"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 19, 2008

Khairy sertai forum Transformasi Politik Malaysia

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan menyertai forum wacana politik bertajuk 'Transformasi Politik Malaysia' sebagai salah seoarng ahli panel di Kota Bahru malam esok.

Forum anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu turut disertai oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan pakar Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Manakala Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff betindak sebagai moderator pada forum berkenaan.

Husam ketika dihubungi mengesahkan kehadirannya sebagai penalis pada majlis tersebut.

"Ya, saya ada mendapat jemputan daripada penganjur untuk hadir pada forum berkenaan sebagai ahli panel.

"Saya terima jemputan melalui khidmat pesanan ringkas (sms)," katanya ringkas.

Ditanya apakah isu yang akan beliau utarakan adalam forum berkenaan, beliau berkata subjek utama yang akan dibincangkannya masih belum difikirkan lagi.

"Saya masih beluam buat persediaan tentang isu yang saya akan kupas esok," katanya.

Forum terbuka itu akan diadakan di Dewan Besar Balai Islam Ludang, Kota Bahru, pada pukul 9 malam.

3 comments:

Anonymous said...

Seorang calon Ketua Pemuda yang berani menyahut cabaran untuk berforum bersama dengan panel dari pembangkang dan panel bebas.

Anonymous said...

salam..
Nie baru dinamakan Demokrasi...
Syabas kepada penganjur dan ahli panel

...........AV.................

Anonymous said...

Inilah cara berpolitik matang. Berforum bersama yang mana disitu akan memberi ruang perbincangan antara satu sama lain. Ini akan memberi kesan baik kepada dunia politik negara.