejadian tanah runtuh dengan segera.

"Hal pengurusan tanah adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Oleh itu, membelakangkan pihak kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh dan diharapkan agensiagensi kerajaan bersikap lebih profesional dalam mengendali perihal tragedi ini," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengumumkan langkah yang perlu diambil sebaik sahaja menerima laporan berkenaan dan bersedia untuk mengguna pakai setiap kaedah yang dirasakan perlu.

Kenyataan itu turut menyebut kerajaan negeri dan semua agensi terlibat juga akan terus memantau keadaan kawasan tanah runtuh serta memberi jaminan untuk meneruskan usaha supaya nasib mangsa kejadian tanah runtuh akan terbela.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi 6 Disember itu, meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa serta meragut empat nyawa.

No comments: