Mohamad Sabu mendahului dengan 66% atau 323 undi mengatasi Dr.Syed Azman yang berada dalam ranking ke-2 dengan 29% atau 144 undian manakala Dato' Mustafa Ali pula 3% atau 19 undian. itu keputusan setakat jam 3:25am 19hb.Disember,2009.
Dalam laman web TKO pun Mohamad Sabu mendahului dengan 63.59% atau 4559 undian, Dr.Syed Azman 22.08% atau 1583 undian sementara Dato' Mustafa Ali dengan 2.37% atau 170 undian.
Dekat bawah ni aku cilok kome-komen dan pendapat para pembaca dari laman TKO. aku pilih yang ada hujah ngan isi je...
- calon terbaik yang negara perlukan pastinya abang mad sabu...aku pun nak jugak tgk mad sabu berentap dalam parlimen.. tak dinafikan...tapi adakah pengundi di terengganu akan memilihnya.. fikirkan apa yang akan dimainkan oleh umno sekiranya abg mat sabu dicalonkan.. mestinya isu calon luar..
- orang pr sudah pastinya akan mengundi pas, tak kiralah sapa calonnya.. orang umno totok pun sama akan memilih calon umno walaupun letak tunggul kayu pakai songkok, pun dipilihnya.. tapi bagaimana sentimen pengundi atas pagar..mesti terpengaruh dgn dakyah umno.. terutamanya bila ditabur dengan material..belum dicampur lagi dengan gangguan calon ketiga..
- rasanya calon terbaik adalah orang tempatan,, dan dr syed azman pun bagus jugak orang nya.. cikgu pa, wan mutalib, orang dah bosan tengok kot.
- terengganu bukannya macam kelantan... kekuatannya ada pada tok guru,, so letak calon mana pun tak kisah..kerana tak memberi masalah pada kerajaan pas negeri.. masalahnya di terengganu, negeri pun kita tak pegang, macammana nak letak calon luar... perlu diingat, lawan kita kemungkinan wan farid, sama taraf dengan arwah razali, timb menteri...
- anyway terserahlah kepada perkiraan pas pusat..
- sebagai pengundi di p36 aku mengharapkan kecerdikan orang kt untuk mendapatkan seberapa banyak peruntukan pilihanraya di kawasan ini..tak kisahlah peruntukan pembangkang ataupun umno..orang politik juga kenalah sama cerdik, bagilah bantuan banyak2 pada kawasan ni kerana kawasan ni majoritinya melayu bumiputera, PRK inilah saja peluang untuk kawasan ni mendapat peruntukan banyak..
- kampung2 sepanjang sg misalnya bolehlah mohon bantuan segera membina jeti hingga ketengah sungai terengganu..pasal banyak pengkalan tradisional disepanjang sungai yang dah tak boleh digunakan kerana berlumpur.. so mintaklah jeti ke tengah sg sikit so bolehlah orang kampung nak gunakan bot ke perahu ke untuk mendapatkan hasil sg.. begitu juga orang kampung nak gunakan sg untuk mandi dsb.. terutamanya di kg losong feri, paloh, pulau rusa, kuala bekah..
- belia kampung dah boleh buat proposal untuk ternak ikan air tawar di sepanjang sungai terengganu ni.. masa ni peruntukan mesti bukan satu masalah lagi terutama bagi pihak kerajaan...
- mereka yang nak meniaga di sepanjang tepi jalan besar pun dah boleh mohon pada kerajaan untuk membina gerai2 dengan sewa yang murah untuk bantu peniaga kecil ni meniaga..
- begitu juga pemuda kg dah boleh minta peruntukan segera unutk membina gelanggang dan padang bola untuk mereka beriadah...
- tak payah kiralah mereka nak sokong mana, pas ke umno.. bagi jelah bantuan tu...bukannya untuk orang lain pun... orang melayu jugak...
- ingat peluang PRK bukannya datang selalu.. sementara undi kita ada harga ni jelah peluang untuk kita demand macam2. dah habis PRK ni , tak kisah lah sapa menang pun, memang susah nak jumpa tok wakil ...sama jer..
- tapi aku tetap undi pas.. itu sudah pasti.. insyaAllah..
- dari otai,,si anak penyu...
----------------------------------------------------------------------
- Memang betul kepakaran dan petahan bang mat kita tu.Tetapi harus didalami hasrat rakyat t'ganu.Pendapat saya jika calon luar dan berdepan dgn PRU ok.Tetapi harus dibaca kali ini adalah PRK.Jadi perkiraan saya mentaliti pengundi PRK ini berbeza sekali.Isu nasional dan kenegerian boleh menarik pengundi tempatan.Tetapi jika calon itu dari luar saya fikir agak sukar utk pengundi tempatan utk menyokong kerana ini difikirkan semata-mata fikiran meraka ah, org luar.Mentaliti t,ganu memang nak pas tapi oleh kerana dari luar mereka boleh berubah pilihan dan ditambah lagi byk ganjaran dari pihak lawan ditaburkan,lebih-lebih lagi sekolah akan dibuka awal jan ini sudah peralatan sekolah menjadi taburan umno utk memikat pengundi disana kelak.Oleh itu buat lah satu keputusan yg betul utk PRK kali ini semoga kita mendapat Rahmat ALLAH.TAKBIR ALLAHU AKHBAR.
------------------------------------------------------------
- PILIH LA ORANG TEMPATAN, TAK ADA ISU NEGATIF DAN RAPAT DENGAN PENDUDUK TEMPATAN. DR SYED, OK. KALU TGK KEBANYAKA KOMENTAR DALAM NI, MCM KOMENTAR DARI ORG2 KELANTAN. KELANTAN BOLEH LA, SEME CALON BOLEH MENANG. TAK KIRA LUAR ATAU DALAM. MACAM MAT SABU, PERNAH ADA KES KAT KELANTAN DULU, SUKA SERANG PERIBADI ORANG. MCMANA NAK JADI WAKIL ISLAM? MEMANG LA DIA LANTANG KAT PARLIMEN, TAPI KALU KAT CERAMAH PUN DIA LANTANG DOK SERANG PERIBADI ORANG.. ORG TERENNGANU TAK SAMA DGN ORG KELANTAN. NIK AZIZ PUN ADA KATA
- "JANGAN GUNA TAKTIK MENYERANG, TAPI GUNA TAKTIK MENERANG"
- TAPI KENAPA DIA SOKONG MAT SABU YANG TERKENAL MULUT CELUPAR?
- MASA NI LA BE END AKAN UNGKIT SEPENUHNYA ISU-ISU LAMA MAT SABU, MEDIA TIGA SUKU, BERITA HAIRAN DAN UTUSAN MELOYA AKAN KERJA KERAS UNTUK BE END. RAKYAT K.TERENGGANU TERUTAMA PENGUNDI ATAS PAGAR MUNGKIN AKAN TERPERCAYA DENGAN MANIPULASI ISU BE END NI. SO, CARI LA CALON YANG BENAR-BENAR BERSIH DAN TAK ADA ISU YANG MUNGKIN AKAN DIEKSPLOITASI OLEH BE END. ALLAHU AKBAR!!!
------------------------------------------------------------
- Aku harap pengundi Terengganu contohilah pengundi Kelantan. Mereka
- sanggup memberi undi kpd cakon luar tetapi berwibawa di peringkatnasional. Ingatlah, perjuangan politik bukan untuk daerah yang sempit saja tetapi merangkumi nasional dan global.
- Sejak zaman al marhum Zulkifli Muhammad lagi, rakyat Kelantan sentiasa membuka pintu kepada orang luar kerana mereka mahu wakil mereka bersuara lantang di parlimen dan membela seluruh rakyat Malaysia, bukan rakyat tempatan saja. Inilah semangat yang sepatutnya dicontohi.
- Lihat, rakyat kulit putih Amerika sanggup berketuakan seorang berkulit hitam asalkan berkarisma. Mereka rela mengenepikan sentimen perkauman demi kepentingan negara. Apakah kita umat Islam tak boleh mengenepikan sentimen kedaerahan untuk servival parti yang mendokong Islam?
- Rakyat Terengganu tentunya bijak dalam membuat penilaian.
2 comments:
salam orang banjar....
kalu text tu jangan warna merah boleh.....
da jadi rabun mata ni....
Kadang2, orang memilih seseorang calon tu semata2 sebab terpengaruh dengan cakap je. Banyak calon yang pandai sangat bercakap tapi bila bab bekerja hasilnya tak kemana pun.
Post a Comment