Berkat kerjasama penduduk Bukit Bendera, profesional dan NGO, kerajaan Pulau Pinang berjaya menyelenggara kereta api dalam masa yang singkat dengan penjimatan sebanyak RM760,000.
Beberapa syarikat yang menawarkan untuk membaiki kabel itu - yang rosak mulai 2006 dan operasinya diberhentikan sejak beberapa bulan lepas - bersedia menyiapkannya dalam masa enam bulan dengan harga antara RM920,000 hingga RM1.463 juta.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, dengan kabel buat Jerman untuk menarik gerabak-gerabak yang mendapat kelulusan piawaian Sirim, kerajaan negeri memperbaikinya dalam masa dua bulan.
Kerosakan kabel satu daripada daya tarikan pelancong utama di pulau itu terpaksa dibaiki sendiri oleh kerajaan negeri, katanya lagi, setelah peruntukan RM40 juta yang dijanjikan kerajaan persekutuan tidak diterima.
-malaysiakini
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Jika perbelanjaan membaiki kabel dalam lingkungan RM920,000 hingga RM1.463 juta, kenapa masa memohon peruntukan, jumlah yang banyak dipohon sehingga RM40 juta? Patutlah permohonan peruntukan tak lulus. Jauh bezanya dengan kos sebenar..
Ye2 je diorang tu kata jimat itu lah jimat inilah. Nak tunjuk hebat lah tu, semua pun nak bising nak cerita dekat orang. Pigi dah..
Post a Comment